8; Kahwin dengan Hoseok

35 6 6
                                    

Bertungkus lumus Jimin bekerja di bahagian pembinaan. Sejak pagi tadi, dia buat kerja tanpa henti kerana hari ini dia sebolehnya ingin cari duit lebih. Maklumlah, kena tanggung anak bujang orang

Jungkook sejak sakit haritu, terus tak pergi kerja. Duduk melengkar saja kat rumah. Jimin juga jadi mangsa

"Bos" Jimin datang mendekati ketuanya

Lelaki tua yang sedang membaca surat khabar itu berkerut. Rasa terganggu

"Apa kau nak?"

Jimin terpisat pisat. Rasa berdentam dentum dalam hati sebab takut. Tapi masih cuba mengekalkan senyuman

"Er.. harini saya kerja lebih masa--"

Jimin menghentikan ayatnya. Wajah orang tua tu tak ubah seperti hendak memakannya

Selepas terdengar decitan keluar darinya, Jimin menunduk apabila melihat ketuanya mengeluarkan sampul dari poket

Beberapa keping not diberi pada Jimin

$50

"Esok kerja lagi. Jangan lewat" Kata majikannya

Jimin tersenyum dan menunduk hormat. Majikannya bangun dan meninggalkannya disitu. Bukan dia tak kenal Jimin ni. Terlebih kenal, sebab ayah Jimin kan merupakan....

.
.

"Jeon Jungkook" Panggil Jimin. Pintu rumahnya diketuk ketuk

Boleh dengar dari luar seseorang sedang berjalan ke arah pintu dengan langkah yang malas sekali

"Lambat kau balik?" Soal Jungkook sebaik sahaja membuka pintu

"Overtime"

Jungkook hanya buat tak endah kemudian berbaring di sofa semula

"Ni ada makanan. Kau makanlah" Pelawa Jimin

Jungkook memandang sekilas plastik yang dibawa Jimin tadi. Nampak seperti nasi dan lauk campur yang dibeli

"Terima kasih"

Jimin hanya diam tak jawab apa apa. Sibuk menguruskan diri sendiri

Jungkook bangkit semula dan terus capai makanan tadi. Dengan penuh selera dia makan. Jimin jadi sakit hati pula tiba tiba

"Kerjalah" Jimin bersuara tiba tiba

Jungkook tersentak. Dah sebulan dia tidak bekerja, tiba tiba Jimin menyuruhnya bekerja

"Kau tu lelaki, bukan perempuan. Kalau kau perempuan, aku masih boleh terima nak tanggung kau apa semua. Tapi kau lelaki, takkan makan minum--"

Jimin memandang chopstick yang Jungkook baling di kakinya

"Jadi selama ni kau tak ikhlas la?"

"Bukan tak ikhlas. Aku faham kau sakit. Tapi dah lebih dua minggu kau pulih. Tolonglah aku, kita kerja sama sama" Kata Jimin lagi. Tidak pula dia meninggikan suara atau apa pun

Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Pipinya masih kembung dengan makanan yang masih belum habis dikunyah

Jungkook lantas bangun dan kemudian mencapai jaket panjangnya

"Berkira sangat. Kau tu menumpang juga" Jungkook menjeling Jimin sebelum keluar dari rumah

Beginilah dia. Kes yang sama berlaku pada bulan lepas. Bila ditegur pasal kerja, dia terus keluar. Lepastu buat masalah.

Bila teringat, dia seakan dihadirkan satu rasa dimana... Dia ingin Hani berada di depan matanya.

Cukup tidak kuat untuk katakan yang ini cinta kerana, ini bukan zaman sekolah menengah. Langgar bahu, pijak kasut boleh jatuh cinta. Jimin cukup tak percaya.

Lelaki luar biasa | PjmWhere stories live. Discover now