Lagu Bruno Mars yang sudah berhenti berkumandang itu aku mainkan semula. Lagu itu... semua penyesalanku terkumpul di dalam lagu itu. Sedih. Perit. Terseksa. Ya aku tahu! Tapi. Aku berterusan juga mendengarnya. Biarlah air mataku meleleh untuk ke seribu kali pun. Masa dah tak boleh diputar semula. Dia sudah menjadi hak orang lain. Dan... aku hanya mampu menangisi penyesalan tanpa kata ini.
2 tahun lepas...
ELLA, nama secantik rupa. Nur Syamimi Aqilah. Cantik. Itu yang dapat aku komen setiap kali melihat wajah ayunya. Cukup cantik. Dan akulah manusia paling bodoh jika melepaskannya. Kening yang cantik tersusun bersama mata yang redup menikam sukma. Bibir seksi yang sentiasa memberikan senyuman penuh ikhlas. Hidung kecil tidak terlalu mancung dan tidak kembang. Tak sangka. Sudah empat tahun dia menjadi awekku.
“Weh Afiq,” teguran dari satu suara menyebabkan aku menyembunyikan telefon bimbitku yang tertera gambar Ella sebagai paparan utama. Aku rindu pada dia. Napi mendekatiku. Ditepuk bahu aku dan aku hanya mengelak kecil.
Selepas Napi, muncul pula Azmil, Nuar dan Bakri. Mereka semua mengambil tempat duduk yang kosong di mejaku. Aku yang mengajak mereka melepak di sini. Mengambil angin. Berborak dan bergurau senda sesama kawan. Biasalah. Lelaki mana boleh duduk rumah? Ingat aku ni suka menyotong kat rumah? Salah tu!
“Awal kau sampai, Fik!” budak-budak ni tegur aku. Aku senyum.
Ya. Memang awal. Aku kan kaki lepak? Raja lepak! Handset aku berbunyi. Ah! Siapa pulak yang mengacau aku nak melepak ni? Pantang betul aku! Tanpa mengendahkan bunyi sms masuk itu, aku panggil pelayan. Sedang-sedang macam ni, elok betul aku pesan air Tea O’ ais secawan. Tadi belum order sebab nak tunggu budak-budak ni. inilah baru aku order. Aku ni seorang kawan yang tak tinggal kawan.Handset aku berbunyi lagi tanda sms masuk. Kawan-kawan aku dah bersorak sakan.
“Awek cari...” meleret suara mereka menyakat aku. Cis! Aku buka peti masuk. Hmm.. dua sms daripada Ella. Sms pertamanya, dia tanya apa yang aku sedang buat. Alah! Macam tak tahu malam-malam macam ni aku melepak dekat Warung Opah? Sms kedua dibuka pula. hm.
Abang melepak, ya? Maaf ganggu. Love you!
Aku tersenyum. Dia memang sangat memahami. Sehari, boleh kira dengan jari aje berapa banyak aku sms dia. tapi dia, masih setia. Menanti. Kalau dia tarik muka pun, tentu dia pujuk aku balik. Sebab bila dia merajuk, aku tak pujuk. Aku diamkan diri terus. Dia cari aku balik. Hahaha! Ella comel! Bila dah terbiasa, makin kuat pulak ego aku.
“Senyummm...” meleret suara budak Napi menganjing-anjingkan aku. Aku pusingkan bebola mata aku tiga ratus enam puluh darjah. Diorang terkekeh-kekeh ketawa. Lantak kaulah!
Tanpa membalas mesej Ella, aku menghadap balik budak-budak ni. Berborak pasal bola, futsal... best.
“Tak best nak main futsal sekarang ni. Dak Fizo kena tahan lagi. Baru-baru ni tisu terkoyak sebab jatuh main futsal,” cerita si Azmil.
Aku terbelalak. Memanglah aku selalu main futsal dengan diorang tapi cerita pasal Fizo ni aku kurang tahu. Yalah, dia tu umpama atlet. Kuat bersukan. Suka join mana-mana pertandingan. Tapi, dua kali tisu dia terkoyak sebab futsal. Hailah!
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Dekna Lee
General FictionKoleksi cerpen Dekna Lee dari blog yang dimasukkan ke sini atas permintaan beberapa pihak. 🚫 Dilarang plagiat Cerpen ini belum diedit. Harap bersabar baca tulisan tunggang langgang. Enjoy! ♥️ When I Was Your Man ♥️ Hello, Mister! ♥️ Fathea