2 hari selepas hani koma.
Terlihat kelibat maya yang berlari anak kearah fiez yang sedang duduk di kerusi luar wad hani tersebut. Cemas nampaknya. Heh baru hendak datang? Ingatkan dah lupa akan kawan sendiri eh kawan ke?
"fiez..huh.. hani macam mana..hah?" soal maya tercungap cungap dengan rambut yang diikat messy bun tersebut.
"dia koma kat dalam tu, mama dia tengah jenguk, kau baru harini nak datang? Aku ingat kau ni kawan tak guna dah member sendiri masuk hospital harini baru nak datang heh" kata fiez sinis sambil melihat maya atas dan bawah. Jijik benar.
"fiez aku ada something nak bagitahu" kata maya dengan riak mukanya yang serius.
"ha apa dianya?" kata fiez seperti malas hendak melayan maya tersebut. Muka je cantik eh cantik ke.
Diceritakan kepada fiez tentang hubungan dia dan hani sepanjang setahun ini. Terkejut bukan kepalang fiez disitu, selama ini hani cuma memberi alasan bahawa dia dan maya cuba berkawan rapat. Tapi mereka bercinta? Dan lebih menyakitkan hani koma kerana terluka dengan maya yang curang dengan dia? Wtfish!
"kau memang betina tak guna tahu tak? Aku beria dulu tolak si hani tu sebab aku nak dia straight dan aku taknak hancurkan persahabatan aku dengan dia, then kau? Tahu tahu datang kata kau dan hani bercinta dah setahun lebih? Ape kat dalam otak kau ni" marah fiez. Kalini tersangatlah marah sehingga keluar urat urat perempuannya kahkahkah (biol author ni)
"aku minta maaf sebab rahsiakan, hani yang tak bagi aku bocorkan relay aku dengan dia dekat kau" kata maya menunduk sambil mengenggam erat kedua tangannya.
"aku tak nak dengar pape. Kau bole berambus! Perempuan sundal" tengking fiez. Maya yang terkejut terus bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi dengan mengesat ngesat airmatanya.
Fiez terduduk disitu, jadi disebabkan maya lah hani koma. Argh betina tak guna. 'kau yang buat hani koma' bisiknya perlahan, cuba mengambil nafas dan bertenang.. Huhhhh aku melepaskan keluhan yang panjang. Hani apa yang engkau cuba lakukan?
*******************************
Fiez pov.
Tiba masa giliran aku pula yang menjaga hani, mama sudah turun ke-lobi untuk makan tengah hari dan pulang kerumah berehat, sudah satu malam dia menemani hani, matanya juga bengkak dengan tudung yang menyenget, kasihan.
Aku memandang muka yang polos itu sedang 'tidur' diwajahnya ada sedikit calar calar dan kepalanya dibalut dagunya juga dijahit dan ditampal pembalut luka (?)
Aku tenung wajahnya, begitu banyak yang dipendamnya sehingga tak pernah meluah langsung kepada aku. Ditanggungnya sakit seorang diri. Apa guna ada aku? Kau sendiri juga memendam sakit yang maya beri. Dimana aku waktu kau jatuh dan dimana aku waktu kau terbaring kesakitan disana ketika itu? Aku melihat dan cuma berlalu pergi dengan qisya. Maafkan aku hani.
*******************************
Aku tertidur dengan tangan yang mengenggam jari jemari hani, sejuk. Mungkin penghawa dingin terlalu sejuk. Aku menarik comforter (?) selimut (?) keatas dada nya. Cepat sedar ya? Aku rindu nak bergaduh lagi. Aku rindu nak memaki kau lagi. Dan aku rindu kau yang sentiasa perdulikan aku.
Tibalah giliran mama pula menjaganya, manakala aku melangkah longlai, penat mungkin dengan tidur yang tak mencukupi, aku terus ke parking motosikal dan meninggalkan kawasan tersebut dan pulang ke rumah.
Ada beberapa kasut yang asing dirumah aku, siapakah (?) kereta jenis toyota vios juga diparkir luar pagar rumahku. Kawan ibu mungkin.
