.
.
.
.Jungkook sudah mula bekerja di tempat dimana Jimin bekerja. Hari hari mereka kerja lebih masa. Seronok dengan habuan yang mereka dapat
Tiba di rumah, Jungkook berkerut melihat pensil dan kertas di hadapannya. Sebatang pensil yang baru dibeli oleh Jimin tadi bersama buku blok lukisan bersaiz A3
"Kau nak suruh aku lukis apa sebenarnya?" Soal Jungkook
Jimin tersenyum lebar. Malu nak bagitau
"Lukis bidadari.."
Jungkook ketawa sinis. Mengarut apa pula Jimin senja senja begini? Kena sampuk hantu Jepun ke?
"Lawak apa kau buat ni setan?" Kata Jungkook
"Alah, tolonglah aku. Sekali ni je kan?? Lagipun aku bayar kau kan" Kata Jimin
"$5 je.."
"Je??? Hey cuba kau korek tanah tu, jumpa tak $5?" Perli Jimin
Jungkook berdecit
"Apa gambarannya? Setakat ni dalam hidup aku 27 tahun ni, tak pernah pernah aku jumpa bidadari"
Jimin mula teruja kembali
"Ingat tak perempuan yang kau cuba culik tu?"
"Perempuan gila tu??"
"Hisy kau ni.. tak baik"
"Dia gila. Aku ingat lagi, dia berterima kasih sebab aku culik dia. Tak faham betul aku" Jungkook meleter sedikit. Jimin tidak membantah, takut Jungkook ubah fikiran pula
"Kau ingat lagi kan muka dia?"
Jungkook mengangguk dan mula mencapai kertas serta pensil
Jimin meninggalkan Jungkook berseorangan di ruang tamu dan terus mandi.
Jungkook mula melakar. Wajah Hani disemat betul betul difikirannya.
Dari bentuk muka sehinggalah terhasilnya bahagian muka, Jungkook semakin menghayati lukisannya.
"Cantik"
Tanpa disangka sangka, itu juga yang keluar dari mulut Jungkook. Bibirnya mengoyakkan sedikit senyuman.
Tetapi dia seakan akan tersentak dan tersedar
"Apa kau ni! Isy.." Kepalanya digelengkan dan mengerling jam kecil di atas meja
Terkejut Jungkook dibuatnya. Seingat dia, dia mula melukis pada pukul 7:30 dan sekarang dah hampir masuk pukul 1 pagi
Lukisan dan pensil diletakkan atas meja. Letak sahaja kepalanya di bantal, terus dia melayang ke dunia mimpi
.
."Apa kau nak buat dengan lukisan tu?" Soal Jungkook. Jimin yang berjalan disebelahnya dipandang
Mereka sedang menuju ke tempat pembinaan
"Aku.. nak balik ke Seoul.." Kata Jimin. Jungkook terkejut. Rakannya dipandang tidak percaya
"Aku dah fikir.. Aku dah suka dengan Hani.. Tapi dalam keadaan sekarang, mana mungkin Hani nak terima aku kan? Jadi aku akan ambil balik hak aku yang abang aku cuba rampas." Jimin menerangkan dengan jelas semuanya
Jungkook menelan perit liurnya. Hampir dua tahun mereka sudah hidup bersama dan kini Jimin akan meninggalkannya di Busan demi seorang wanita?
"Aku nak ajak kau.. Nak?" Soal Jimin
Sekali lagi Jungkook terpana
.
.
.
.Disebabkan Jennie pulang ke rumah keluarganya untuk menyelesaikan masalah, Hani terpaksa pulang ke rumah menaiki bas. Untuk sampai ke perhentian bas akan mengambil masa yang kerana jaraknyak agak jauh
YOU ARE READING
Lelaki luar biasa | Pjm
Fanfic"Dia?" "Dia Park Jimin dan dia luar biasa." "Cliché? Tak. Semua yang aku lalui dengan dia merupakan perkara baru bagi aku. Dan aku sayang dia. Jangan kacau" Start : 8 Jun 2019 End : ?? ? ????