10 ; Shoot

37 5 4
                                    

.
.
.
.

"Apa kita buat dekat sini?" Soal Hani pelik memandang rumah agam yang tersergam indah di hadapannya kini

Jimin memandang Hani disebelahnya

"Kau nak tunggu luar ke nak masuk sekali?" Soal Jimin tanpa menghiraukan soalan Hani tadi

"Kita dah sampai sini sama sama, mestilah I ikut you juga" Balas Hani

Jimin mengangguk

"Nah" Hani tatap pelik mask yang diberikan oleh Jimin

"Jangan buka sepanjang kita dekat dalam, faham?" Pesan Jimin

Dengan rasa pelik yang masih belum terbungkam, Hani tetap menyambut huluran itu. Tanpa berlengah dia terus mengenakan mask hitam itu dimuka

Mereka bertiga masuk ke dalam rumah itu setelah gate terbuka. Kehadiran mereka disambut oleh seorang pengawal pondok dan seorang tukang kebun lelaki

Semuanya menunduk hormat apabila mereka lalu

Hani agak terkesima dengan situasi ini

Mereka berjalan ke gazebo dan Jimin memegang bahu Hani seraya membuatkan gadis itu terduduk di kerusi batu yang terdapat di situ

"Aku boleh bagi kau masuk sampai sini je. Aku minta sangat, jangan sampai sesiapa pun dalam rumah ni nampak muka kau, kenal suara kau atau apa pun"

"Kenapa ni?" Soal Hani pelik. Wajah Jimin dan Jungkook dipandang silih berganti

"Duduk sini tau. Jangan pergi mana mana" Pesan Jimin lagi

Hani menelan liurnya apabila Jimin bercakap sambil memegang kedua bahunya. Rasa seperti, overwhelmed dengan cara dia bercakap

Sudahnya, dia sekadar mengangguk sahaja. Jimin dan Jungkook berjalan masuk ke dalam rumah. Hilang sahaja bayangan mereka berdua daripada pandangan, Hani mengeluh

Kenapa macam ni sekali? Si Jungkook dengan Jimin tu ahli kumpulan mafia ke sampai Hani perlu sembunyikan identiti?

Hani memerhati sekelilingnya. Dirinya dipalingkan untuk melihat isi rumah

Dari luar, Hani dapat lihat ke dalam tingkap yang agak dekat dengannya. Isi rumah nampak elegan dan santai

Tiada pula tanda tanda unsur kekerasan. Suasana pun harmoni, tidak ada aura aura kejahatan. Jadi apa yang hendak disorokkan

Hani terhincut apabila terdengar suara kanak kanak ketawa dari belakang rumah

"Hye Jung!!"

Hani tersenyum apabila melihat seorang kanak kanak perempuan berlari dari belakang menuju ke gazebo tempat dia duduk

Wajah yang tadi tercalit dengan senyuman terus ditundukkam apabila seorang wanita berjalan pantas untuk mendapatkan kanak kanak perempuan yang mungkin namanya Hye Jung itu

Hani terkejut apabila Hye Jung tiba tiba memeluk kakinya sambil menggelitik. Sungguh betul dia lari dari ibunya

Hani resah sendiri..Sudah pasti nanti ibunya akan menegur Hani!

"Hye Jung.. Penatlah Mummy macam ni.." Rungut wanita itu

Hye Jung cuba memanjat ke atas riba Hani untuk perlindungan dirinya. Tetapi Hani sekadar memegang tangan Hye Jung supaya tidak jatuh

"Sini" Wanita itu mengambil Hye Jung dan mendukungnya. Habis kanak kanak itu ketawa

"Awak ni siapa?" Soal wanita itu pada Hani . Ramah nadanya

Lelaki luar biasa | PjmWhere stories live. Discover now