.
.
.
.Jennie menurunkan sedikit kaca mata hitamnya ke bawah apabila seseorang menghalang jalannya di basement
"Lama tak jumpa"
Jennie sekadar buat muka menyampah mendengar sapaan itu
Dia berjalan melepasi Kim Taehyung
"Jen.."
Jennie mengambil nafas sedalam yang mungkin untuk redakan sakit hatinya melihat tong sampah bergerak ini
"Saya.. Nampak macam banyak masa nak berbual dengan awak ke?"
Wajah Taehyung dipandang penuh benci
"Okay, kalau macam tu-"
"Tak payah lah fikir nak set masa ke apa"
"Saya minta maaf.."
Jennie memandang tangannya yang dipegang oleh Taehyung
Keluhan dilepaskan dan tangannya ditarik daripada Taehyung
"Kalau awak rasa dengan maaf tu boleh tebus kecewa saya.. Mimpi jelah. Sampai mati saya takkan terima apa yang awak dah buat"
"Jang ahjussi. Uruskan dia ni"
Jennie menekan kasar punat lif
"Encik, tolong pergi dari sini. Orang luar tak boleh masuk tanpa izin residen kondo ni" Kata pak cik guard itu
Ayat itu kedengaran jelas di telinga Jennie tanpa dia memandang bagaimana Taehyung diminta untuk pergi
Sempat dia dan Taehyung bertentang mata sebelum dia masuk ke dalam perut lif
Lututnya yang sejak tadi menggigil kini kendur setelah masuk sahaja ke dalam lif
Badannya disandarkan. Penat ditahan air mata di hadapan Taehyung tadi
Sakit hati kerana dia terlalu sayangkan lelaki itu. Tapi Taehyung telah tersilap langkah dalam hubungan mereka menyebabkan Jennie membencinya separuh mati
.
.Taehyung berasa hampa kerana Jennie tidak langsung beri petanda yang mereka boleh bersama semula
"Oi Kim Taehyung"
Taehyung memandang gerangan yang memanggil namanya
Kelihatan Hani sedang berpeluk tubuh sambil memandangnya sambil buat muka "kau kenapa dekat sini"
Macam tu
.
.Hani menawarkan diri untuk menuangkan soju ke dalam gelas shot Taehyung
"Kalau kau jadi dia kau buat apa?" Taehyung menyoal
"Hancurkan hidup kau sampai kau tak rasa nak hidup dah" Hani membalas
"Nasib baik Jennie bukan kau"
Seperti peluru kedua duanya menyerang sesama sendiri
Soju yang dituang Hani terus diteguknya rakus
"Kau curang depan dia. Tengah tengah kolej. Depan orang ramai, kalau kau jadi dia kau okay ke?"
Sindiran pedas Hani membuat Taehyung bisu
Hani biarkan sahaja Taehyung yang nampak seperti sedang berfikir
Dia sibukkkan diri dengan ayam di hadapannya
Taehyung memandang Hani
Hani sedikit rasa kesian sebenarnya dekat Taehyung
Kalau betul dia ingin sangat dekat perempuan yang dia curangi tu, takkannya dia kejarkan Jennie pagi petang siang malam begini
YOU ARE READING
Lelaki luar biasa | Pjm
Fanfiction"Dia?" "Dia Park Jimin dan dia luar biasa." "Cliché? Tak. Semua yang aku lalui dengan dia merupakan perkara baru bagi aku. Dan aku sayang dia. Jangan kacau" Start : 8 Jun 2019 End : ?? ? ????