6; jealous

39 6 2
                                    

.
.
.
.

Semudah ABC, Hani jatuh miskin. Tapi, doktor pakar bedah. Miskin apa? Cukup bulan, gaji pertamanya akan terus digunakan untuk buat insurans rumah. Buat masa sekarang, dia akan tinggal di asrama pekerja

Cukup tidak selesa. Katil single, suram dan seram. Dahla di tingkat ini hanya ada dia sorang sahaja. Tah tah, dalam bangunan asrama ni pun cuma ada dia sahaja. Yelah, semua orang bekeluarga. Bukan macam dia

Nasib baiklah Hani ni berhati batu. Kental. Takdalah nak gerun sepanjang masa tinggal dekat sini. Tapi bagi Hani sendiri, kalau diberi pilihan, dia lebih rela tidur di pejabatnya di hospital hahah

Hani selesai mengemas apa yang patut, kemudian dia terus lesapkan diri dari bangunan ni. Tak betah lah nak berlama. Bukan ada apa pun. Baik dia kerja lebih masa dekat hospital. Hilangkan pelbagai rasa tu

.
.
.
.

"Eh doktor Bae? Buat apa dekat sini?" Soal seorang doktor lelaki yang bername tag 'Park Chanyeol' Mungkin hairan kerana Hani datang pada waktu malam sedangkan shift dia telah tamat petang tadi

Hani membongkok sedikit sebagai tanda hormat

"Ada kerja sikit dekat pejabat" Jawabnya

Chanyeol menggaru belakang kepala. Takut pula dia dengan sikap dingin Hani. Riak muka langsung tak ada pada wajah perempuan itu

"Oh..."

Hani mengangguk

"Saya minta diri dulu" Kata Hani

"Ah ye.. selamat malam" Chanyeol tersenyum ramah pada Hani, tapi apa yang dia dapat hanyalah sekilas pandang dari Hani sebelum dia pergi meninggalkan Chanyeol

"Uisy.. superior cold dia ni. Boleh geng dengan Dr.Kang" Chanyeol menggeleng kemudian beredar pergi ke tandas

....

Hani membuka kot doktornya dan menggantungkan di kerusi. Kemudian dirinya didudukkan. Benar tekaannya. Disini lebih aman berbanding di asrama. Jujurlah, tertangkap di telinga Hani bunyi bunyi yang aneh datang dari bangunan asrama tu

Itu yang sesat sampai ke sini. Tapi tidaklah dia berlintang pukang. Dia hanya datang sini untuk cari ketenangan. Dah kalau 'benda' ii tu mengacau.. nak fikir apa pun tak boleh. Bising

"Ceh dia halau aku.. Jangan harap aku nak balik." Hani mengetap giginya

"Pergilah sana hidup dengan business. Benda tu lagi penting dari aku. Apa salah jadi doktor?? Bukannya kerja haram pun"

"Eeeeeeee!!!!!!!!!!" Hani menghentak hentakkan kakinya. Tak sangka

Hanya sebab dia menjadi doktor, dia terus dibuang keluarga. Tragis betul!

"Come on Hani. one month $35k. Boleh je hidup tanpa papa. You can do it!!"

tap tap tap

Hani memandang ke arah pintu apabila terdengar bunyi derapan tapak kaki. Bunyi yang sama dia dengar di asrama. Kepalanya digelengkan

"Kau ikut aku sampai sini ke sial?" Kemudian pintu tu dijeling sebelum dia mula menyelak laporan yang dia terima harini

Savage born

.
.
.
.

"Bae Junghee, anak kepada Bae Hyunjae telah menjemput Scarlet Crusade dari Itali sebagai perasmi--"

"Boo.." Kutuk Hani. Tv milik Jennie itu ditutup

"Eh kenapa tutup??" Soal Jennie, sedih kononnya

Lelaki luar biasa | PjmWhere stories live. Discover now