Dia dan Bella terus rapat menjadi kawan. Petang itu, kelas sudah lama tamat dan semua pelajar keluar untuk pulang, melepak, mengisi perut yang kosong dan bermacam-macam lagi perbuatan yang dia nampak.
Dia dan Bella berjalan beriringan pulang dari universiti.
"Aku nak tanya kau satu soalan, boleh?" Pinta Bella padanya.
"Tanya aje lah."
"Emmmm, mata kau memang coklat mix jingga, eh?"
Dia sudah agak Bella pasti akan bertanyakan tentang hal itu. Bagi dia sudah ramai orang yang dia jumpa akan bertanya pasal warna matanya samada jingga ataupun coklat.
Pelikkan, ada mata yang berwarna jingga, coklat.
"Ha'ah."
"Pelik lah. Ehh, sorry."
Heron pelik memandang Bella.
"Kenapa?"
"Sorry kalau aku cakap kau pelik. Aku takut kau kecil hati pula."
Perangai Bella ini memang sopan dan lembut orangnya. Bella gadis yang berasal dari perancis dan memang perangai orang perancis eh suka berlembut dan sopan? Penuh dengan adab pula tu.
"Aku dah biasa lah dipanggil pelik. Tapi, ada juga yang puji mata aku cantik dengan warna coklat bercampur jingga ni." Heron bangga diri sekejap.
Memang mata dia cantik pun. Terimalah hakikat.
"Ha'ah, mata kau cantik plus unik. Aku suka tengok campuran warna tu. Tapi, bila aku tengok mata kau sekarang ni...ianya cuma coklat biasa. Tak nampak pula ada warna jingga macam kau marah diorang tadi."
"Warna mata aku akan jadi macam tu bila aku marah je. Kalau aku dalam mood biasa, memang nampak coklat biasa sahaja."
"Ohh, kenapa boleh jadi macam tu?"
"Entah, aku pun tak tahu. Doktor cakap mungkin perubahan DNA aku disebabkan mutasi. Jadi, aku...aku pun tak tahu lah."
Mereka berdua ketawa kecil. Kelakar melihat gelagat masing-masing.
"Aku tak sangka tau dapat kawan secepat ni. Tapi, aku tetap awkward juga berbual dengan kau." Jujur Heron pada Bella.
Biasalah tu, belum kenal, memang lah janggal.
"Aku pun sama. Kalau kau nak tahu, aku ni belum pernah ada kawan pun tau sepanjang aku belajar dekat situ. Hampir 3 bulan aku tak ada kawan."
"Ishh, habistu macam mana kau boleh terfikir nak berkawan dengan aku pula?"
"Aku pun tak tahu. Mungkin, disebabkan telefon kau yang jatuh tu kot."
Sekali lagi mereka berdua ketawa. Entah apa lah yang lawaknya pun dia tak tahu. Ketawa aje lah Heron mampu buat supaya hilanglah sikit rasa janggal tu.
"Kau tinggal dekat mana?" Tanya Bella padanya.
"Aku tinggal dekat Apartment je. Tak jauh pun daripada universiti ni."
"Ohhh, memandangkan aku ada kereta, kau nak aku hantarkan tak? "
Heron lihat ke arah kereta BMW putih yang diparkir depan matanya itu.
"Eh, tak payah lah. Tak jauh sangat pun. Dalam 15-10 minit sampai lah aku depan apartment nanti."
"Betul ni? Tak nak aku hantarkan?" Tanya Bella sekali lagi meminta kepastian daripadanya.
"Yaa, aku tak nak lah susahkan kau."
"Tak susah pun. Bawa kau guna kereta je pun. Bukan angkat."
"Tapi, aku tetap tak nak."
"Okay. Take care of yourself. Dah nak masuk waktu malam ni. Bye." Pamit Bella padanya.
Kereta BMW putih itu dipandu meninggalkan Heron seorang diri yang berada di pejalan kaki. Jam ditangannya dipandang sekilas.
6:30 p.m.
Debaran di dadanya terasa kencang tiba-tiba. Dia takut sebab jam sekarang hampir masuk waktu malam. Walaupun masih kelihatan ramai orang yang lalu-lalang dengan kenderaan yang dipandu dijalan raya,dia tetap juga berasa takut.
