Heron pandang dirinya yang dihiasi dengan pakaian yang cukup mahal bertaraf golongan diraja. Gaun labuh yang mengikut bentuk tubuhnya amat cantik dan sesuai dengan Heron. Pinggang rampingnya ditambah dengan hiasan berlian dan satu potongan kain yang membentuk zigzag.
Tidak terkata cantiknya gaun itu pada tubuh badannya. Sekali lagi, Heron melihat pada cermin satah yang berada di hadapannya. Rambutnya juga cantik digayakan dengan bantuan pertolongan pekerja yang berada di Fashion Le'Clay iaitu tempat di mana semua golongan kaya-raya dan yang terpilih ke majlis dipersiapkan.
TING
Satu pesanan daripada Leo masuk ke dalam telefonnya.
LEO
Hurry up, time is running my lady.
Heron buat muka geli membaca pesanan daripada Leo. Kata-kata manis lelaki itu buatkan tekaknya berasa loya. Tapi, rasa malunya hadir dalam diri. Dia malu dengan Leo dan dengan pakaian yang sangat cantik begini buatkan Heron hilang keyakinan diri untuk keluar daripada bilik persalinan.
Dia bukanlah suka dipandang dengan pakaian yang mahal begini. Rasa malu kalau dipandang oleh orang lain. Lebih-lebih lagi selepas Leo pandang dia dengan pandangan yang agak.. menyeramkan.
"Miss Riverra? Someone waiting for you out here." Suara seorang gadis menyapanya dari luar bilik persalinan.
Sekali lagi matanya diliarkan pada tubuh badannya itu. Debaran di dadanya semakin kuat.
Cool, Heron. Just, chill.
Tombol pintu dipulas dan ditarik membuka pintu tersebut. Heron melangkah keluar. Seorang lelaki berpakaian tuxedo kelabu berpusing menghadapnya apabila menyedari kehadiran Heron yang keluar daripada bilik persalinan.
Masing-masing berdiri kaku. Heron terpegun melihat kekacakkan Leo yang berada dalam tuxedo kelabu itu. Begitu, juga Leo yang terpukau melihat kecantikkan Heron.
"Erm.., you look..beautiful in that Blue Dress." Puji Leo gagap.
Heron dapat rasakan yang pipinya terasa panas menahan rasa malu. Tiba-tiba, suasana yang janggal dipotong oleh suara lantang Bella.
"Heron, jom! Jom! Kau jalan dengan aku."
Tangannya ditarik kuat oleh Bella mengikuti gadis itu keluar daripada butik tersebut. Sempat dia memerhati pakaian yang melekat pada tubuh Bella. Ianya gaun Maroon paras lutut mengikut bentuk tubuh badan Bella yang ramping itu. Dengan dua jenis hiasan iaitu mutiara putih melilit bahagian pinggang Bella serta lilitan kain membentuk bunga kecil dibahagian bahu kirinya.
Cantik. She looks perfect!
Leo pula hanya mengekori mereka berdua daripada belakang.
Dari jauh dapat dia lihat susuk tubuh Val yang berpakaian lengkap dan kemas. Cuma, bezanya dengan Leo adalah Val memakai blazer berwarna Maroon berkemeja hitam didalamnya serta dipandankan dengan seluar hitam.
Disebelah Val terdapat kereta Limozim yang bertaraf diraja.
'Wow...' getusnya di dalam hati.
"Ready for a ride, princesses." Suara Val melontarkan kata-kata cukup menggoda.
Seorang pemandu kereta keluar daripada situ dan membuka pintu untuk mereka berempat masuk ke dalam kereta.
Tempat duduk di dalam kereta tersebut mempunyai 4 buah kerusi. 2 buah kerusi menghadap 2 buah lagi kerusi.
Leo terlebih dahulu masuk ke dalam kereta. Selepas itu giliran Val dan Bella yang masuk ke dalam kereta. Mereka berdua mengambil Tempat duduk yang bersebelahan antara satu sama lain. Kini, hanya tinggal Heron sahaja yang masih tercongok di depan kereta.
YOU ARE READING
ESPIARTE MAMITA...
RandomDia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan dia semenjak pindah ke London. Kata-kata ibu dan ayah berlegar di fikirannya. 'Ibu dengan ayah bukan tak nak kamu sambung belajar di London. Cuma.. rasa keberatan nak lepaskan kamu belajar d...