.
.
.
.
"Papa, maafkan Hani sebab buat benda ni. Tapi, ini yang Hani tunggu selama ni"Hani mengetap bibirnya. Tak boleh bayang riaksi Tuan Bae kalau tahu pasal hal ni
Memang dia dah biasa kecewakan Tuan Bae kerana sikapnya. Tapi dia tahu, orang tua itu sebenarnya memasang harapan tinggi dekat Hani untuk mengambil alih tempatnya dalam dunia perniagaan
Memandangkan Junghee awal awal sudah maklum yang dia akan membina syarikat sendiri, itu yang Tuan Bae target anak keduanya ini
Dia menghantar Hani ke Oxford untuk sambung bidang perniagaan. Tetapi semudah ABC, Hani sendiri telah menukar bidangnya untuk belajar bidang kedoktoran. Nampak keras kepalanya disitu walaupun baru berusia 16 tahun ketika itu
Hani melangkah masuk ke dalam hospital besar yang menjadi pilihan para penduduk di Seoul. Hospital kerajaan yang berkualiti. Ini seakan cita cita dia
Megah rasanya masuk ke dalam hospital ini dengan briefcase yang sudah terisi kertas keperluannya. Kelulusan bertaraf MBA , mestilah bangga
Sebenarnya sejak tiga bulan lepas dia sudah temu duga. Dan ya, ia berjalan dengan lancar kerana sijil Hani terlalu laku.
Dia akan mula bekerja sebagai doktor pakar bedah. Itulah sisi lain Bae Hani. Dalam nakal , ada bijaknya
....
"Selamat datang, Dr Bae" Kata Jennie, salah seorang rakan Hani yang bekerja disini
Hani menjeling tapi tersenyum. Tahu sangat Jennie ni menyakatnya
"Jangan nak sakat aku sangat eh. Aku tahu kau senior 3 bulan, tapi jangan ingat aku tak berani lawan ya" Kata Hani. Tangannya sibuk mengemas meja kerjanya
"Yalah, doktor" Jennie masih dengan senyumannya. Tidak pula dia membantu. Sekadar melihat dan berpeluk tubuh di hadapan meja
"Kau ni tercegat dekat sini kenapa? Dah takda kerja?" Soal Hani
"Alah, baru pukul berapa.. belum pukul 7 pun.. aku nak ajak kau beli makanan kat cafe, tu pun kalau kau naklah" Kata Jennie. Betul lah, sekarang baru pukul 6:45 pagi. Masih sempat untuk mereka beli makanan dan makan di dalam bilik
"Aku ada sarapan sendiri dah. Lagipun aku busy ni, nak sesuaikan diri"
"Haisy, dari dulu sampai sekarang...Busy manjang. Kita belajar course sama, sekarang dah kerja dalam bidang sama, tak pernah pula aku busy macam kau"
"Kau, bising ah Jen. kang tak siap kerja aku"
"Isy!" Jennie keluar dari bilik dengan hentakan kaki. Tahu sangatlah yang dia merajuk
Malas Hani nak melayan. Jennie memang macam tu, mengada sikit
Hampir lima minit lepas Jennie pergi, Hani mula siap mengemas. Semuanya sudah tersusun elok. Matanya tertancap pada meja di hadapannya. Meja untuk seorang lagi doktor.
Entah siapa gerangannya tidak pula dia tahu
Kakinya gatal mendekati meja tersebut
Ada sebuah frame disitu dan ada gambar seorang lelaki dan perempuan yang sudah agak berusia. Mungkin orang tua kepada doktor ini
Terhincut bahu Hani apabila ada orang masuk. Apa yang dia terima adalah pandangan tajam dari seorang doktor perempuan yang baru masuk
YOU ARE READING
Lelaki luar biasa | Pjm
Fiksi Penggemar"Dia?" "Dia Park Jimin dan dia luar biasa." "Cliché? Tak. Semua yang aku lalui dengan dia merupakan perkara baru bagi aku. Dan aku sayang dia. Jangan kacau" Start : 8 Jun 2019 End : ?? ? ????