Dia bukanlah jenis yang biasa jalan berseorangan. Sebab ibu dan ayah tak pernah lepas pun dia nak jalan seorang diri. Jalan dengan kawan pun ibu dan ayah dia tetap rasa berat hati nak lepaskan.
Kakinya membuka langkah melintasi laluan belang setelah lampu pejalan kaki bertukar warna hijau.
Fikirannya cuba untuk ditenangkan daripada memikirkan perkara-perkara negatif yang boleh menakutkan dirinya sendiri. Sedikit demi sedikit, figura bangunan apartment tempatnya tinggal kelihatan dari jauh.
Nasib baiklah dengan adanya keadaan yang ramai orang sedikit menenangkan dirinya. Tidaklah terlalu takut dan sunyi.
Setiap perjalanannya ke apartment, pasti Heron akan melintasi banyak kedai. Baru dia perasan yang apartment tempatnya tinggal itu berdekatan dengan kedai.
Tidak lama kemudian, dia sudah berada di depan apartment. Heron menuju ke arah lif yang tersedia ditingkat bawah. Dia berbalas pesanan dengan Bella sementara menanti pintu lif dibuka.
Tiba-tiba, badan Heron disandarkan pada dinding dalam keadaan mulutnya ditutup oleh tapak tangan seorang lelaki.
Heron meronta-ronta di dalam tahanan lelaki itu. Lelaki itu meletakkan jari telunjuknya pada bibir membuat isyarat supaya Heron tidak membuat bunyi bising.
Mata berwarna hitam pekat milik lelaki itu merenung anak mata Heron dalam.
"Don't be scared, honey." Suara serak basah lelaki itu berbisik di telinganya.
Perasaan takut kembali menyelubungi dirinya. Kakinya terasa bergetar dan badannya menggigil kuat.
"There you are." Kata lelaki itu lembut padanya.
Kepala Heron diusapnya lembut. Heron menggigit tapak tangan lelaki itu yang menutup mulutnya.
"Argh, fuck!"
Heron cuba melarikan dirinya. Namun, lelaki itu lebih pantas menarik hujung rambutnya.
"ARGH, Let me go! Fucking shit!" Jerit Heron kuat.
Tiba-tiba, datang seorang gadis berambut perang dari jauh berlari ke arah mereka berdua dan satu hentakkan yang kuat mengena pada kepala lelaki jahat itu. Cengkaman pada hujung rambut Heron terlepas.
Lelaki itu berundur ke belakang menerima hentakkan daripada kayu baseball itu. Kepalanya mengalirkan darah.
"Shit you! Bitch."
Lelaki itu cuba untuk menerkam gadis tersebut. Namun, gadis itu cepat-cepat menghayunkan kayu baseball besi itu menghentam wajah lelaki itu sekaligus pada bahagian belakang kepalanya.
Lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri. Kepalanya dipenuhi dengan darah yang mengalir.
"Are you okay?" Tanya gadis berambut perang itu pada Heron.
Heron masih kaku ditempatnya berdiri. Rasa loya pada tekaknya membuatkan kantung matanya berair. Dia tidak suka melihat darah yang mengalir.
Rasa takut masih belum pergi dari dalam dirinya.
"Thanks.. fffor saving me." Ucapnya dengan nada yang bergetar.
"Hmm, lain kali hati-hati. Dekat sini kalau malam-malam memang bahaya sikit kalau kau tak pandai jaga diri." Kata gadis berambut perang itu padanya.
Heron hanya diam. Tidak tahu mahu membalas apa lagi kepada gadis itu yang sudah menyelamatkan nyawanya.
"Kau tinggal sini?"
Heron menganggukkan kepalanya tanpa bersuara.
"Ohh, tingkat berapa?"
"5." Jawabnya sepatah.
"Seriously? Aku pun tingkat 5 juga."
Nada gadis itu bertukar ramah. Tidak seperti tadi. Mendatar dan garang je Muka.
"Jomlah, kita sama-sama ke tingkat 5. Biarkan je mamat tu."
YOU ARE READING
ESPIARTE MAMITA...
RandomDia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan dia semenjak pindah ke London. Kata-kata ibu dan ayah berlegar di fikirannya. 'Ibu dengan ayah bukan tak nak kamu sambung belajar di London. Cuma.. rasa keberatan nak lepaskan kamu belajar d...