.
.
.
.Hani tekun memandang Jimin mengemas meja makan. Tanpa dia sendiri sedar bibirnya mengukirkan sedikit senyuman
"Kenapa kau rasa bapak kau yang buat macam ni?" Soal Jimin tanpa memandangnya. Khusyuk sangat mengelap meja
Hani sedikit tersentak. Fikirannya terus bungkam
"I pun tak tahu.."
"Kalau kau tak tahu kenapa kau tuduh dia?"
Hani mengeluh. Dua tiga kali dia berkira kira sama ada hendak beritahu atau tidak
Jimin memandang Hani yang hanya berdiam. Dia dapat rasakan yang gadis ini pasti mempunyai rahsia
Hani mendapat idea untuk mengubah topik. Tetapi takut juga dia hendak bertanya
"Jimin.. Kenapa,"
"Ah sebelum kau cakap. Tukar dulu panggilan kita boleh? Aku tak suka kau cakap dengan aku macam tu" Kata Jimin, kedengaran kasar di telinga Hani
Hani tergelak sinis
"Okay. I- Aku cakap macam ni dengan lelaki sebab fikir kan chances untuk aku bercinta dengan diorang. Since kau dah cakap macam tu.."
"Aku tak suka" Kata Jimin lagi
Dia pergi ke dapur
Hani dapat mendengar air singki mengalir.
Perlahan dia mencaci Jimin. Kasar sangat!
Dia melirik sahaja Jimin yang kembali ke ruang tamu
Jimin duduk di sebelah kanan Hani. Matanya memandang bahu yang pernah terbenam dengan peluru
"Kau betul ke okay ni?" Soal Jimin
Hani berdecit
"Sikit jelah.. Bukan kena jantung ke paru ke. Lagipun peluru tu kena atas bahu"
Hani cuba memegang bahunya sendiri. Dia mengaduh sakit apabila terasa ngilu luka itu
Jimin hanya mampu ketawa
"Apa lah.."
Hani memandang Jimin yang menggelakannya
Mata mereka bertaut seketika. Hani tidak melepas peluan untuk perhati anak mata Jimin yang sedikit tajam berbanding orang lain. Seperti lens camera
Terus dia menerjah Jimin
Wajah Jimin dipegang dan dirapatkan dengan dirinya untuk melihat dengan lebih lagi
"Woah! Tengok! Cantiknya mata kau!"
Jimin bergerak ke belakang kerana terkejut dengan tindakan Hani
"Contact lens jelah!!"
Hani terasa kecewa. Terus Jimin ditolaknya
"Ceh.."
Jimin memegang dadanya kerana masih terkejut. Dapat dirasakan melalui tangannya jantungnya berdegup laju daripada biasa
"Oh aku tak habis cakap lagi"
"Macam kau pernah berhenti bercakap" Balas Jimin
Hani tersentak
Jimin juga terkejut apabila raut wajah Hani tiba tiba berubah
"S-sory.. Bukan tu maksud aku. Aku gurau je"
Hani tersenyum kekok
"Tak.. Aku tak amik hati pun"
Hani terus memaling wajahnya ke arah lain. Anak matanya terasa panas
Jimin pula risau kerana tahu dia telah mencipta jurang antara dia dan Hani setelah berkata begitu
YOU ARE READING
Lelaki luar biasa | Pjm
Fanfiction"Dia?" "Dia Park Jimin dan dia luar biasa." "Cliché? Tak. Semua yang aku lalui dengan dia merupakan perkara baru bagi aku. Dan aku sayang dia. Jangan kacau" Start : 8 Jun 2019 End : ?? ? ????