Sepanjang perjalan menuju ke kelas, Heron asyik diperhati oleh orang sekeliling. Pandangan mereka memandang Heron bagaikan satu isyarat mereka menyampaikan rasa benci dengan kedatangannya.
Kakinya melangkah menuju ke kelas. Dari jauh lagi dia dapat dengar bunyi bising daripada kelasnya. Mereka borak kencang macam budak sekolah menengah dan budak sekolah rendah.
Kemunculan Heron ke dalam kelas, menyebabkan semua pelajar di dalam kelas itu senyap. Pandangan mereka tertumpu pada Heron yang baru sahaja memasuki kelas.
'Pelik sangat kah aku hari ni? Sampaikan orang pandang aku ni macam buat salah.' Getusnya di dalam hati.
Punggung dilabuhkan di atas kerusi kosong bersebelahan dengan tempat duduk Bella. Pandangan Bella fokus pada skrin telefonnya.
"Bell.." sapa Heron pada gadis itu.
Bella mengalihkan pandangannya dan senyum ke arah Heron. Gadis itu meletakkan telefonnya di sisi.
"Hi, aku tak sedar kau dah sampai."
"Yes by the way, can I ask you some question?"
"Yes, what question?"
"Asal diorang pandang aku macam tu? Muka aku ni macam penyangak kah?"
"Ohhhh, pasal tu. Kau tau tak pasal kematian Susan?"
Heron berkerut sekejap cuba mencerna pemilik yang bernama 'Susan' itu.
"Susan? Susan tu siapa?"
"Oh, kau tak tau lah ni. Hehhe." Sengih Bella padanya.
"Hmmm.."
"Susan tu minah yang cari gaduh dengan kau semalam. Dia ditemui mati lepas balik daripada kelas semalam."
"Jadi, diorang syak aku yang bunuh minah tu? Macam tu?"
Bella memetik jarinya sekali tanda tepat.
"Yup, sebab itu lah kau jadi bualan hangat satu universiti."
Keluhan terlepas daripada bibirnya. Banyak betul masalah yang dia hadapi dalam masa 2 hari ini. Semalam pun bermasalah, hari ni timbul masalah baharu.
Esok pula? Entah apa lah nak jadi dengan dia lepas ni.
Nama yang sedaya upaya dia simpan dan bersih daripada jenayah kini, dicemari dengan satu titik jenayah.
Dia tahankan sahaja perasaan ingin mengalirkan air mata itu. Banyak sangat kah salah dia?
"Hey, kau jangan lah risau. Kau tak bersalah pun." Pujuk Bella padanya.
Heron memandang Bella yang berada di sisinya.
"Kau yakin aku tak bersalah?"
Sengaja dia bertanyakan soalan itu pada Bella. Bukan mudah manusia nak mempercayai dan bukan mudah nak mempercayai manusia.
"Mestilah aku yakin. Kau kan kawan aku." Kata-kata Bella sedikit menenangkan perasaannya.
"Thanks." Ucapnya ikhlas.
Tidak lama kemudian, Prof. Beryl masuk ke dalam kelas dituruti dua orang individu yang bersamanya. Semua pelajar senyap tidak membuka mulut.
"Ermm, Miss Riverra."
Telinganya menangkap namanya dipanggil. Heron mengangkat tangan kanannya dan bersuara.
"Yes?"
"Come here."
Heron berdiri dan menuju ke arah Prof. Beryl yang memanggilnya. Dia dibawa keluar daripada kelas oleh dua orang individu tersebut setelah mendapat keizinan daripada Prof. Beryl.
YOU ARE READING
ESPIARTE MAMITA...
RandomDia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan dia semenjak pindah ke London. Kata-kata ibu dan ayah berlegar di fikirannya. 'Ibu dengan ayah bukan tak nak kamu sambung belajar di London. Cuma.. rasa keberatan nak lepaskan kamu belajar d...