.
.
.
.Bapak ar dah boleh ber dark mode time tulis 🤧 padan muka wp. Takde orang nak beli coin la tu last ii bagi jugak free
.
.
.
.Jungkook duduk di atas katil bersebelahan dengan Hani sambil memandang tangan mereka yang masih erat bersulam
Hani asyik tersenyum sejak tadi
Antara Jungkook dan Jimin bukan kah Jungkook yang lebih baik terhadapnya?
Jungkook yang selamatkan dia daripada Hoseok tempoh hari dan Jungkook yang selalu kisahkan makan minumnya.
Jauh beza daripada Jimin yang nampak tidak berbuat apa apa
"Kejap lagi ayah kau sampai" Kata Jungkook
Hani berdecit. Dia cuba untuk duduk dan Jungkook membantunya
Hani mula berasa malu. Rasa seperti bercinta.
Kini kedua dua tangan Jungkook dipegang oleh Hani
"Janji dengan aku.. Kau takkan buat aku macam mana orang lain buat aku"
Jungkook mula rasa bersalah. Bukan ke Jimin suka kan Hani? Kenapa Hani boleh kata begini padanya?
"Apa yang orang lain dah buat?" Soalnya
Hani berfikir seketika. Dia teragak agak mahu bercerita atau tidak
"Em.."
"Aku tak nak kau tinggalkan aku macam mana.. Ayah aku.. Kakak aku.. dengan.. Jimin.. buat"
"Tapi Jimin tu.."
"Aku tahu dia ada sebab. Semua orang ada sebab kenapa diorang pergi"
Jungkook terasa sesuatu di hatinya. Separuh perasaannya berlari untuk mengikut kehendak Hani. Separuh lagi mengheretnya untuk mengutamakan Jimin
Melihat Hani betul betul selesa dengannya buat Jungkook semakin lemah
Tangannya mengusap rambut Hani
Hani gembira kerana Jungkook nampaknya tidak terlalu jual mahal dengannya
Nampak? Jungkook lebih baik terhadapnya berbanding Jimin
Biarlah Jungkook tak berharta sekali pun.
Pada mulanya Hani memikirkan hal yang sama terhadap Jimin. Tetapi sejak Jimin mula kembali kepada keluarganya yang rupa rupanya kaya, layanannya terhadap Hani terus berubah
Hani tahu perasaan menjadi orang yang berduit. Siapalah nak pandang orang macam dia yang dihumban ke sana sini
"Aku tak nak kita cepat sangat. Cukup kalau aku ada dengan kau kan?" Soal Jungkook
Hani terkedip kedip memandang Jungkook. Cukup beberapa saat dia menggeleng
Leher Jungkook dirangkul secara tiba tiba
"Aku tetap nak kau"
Jungkook terpana dengan Hani.
Dengan keadaan Hani yang nampak sangat lemah buatkan dia tidak sampai hati untuk berkata kata seperti menolak
Jungkook pun,
Tidak mahu menolak sebenarnya
.
.
.
.Namjoon sejak tadi sekadar termenung sambil memegang cawan u-boat shot nya
Air tu tidak langsung menyentuh tekaknya
Seseorang mengambil tempat di sebelah dan kedengaran seperti memesan air juga
Wajah Namjoon dipandang dari sisi
YOU ARE READING
Lelaki luar biasa | Pjm
Fanfiction"Dia?" "Dia Park Jimin dan dia luar biasa." "Cliché? Tak. Semua yang aku lalui dengan dia merupakan perkara baru bagi aku. Dan aku sayang dia. Jangan kacau" Start : 8 Jun 2019 End : ?? ? ????