15 ; Turned down

29 4 4
                                    

.
.

Jungkook membuka ikatan rambut Hani. Dia mula mengambil sikat dan merapikan rambut yang lurus itu

Sudah hampir tiga minggu di sini, tetap Jungkook yang menjaga Hani

Tetapi bukanlah sampai ke tahap bil hospital

Setelah berminggu minggu Jungkook menjaga Hani, dia menjadi terlalu berhati hati

Tangan kanan Hani kalau boleh, berjalan pun diminta jangan dihayunkan

"Perlahanlah sikit" Kata Jungkook, nadanya sedikit marah

Kot sudah siap dipakai oleh Hani dengan bantuan Jungkook

Hani hanya ketawa kecil

"Aku dah baiklah.."

Hani menggerakkan bahunya kebelakang sedikit

"Eish.." Jungkook memegang kedua tangannya

"Jangan"

Setelah berlawan mata beberapa ketika, Hani mengalah

Terasa lucu di matanya apabila Jungkook bersikap seperti ini

Seorang doktor dan dua orang jururawat masuk

"Doktor Bae, macam mana? Betul dah sihat nak keluar?" Soal doktor tersebut pada Hani

Hani hanya meleretkan senyum nipis. Menjadi terlalu ramah bukan caranya

"Saya nak buat pemeriksaan terakhir.. Boleh tolong angkat tangan?" Pinta doktor itu lagi

Dengan selambanya Hani mengangkat tangannya

Jungkook terbuntang dan tidak sempat menghalang Hani. Dia pula yang terasa ngilu

"Saya okay.. Dah boleh keluarkan saya dah" Kata Hani

Doktor itu tersenyum

"Tengoklah cara dia cakap pun. Nampak macam dah sihat je" Kata salah seorang jururawat tadi

Hani menggulingkan matanya

"Untung Doktor Bae.. Pagi petang siang malam boyfriend tunggu dia. Pelik jugak, tak kerja ke?" Kata jururawat yang seorang lagi

Hani memandang Jungkook sekilas sebelum hampir mencarut pada mereka berdua

"Ah, pukul dua ni Doktor dah boleh discharge dah.. Saya bagi cuti lagi seminggu, pastikan rehat secukupnya" Doktor itu berpesan

"Cih.. Terima kasih sangat sangat sebab layan saya BAIK dekat sini. Saya akan cuba pastikan tak datang sini lagi"

Doktor itu tersenyum. Normal lah situasi sebegini di Korea

Hani memberikan senyumannya pada doktor tadi. Kalau boleh nak sahaja disumbat dulang dalam mulut tempayans yang sibukkan hal dia ini

Tapi memikirkan yang mereka ada membantunya di sini, Hani simpan sahaja niatnya

"Tapi tengok lagi sekali kacak jugak ya boyfriend  doktor"

Hani mengecilkan matanya . Kau memang nak sakitkan hati aku ke apa ni?

Jungkook seboleh bolehnya tidak mahu terlalu menunjukkan dia segan dipuji

"Saya rasa tu je kot. Kami keluar dulu" Pamit doktor yang merawat Hani

Dia mengangkat kening pada kedua pembantunya

"Okay, terima kasih banyak banyak" Ucap Hani

Hani menghembus nafas lega selepas mereka pergi

Lelaki luar biasa | PjmWhere stories live. Discover now