.
.
.
.Hani menyesal percaya bulat bulat si Jungkook ni. Padah pada diri sendiri bila sekarang dia sudah terikat pada kerusi
"Lepas la!!!" Jerit Hani
Jungkook hanya mendiamkan diri dan tersenyum senyum mengira cash yang Hani ada
"Woi!!"
"Eh rileks la" Kata Jungkook
Beg duit tadi dimasukkan ke dalam poket
"Sekarang apa patut kita buat?" Jungkook menyoal
"Kau nak duit, amik.. But just let me go!!" Bentak Hani kegeraman
"Takkanlah aku nak lepaskan kau? Kang aku kena masuk lokap. Dah satu hal"
Jungkook memuncung sambil menggeleng. Tak mahu dia meringkuk dalam palang besi
"Please... sakitlah Jungkook" Rayu Hani
"Oh, takpun kau boleh jadi partner aku. Aku dah lama single"
Hani diam selepas itu
Tangannya ligat cuba membuka ikatan. Jungkook salah perangkap. Setakat tali macam ni, pejam mata Hani boleh buka.
Tapi masalahnya, dia lagi takut nak tanggung risiko bila lari. Takut dihentam dengan apa apa dan Jungkook akan buat benda yang lebih menyakitkan
Bila dia rasa dia hendak menggunakan kebolehan taekwondo nya, baru dia buka. Tak tahan dah. Sakit tangan terikat ke belakang kerusi
Jungkook membaling putung rokok ke arah muka Hani kemudian berjalan keluar dari rumah kecil itu
Hani berasa sedikit lega. Sesak nafas melihat Jungkook berada di depan matanya tadi. Muka kacak tapi perangai macam ANJ-arnab
"Ffuh.."
Ikatan tali sudah terlerai
Masalah sekarang, macam mana dia nak lawan kalau dia pakai skirt?
Syukur Jungkook hanya simpan dompet dan tidak telefonnya
telefon itu disimpan di dalam poket skirt. Kemudian dia perlahan lahan keluar
Memang peluang 50-50 je nak lari dari sini. Nak tahu mereka dekat mana?
Tempat pembuangan kereta. Ada satu rumah kecil disitu dan Jungkook menge'port' disitu bersama seorang rakan
Hani perlahan lahan mengintai
Jungkook sedang merokok
"Cis tak padan dengan kepala bocor, gatal hisap rokok" Hani membebel
Dia mencapai sekaki payung di tepi pintu masuk kemudian berjalan perlahan dekat dengan Jungkook
"Hiyarghh!!!"
Satu pukulan tepat mengena tengkuk lelaki itu
Hampir tersungkur tetapi masih boleh berdiri
"Macam mana kau boleh lepas ni??!"
Jungkook membuang rokoknya yang baru dibakar kemudian cuba menangkap Hani
Kedua lengan gadis itu direntap kasar.
Secara refleks, Hani melutut perut Jungkook hasilnya lelaki itu terundur dan Hani mengambil kesempatan untuk menendang dadanya. Makan kau 'heels.kick'
Habis jatuh Jungkook
"Ceh lembik je.." Hani mengejek. Lengan bajunya disinsing
Jungkook tidak menunjukkan tanda tanda hendak bangun. Dadanya sakit. Mungkin kerana sakit dibelasah Hani awal awal tadi pun masih belum habis, ditambah pula dengan yang ini
YOU ARE READING
Lelaki luar biasa | Pjm
Fanfiction"Dia?" "Dia Park Jimin dan dia luar biasa." "Cliché? Tak. Semua yang aku lalui dengan dia merupakan perkara baru bagi aku. Dan aku sayang dia. Jangan kacau" Start : 8 Jun 2019 End : ?? ? ????