Setiap langkahnya membuatkan orang di sekelilingnya menganga tak cukup ruang
Dengan ketinggian yang cukup tinggi, wajah yang kacak,
Semua perempuan di sekelilingnya terasa seperti tiada sesiapa di sekeliling mereka melainkan makhluk kacak ni dan diri mereka
"Tumpang tanya--"
Baru nak bertanya, jawapan dah ada depan mata
"Sayang~" Panggilnya
Dia bergerak ke bahagian kaunter yang buah hatinya sedang berdiri
Nampak sibuk dengan kerjanya. Menarik
"Ala asal yang handsome handsome je mesti pergi dekat doktor diva dua orang tu. Menyampah" Umpat staff yang berada di kaunter itu
Mereka memaksudkan Jungkook dan Namjoon yang pernah ke kaunter ini untuk mencari Hani
Kim Taehyung mengecilkan matanya memandang Jennie disebelah yang sedang buat apa tah dengan komputer
"Siapa yang pernah datang sini cari Ms Jennie Kim?"
"Tak tak.. Untuk doktor Jennie, Encik orang pertama" Kata salah seorang staff di situ
Taehyung mengangguk lega
"Saya dah email dekat saya, nanti kalau decline, awak mesej saya eh" Pesan Jennie sambil menolak komputer riba itu kembali kepada pemilik asalnya
"Memanglah tak ada orang cari saya dekat sini. Saya jumpa diorang dekat luar je" Kata Jennie kepada staff yang mengumpat tentangnya
Kerek sahaja pandangan yang dibalas kepada kata kata Jennie
Taehyung disitu, "Diorang?"
Bibirnya digigit. Banyak sangat ke??
.
.Jennie masuk ke dalam biliknya. Taehyung yang sejak tadi mengekornya dibiarkan bercakap seorang diri
Dia tidak mahu pekerja lain nampak sisi lain dirinya selain gedik ke diva ke apa pergi mati. Asalkan bukan sisi cinta cinta ini
Jennie tidak berkongsi bilik dengan sesiapa memandangkan biliknya kecil
"Awak nak apa pulak ni?" Soal Jennie
Taehyung cuba kuatkan dirinya melihat Jennie masih nampak rimas apabila melihatnya
"Saya dah cakap kan? Saya takkan putus asa"
"Saya pun dah cakap terang terang depan muka awak yang saya takkan maafkan awak sampai awak mati atau saya mati, awak simpanlah maaf awak tu"
Taehyung terkejut apabila Jennie berkata begitu
Selama dia cuba memujuk, inilah benda yang paling kasar Jennie pernah katakan
Jennie sendiri terkejut dengan apa yang dia cakap
Dia sedar ayatnya terlalu kasar. Tapi, takkan nak tarik balik
"Awak putuskan saya depan semua orang.."
"Saya faham saya tak ada mak bapak tapi saya ada maruah diri saya sendiri! Awak senang senang kecikkan diri saya depan semua orang"
"Oh she has no parents, that's why he dumped her. She might got him into trouble in the future"
Jennie mengingatkan semula ayat ayat yang penah didengarnya apabila Taehyung meninggalkan dia
Dia menoleh ke arah lain apabila matanya sudah berkaca
Taehyung semakin bersalah
Ini pun kali pertama Jennie bercakap lebih 10 patah perkataan dengannya. Maksudnya kali pertama Jennie mengungkit silapnya
YOU ARE READING
Lelaki luar biasa | Pjm
Fanfiction"Dia?" "Dia Park Jimin dan dia luar biasa." "Cliché? Tak. Semua yang aku lalui dengan dia merupakan perkara baru bagi aku. Dan aku sayang dia. Jangan kacau" Start : 8 Jun 2019 End : ?? ? ????