13 ; I am no one

36 4 0
                                    

.
.
.
.

Hani terkedu melihat Jimin sedang bersandar di sebuah Range Rover hitam

"Wah.." Hani menunjukkan rasa kagumnya dengan senyuman yang meleret

Jimin kekal dengan wajah bekunya

"Wow.. Kereta siapa ni?" Soal Hani,

Dia juga ada. Bukan dia. Hasil duit Tuan Bae, Hani adalah dua buah kereta dan salah satunya sama seperti ini tetapi warna merah

Dia kagum kerana tengoklah keadaan mereka. Hani jumpa Jimin di rumah kabin yang terpencil. Mana dia pernah sangka Jimin akan muncul dengan kereta mewah begini

"Masuk" Kata Jimin seperti mengarah

Pintu dibuka untuk Hani dan dia terus berjalan ke seat pemandu

Hani dapat mengagak mood Jimin sedang tidak elok

Dia masuk ke dalam perut kereta tanpa banyak bicara

Tali pinggang keselamatan dipasangkan.

Jimin memulakan perjalanan. Hani rasa lemas dengan suasana yang Jimin beri

Dia memandang Jimin yang sedang memandu. Seriounya muka..

"Aku minta maaf sebab pergi tak bagitau"

Kata kata Hani tidak dilayan oleh Jimin

Dia fokus memandu

Hani menggulingkan matanya. Kenapa ambil dia kalau sikap macam ni?

"Sorry, bukan aku ke yang patutnya marah sekarang sebab kau fitnah aku?"  Templak Hani, geram

"Marahlah" Jawab Jimin selamba

Hani menghempas badannya bersandar

Mereka tidak berbual langsung sepanjang perjalanan

Hampir 20 minit berlalu bermacam macam perkara Hani fikirkan. Yang utamanya ialah mengapa sikap Jimin berubah sebegini

Jimin memberhentikan keretanya setelah tiba di basement apartment nya

Hani memandang Jimin

"Aku tanak susahkan kau" Katanya

"Kalau macam tu turun" Jawab Jimin, membalas semula pandangan Hani

Hani mengeluh

Dia turun dari kereta dan mengambil bagasinya di belakang

Tutup sahaja pintu, kereta Jimin terus bergerak pergi tanpa sebarang pamitan atau apa apa yang sepatutnya. Pandang Hani pun tidak!

Hani melopong sendirian

"Apa masalah dia ni??" Soalnya

Pemegang bagasinya direntap supaya dia boleh mengheret bagasi itu

Dia masuk ke dalam lif dan menekan butang GF untuk ke lobi

Melihat perangai Jimin yang seperti tidak ikhlas membuatkan dia terasa hati

Dia masih ada maruah untuk dijaga. Orang dah tak suka takkan dia masih nak tunjuk muka

.
.

Hani duduk di kerusi kayu sambil memeluk lututnya . Kepulan asap yang keluar setiap kali dia menghembus nafas menunjukkan betapa sejuknya suhu ketika itu

Fikirannya asyik memikirkan betapa malangnya nasibnya

Namun begitu matanya asyik tertancap pada sebuah lori yang menjual kek ikan pedas

Lelaki luar biasa | PjmWhere stories live. Discover now