Aku mencabut helmet dan menguak rambut kebelakang dan merenggangkan badan sedikit. Huh penat. Aku membuka kasutku dan masuk kedalam rumah, terlihat ibu yang sedang menangis dan qisya yang sedang menenangkan ibu. Manakala dihadapannya terlihat amir dan keluarganya. Argh mampus.
******************************
"what?! Memang tak lah ibu!" bantahku, ibu memintaku untuk berkahwin dengan amir, ya katanya dia menyesal dan ingin bertanggungjawab atas kesalahannya dan meminta kami melangsungkan perkahwinan secepat yang mungkin.
"kahwin lah dengan dia nak, dia nak bertanggungjawab tu dah cukup lah bagi ibu" kata ibu lembut. Memang tak lah weh! Hani dekat hospital kut koma lagi. Tak kan pula aku nak berkahwin dengan amir? Memang. Dia yang merosakkan aku. Tapi aku tak mungkin menerimanya. Aku sakit bagaimana aku dipaksa tanpa rela saat itu. Entah nanti aku yang dimadukan pula kerana dia merosakkan anak dara orang lain.
"ibu, sekalipun orang takkan terima jantan tak guna ni bu, dia yang rosakkan orang, ibu imagine orang nak terima dia ke, orang kene paksa waktu tak rela tau bu" kataku dan terus berlalu kebilik. Qisya pula mengejarku dari belakang namun tak sempat kerana aku lebih laju menutup pintu dan menguncinya.
Tok tok tok. "kak kau kawin jela dengan dia kak, dah dia nak bertanggungjawab, dah tu kau ingat lelaki kat luar sana senang senang nak terima kau ke kak, silap silap dia cakap kau yang goda si amir tu tahu tak" kata qisya kepadaku dari luar pintu.
"eh pompuan kau diam lah jangan nak tambah kusut aku" tengking aku. Diam. Dan selepas itu terdengarlah tapak kaki qisya menjauh dari bilikku. Argh kusut. Lepas satu satu. Yang datang. Fucek fucek fucek!!
Keesokkannya.
Hani masih lagi terlantar koma disitu. Rindu mungkin, bangunlah tak bosan ke tidur lama lama? Tak rindu nak makan cendol bersama ke?
"hani, semalam amir datang. Dia konon nak bertanggungjawab, dia ajak aku kawin weh, otak dia lah, tak hingin aku dengan lelaki tak guna tu. Kau bangun lah weh, banyak masalah datang ni ha, aku nak luah dekat siapa kalau bukan kau" kata aku mengenggam erat jari jemarinya. Sedih.
"Lepastu kan, maya ada datang weh lepas kau 2 hari koma.dia minta maaf apa semua and dah cerita dah semua pasal hubungan korang dua. Tapi aku halau dia hehe sebab aku benci la tengok muka perempuan sampah macam tu. Tak pandai setia tak payah bercinta. Senang." kataku lagi meluah rasa geram.
Tiada respon
Tiba tiba.
Mata hani terbuka. Ya!! Dia sedarkan diri! Aku mengesat airmataku aku berdiri dari tempat dudukku untuk memanggil doktor namun ditahannya aku. Dia tersenyum manis kearahku. Dia mengesat airmata aku yang masih tersisa. Aku tersenyum hambar. Rindu nya akan senyum dia.
Dipegangnya pipiku. Sambil tersenyum menahan sakit, yela dagu kena jahit tak akan lah senyum lebar pula, mahu terbuka jahitan nanti.
"kah..kahw..in d...dengan am..amir"
"what?!! Kau gila ke?!"
Bersambung~
*heyyo gais the fishhh hani surh fiez kawin dengan amir? Lahai
*jngn lupa vote tau
*ouh btw citer ni dah nak tamat dah ehek😉 muah lebiu dari author yg comel macam kucing🤣
YOU ARE READING
DIA [GxG] [Completed✅]
RomanceHani & fiez hani seorang perempuan yang ayu, matanya yang sedikit sepet, bibirnya yang munggil dan hidungnya yang mancung. hani seorang murid yang pandai dan rajin apabila belajar didalam kelas, namun hani terpaksa berpindah sekolah kerana bapanya y...