perubahanmu.

902 35 3
                                    

*start chapter ni banyak pov hani sebab fiez ni terlampau bahagia sampai lupa diri!*

12 TENGAH HARI~

Hani pov.

Sebelum pulang kerumah aku, fiez dan aku singgah direstoran mamak untuk bersarapan? Ahh anggap aja lah sarapan. Oh ya! Qisya tidak ikut bersama katanya ada hal dirumah rakan baiknya.

Restoran al kabeer~

"Teh o ais 2 dan mee goreng mamak 1 telur mata ya aney" kata fiez kepada seorang mamak yang sedang mengambil order kami berdua.

Sementara menunggu makanan sampai, fikiran aku masih terganggu sama ada luahan aku pada malam tadi fiez dengar atau tak? Aku rasa tak, betul kan? Sebab dia layan aku seperti biasa sahaja.kalau dia tahu macam mana? And dia pura pura tak tahu? Arghh menganggu kepala aku lah!!!

"Hani? Kamu okay ark? Haha macam gila kamu ni" soal fiez hairan.

"Erk okay je hehe" kataku sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal.

Lalu aku membuka telefon aku dan terus menghadap aplikasi kesukaan ku semestinya instagram, sesungguhnya aku dan instagram tidak dapat dipisahkan HAHA!

"fiez, tengok perempuan ni, cantik gila tapi em les" kata aku, yela dunia ni kita kena pandai berlakon yelah bukan semua dapat terimakan? Betul tak hehe.

"Haah laaa! Lawa dowhhh..ptfff weyh aku ni macam les la pulak..jangan jangan aku straight!" Katanya sambil ketawa.

Okay aku sure 100% dia tak dengar apa yang aku luahkan pada malam itu.

"Hahahaha hani, kalau orang les kamu nak kawan dengan orang tak? Hahahaha" soalnya sambil ketawa yang masih lagi tersisa.

"Mestilah orang akan kawan kamu, kamu kan kawan orang" kataku, cliche kan? Ada aku kesah? Kahkah.

"Hahaha memang tak lah orang les gila apa dowh! Ahahaha dahla jum makan" katanya.

Aq sedikit tersentak, takut? Bukan sebarang takut, kini aku yakin kalau lah fiez tahu dia semestinya akan meninggalkan aku dan dia mungkin akan benci aku? Aku tahu itu bakal terjadi, jika bukan hari ini mungkin suatu hari nanti, percayalah wahai diri, belajar lah untuk melepaskan kerana sesungguhnya kau tidak begitu sakit saat fiez tahu akan perkara sebenar, dia pasti akan tahu.

"Kalau orang les pulak kamu nak kawan dengan orang tak?" Soal aku pula.

"Ermm..akan difikirkan" katanya sambil menghirup air teh o aisnya itu.

"Mesti tak nak kan? Macam orang tak kenal kamu, haritu ada les mesej orang pun dear tak kasi kan? Siap marah suruh orang block dia sebab tak nak orang jadi macam tu." Kataku padanya

"Tahupun hahaahahahahahaha " katanya sambil ketawa.

~~~~

selepas makan, kami bergerak ke rumah aku yela nak pergi mana pula kan? Kahkahkah

Sewaktu sampai diperkarangan rumah aku sempat mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum berlalu masuk ke rumah, kamu adalah kenangan terindah orang fiez and orang harap dear ingat orang dalam setiap hari hari dear walau suatu hari nanti tiada lagi sayang, yang hanya tinggal? Cumalah bayang.

*****************************

Aku masih takut, apa yang aku takutkan? Aku cumalah takut akan kehilangan lagi lagi manusia tersebut adalah fiez, sesungguhnya aku tidak rela untuk kehilangannya aku tidak rela melihat dia menjauh dariku. Dan aku perkara tersebut tidak akan berlaku.

Setelah kejadian itu, aku dapat merasakan fiez menjauh? Aku yakin dia tidak tahu akan luahan itu, tapi apa puncanya? Amir? Mungkin? Sebab dia tak nak fiez rapat dengan aku jadi dia suruh fiez menjauhkan diri? Atau amir dah tahu bahawa aku suka akan fiez? Mungkin? Sesungguhnya aku tidak tahu, aku terasa diabaikan, dahulunya dia tempat aku bermanja kini aku merasakan bahawa dia adalah seorang 'stranger' untuk aku, bagaikan aku tidak mengenali fiez lagi, aku asyik dimarahnya apabila dia bergaduh dengan amir, tapi aku masih mampu bersabar, dia tidak lagi menceritakan masalahnya pada ku sedangkan dia tahu aku seorang pendengar setianya, dan tidak dinafikan fiez pernah mengaku padaku bahawa aku sahaja yang memahaminya dan cara pemikirannya, jadi apakah punca kau menjauh wahai seketul fiez?

DIA [GxG]  [Completed✅]Where stories live. Discover now