18 ; dumped

26 3 0
                                    

.
.
.
.

"Kau dengan Jungkook ada apa apa ke?" Jimin yang tiba tiba datang itu terus menyoal

Hani tidak menunjukkan sebarang ekspresi muka. Dia hanya fokus mengemas kini data pesakit di ward kecemasan

"Tak. Kenapa?"

"Ohh..."

Seperti biasa, nurse nurse di situ sudah tidak keruan bagai ulat beluncas melihat lelaki mendekati doktor diva itu

"Kau tak nak tanya aku pergi mana selama ni?"

Hani selesai dengan tugasnya di situ

"Kau pergi Pyeongchang amik speed residential kerjakan tulang berbulan bulan sebab nak jadi kaya balik"

Hani memberitahu dengan terperinci jawapan yang Jimin fikirkan Hani akan tanya

"Kau.. Tak rindu aku ke?"

Jimin tidak mengalah dalam usaha untuk mengubah mood Hani

"Tak"

Hani berterus terang menyatakan perasaannya

"Kau tak ada kerja ke? Aku banyak sangat kerja, Jimin. Time aku berjalan nak balik bilik, nak pergi OR, tu jelah time aku boleh rehat. Faham lah sikit"

Hani menjeling wajah yang sedang keliru itu

Tetapi setelah berkata begitu Hani berasa kesian pula pada Jimin

"Kau balik pukul berapa?" Hani menyoal

"Aku ikut office hour lah. Operation aku ada kalau ada appointment 2 jam sebelum. Tengok keadaan hari ni"

Hani berasa cemburu mendengar 'office hour ' . Kalau Hani, ikut suka hati mak bapak hospital nak call dia pukul berapa suruh datang kerja.

"Aku pun tak tau aku balik pukul berapa. Tapi kalau kita dua dua free lepas pukul dua belas.."

"Nanti aku bagitau kau"

Jimin menepuk bahu Hani sekilas sebelum dia kembali ke ruangan yang mereka datang tadi

Dalam hati Hani sudah gelisah

Dia tiada hubungan dengan Jungkook. Tapi rasanya dia macam kena beritahu lelaki itu tentang hal ni

Tapi nanti kalau Jungkook merajuk lepas tu semua benda jadi kekok macam mana??

"Ajak jelah Jungkook sekali"

Hani berasa sedikit tenang selepas membuat kata putus sendiri

Dia meneruskan perjalanannya ke ward pesakit

.
.
.
.

"Perempuan tu siapa? Girlfriend kau?"

"Kau rasa?"

"Rasa macam dia tak suka kau"

"Betul lah tu"

Jimin yang sedang duduk di mejanya sambil belajar itu berharap dalam hati supaya abangnya ini cepat pergi

"Kau kalau nak buat semak mata aku kat sini baik kau belah la. Tak nampak ke aku banyak kerja?"

Jimin menanggalkan cermin matanya dan memandang abangnya penuh rimas

"Kau tak payah nak berlagak dengan aku lah. Jawatan yang kau ada sekarang ni bila bila masa aku boleh gantikan dengan orang lain lepas aku ganti tempat Appa nanti"

"Aku nak bagi amaran, kau tak payah cuba cuba nak amik tempat Appa. Tempat tu aku punya, faham?"

"Kau ada banyak jenayah, masalah kewangan kau lagi. Kau ingat kau boleh amik? Aku balik pun sebab Appa suruh. Tu pun kau tak nampak lagi yang kau dah tak ada masa depan dekat sini?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lelaki luar biasa | PjmWhere stories live. Discover now