D23

609 22 1
                                    

Hani pov.

Hari ini fiez mengajakku ke rumah teman lelakinya, memandangkan aku cuba ingin berbaik semula dengannya aku mengikuti sahaja.

Sesampai dirumahnya aku dan dia terus memasuki rumahnya. Aku sedikit terkejut tetapi aku cuba membuat seperti tiada apa.

Saat itulah tiba tiba notifikasi telefon bimbit ku berbunyi. Seseorang men'dm' ku dia instagram. Memandang kan aku bukanlah manusia yang suka melayani orang yang tidak dikenali aku cuma membalas mahu dan tidak mahu.

Bila ditanya siapakah namanya. Katanya ain dan ditanya-nya  namaku. Aku katakan kepadanya nama ku toncet binti sood haha tak semena mena aku tersenyum sendiri, perempuan tersebut membuatkan aku ketawa dengan telatah nya yang menyakitkan hati. Entah mengapa aku tersenyum sendiri hanya disebabkan orang yang baru ku kenali.

"uit hani tersenyum senyum tu kenapa tu chat dengan siapa lah tu kan" katanya menyoalku yang sedang bergurau dengan teman lelakinya di sofa.

"tak ni ha ada girl ni  tiba tiba dm lepastu tersenyum lah sebab dia annoying hagahahaha" kataku kepadanya dan sambung melihat kearah telefon bimbitku. Dia tidak membalas dm ku. Terasa kecewa sebentar menyelubungi aku. Eh kenapa dengan aku. Dia siapa untuk aku merasa kecewa? Arghh biarkan dia cumalah orang luar yang datang dan sebentar lagi akan pergi. Aku menutup aplikasi instagram ku dan membuka pula whatsapp, wah tidak ada langsung yang menge-chat ku haha single kan siapa je nak chat hmmm.

Aku menutup telefon bimbit dan meletakkan ia disebelahku yang terdapat meja kecil. Aku merenung di dinding rumah teman lelaki fiez yang berada dihadapanku. Haha aku amat menyukai merenung dinding. Gila.

Bunyi notifikasi telefon bimbitku berbunyi. Yah! Dia membalas dm ku! Yahoooo! Sekejap. Kenapa aku bahagia pula? Ish mungkin aku sudah gila. Aku membuka dm nya sambil senyum yang tanpa lekang dibibir. Dia mem-voice suaranya. Aku terus menekan butang untuk mendengar voice tersebut lalu kedengaranlah suara si dia di gegendang telinga aku. Ayu. Lembut. Dan menawan hatiku. Tanpa sedar aku telah menyukai nya. Fiez? Dia sahabatku. Tak mungkin aku akan menghancurkan persahabatanku lagi sekali untuk ini.

Aku jatuh cinta lagi. Dan jika ya. Sudah pasti dia wanita pertama yang menjadi pasanganku. Ya dia wanita pertama yang mudah membuka hatiku cuma dengan perangai nya yang menyakitkan hatiku.

******************************************

Fiez pov.

Sedang aku bergurau senda dengan akif aku melihat kearah hani yang sedang tersenyum sendiri. Wah tidak pernah aku melihat senyum hani semanis ini. Ada yang menghiburkan harinya mungkin. Mungkin juga itu adalah orang yang istimewa.

Aku tumpang bahagia atas senyum kau yang indah hani, semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila bila. Aku memaafkan kau atas silap kau kerana pernah menyukai aku. Maaf kerana menolak. Aku cuma ingin kita sekadar sahabat. Maaf jika aku memberikan kau harapan.

*****************************************

1 year later~

"Sayang, sampai bila kita kena rahsiakan hubungan kita daripada fiez ni sayang? Awak tu nak sangat berahsia kenapa dia kan kawan baik awak" soal si 'dia'

"tak sekarang ni awak kenapa nak saya bagitahu fiez pulak? Awak nak hancurkan persahabatan saya dengan dia ke?" soal aku pula. Mengapalah jadinya hubungan aku dengan maya bila aku sudah menerimanya didalam hidup aku. Ya maya. Orang yang aku kenali di akaun instagram satu tahun yang lepas? Dia lebih tua 2 tahun daripadaku dan rupanya duduk berdekatan sahaja dengan tempat perumahanku.

"takut persahabatan hancur ke takut cinta hati tu lari? Heh" katanya kepadaku sinis.

"tak yang awak nak menuduh saya dah kenapa?" marahku pula. Dia pikir aku tidak mengetahui bahawa dia selalu keluar bersama pekerja perempuan di tempat kerjanya? Malas mahu memanjangkan cerita. Takut nanti terdiam seribu bahasa. Itupun aku dan fiez yang terserempak dengannya. Berpegangan tangan di situ. Sakit hati! Nasiblah aku ni diam. Kalau fiez dah lama aku putus dengannya.

"bukan tuduh. Awak tu memang sukakan dia pun kan?!" katanya lagi dengan suara yang makin dinaikkan. Melampau.

"saya dah kata itu semua dulu kan?! Awak dah kenapa saya pilih awak. Jadi hargailah kehadiran saya bukan awak melayan perempuan lain belakang saya." kataku yang suara makin gendur. Terlihat dia mimik mukanya sedikit terkejut.

"kenapa? Terkejut? Saya dah tahu dah awak dengan perempuan tu. Tapi saya taknak panjangkan cerita. Saya sanggup jadi pilihan kedua dan tempat pelepas amarah awak pada saya bila awak ada masalah dengan perempuan tu. Kenapa? Kenapa buat saya macam ni? Kalau ada kekurangan. Katakan lah pada saya. Saya sanggup jadi sempurna untuk awak" kataku. Airmata mulai mengalir laju tidak mengendahkan dia dihadapanku yang berdiri kaku.

"nak tahu kenapa saya buat awak macam ni? Awak tu selalu memaki saya bila awak ada masalah. Awak ingat saya tak ada hati? Saya tahu awak ada masalah. Tapi cuba kawal amarah awak. Bukan lepaskan kepada saya. Bila ada masalah awak yang lari. Awak ignore saya. Dan bila semua ni dah jadi baru awak nak menyesal? Dah terlambat. Hati saya bukan untuk awak lagi." katanya dan berlalu pergi tanpa menoleh sedikitpun kepadaku.

Aku menangis disitu. Tapi cuba aku gagahkan diri untuk tersenyum. Aku mengelap airmataku. Kakiku berjalan lemah. Entah apa yang aku terbayangkan kepalaku dongakkan dilangit yang membiru. Cantik. Alangkah indah jika aku bahagia seperti pasangan yang lain. Alangkah indah jika aku dapat genggam tangannya tanpa risau dihati.


Pinnnnnn!!!

Terasa diriku dihentam sesuatu. Aku terbaring disitu. Tiba ii tekakku rasa seperti pasir. Aku batuk. Namun cecair merah keluar dari mulutku. (ape aku merepek ni shhshs)

Terlihat orang ramai mendekatiku. Mataku mula kabur DAN. plup. Mata ku tertutup hshshshs

Saya cintakan awak.

(mcam mana nk buat part ni?!😫 bantai jela hshshs)

Bersambungggg~




*heyyo chinta! Hshshs tkdelah. Kau tengk weh aq merepek part last tu hshshshs

*vote lah k. Kau tk vote aq lmbt ii lgi up chpt bru hshshs spe suh tk vote.

*boringla tkde yg nak borak ii ke hm

DIA [GxG]  [Completed✅]Where stories live. Discover now