2; Robbed

34 6 7
                                    

.
.
.
.

Seonhee turun usai memberikan ucapan di atas pentas. Dia sebagai CEO Syarikat Bleum Art Museum, telah melapor diri di majlis perasmian di Busan

Dia telah keluar daripada syarikat bapanya dan memulakan perniagaan sendiri. Dia memang minat dengan seni, jadi selagi perkara ini baik, Tuan Bae tidak menghalang. Tapi ada syarat. Nanti yall tahu

Hani pula dihambat rasa bosan sejak tadi

Bukan dia buat apa pun dekat sini. Setakat duduk dan tepuk tangan

Tiba tiba dia merasakan ada getaran pada pehanya. Dia angkat telefonnya dan melihat punca.

Hoseok telefon. Dia berdecit perlahan. Malas nak layan sebenarnya. Tapi kalau tak layan, sampai esok tak habis

"Pa, excuse me for awhile?" Pinta Hani

Tuan Bae mengangguk

Selepas mendapat kebenaran, Hani bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari ballroom

Dia turun ke tingkat bawah dan berjalan keluar daripada hotel

Rasanya tak sesuai nak berbual kat dalam. Ada sedikit kekecohan kerana seorang wanita hamil sudah tiba masa untuk melahirkan

"Ah bodoh. Aku call kau taknak angkat pulak" Leter Hani

Berkali kali nombor Hoseok didail. Masih sama. Tidak berjawab

Telefonnya ditutup dan dia bersandar pada batu. Dia termenung jauh. Entah apa yang difikirkan

Terlalu leka sehingga tidak perasan ada orang sedang datang mendekati

Dalam sekelip mata, beg duit dan telefon dalam genggaman Hani dirampas

"Hey!!!" Hani tidak dapat berfikir apa selain terus mengejar lelaki yang mengambil barangnya

Kebetulan pengawal keselamatan sedang sibuk menguruskan seorang wanita tadi

Itu yang Hani terpaksa kejar sendiri

"Stop!!!!" Hani memanggil

Lelaki tadi terus berlari tanpa menoleh

Hani sejak tadi dah mencabut kasut tumitnya. Ingat dia gedik ii pun, dulu masa dekat Uni dekat Oxford, mereka dikerah untuk bersukan tau

Itu semacam laju Hani ni

"I kata berhenti!!" Jerit Hani

Mereka tiba di lorong. Hani masih berkudrat untuk mengejar

Apabila dirasakan yang lelaki tadi langsung tidak ada tanda tanda untuk berhenti, Hani mencapai satu botol arak yang sudah kosong, dan melempar ke arahnya

prang!!!

Tepat mengena kepala. Lelaki itu tersungkur sehingga tertiarap

Hani segera mendekati

"Such a bastard!" Marahnya

Beg dan telefonnya diambil

Perut lelaki tadi dipijak

Dia pusing untuk beredar, tapi tiba tiba tangkai hatinya seakan dijentik apabila terdengar erangan lelaki tadi

Dia pandang semula. Masih terbaring memegang kepala

Dia membongkok menolak perlahan kepala lelaki tu untuk memeriksa

"Apa kau nak buat??" Soal perompak tadi

"I tahu apa i buat. Diam" Arah Hani

Tangannya menyentuh perlahan bahagian yang berdarah. Tidak koyak. Cuma luka. Masih ada masa untuk elakkan kes kehilangan banyak darah

Lelaki luar biasa | PjmWhere stories live. Discover now