Hani pov~
Sebulan telah berlalu, aku dan fiez? Masih lagi sama, semakin lama semakin jauh, mungkin tidak lagi perlu? Dan aku? Masih menunggu, menunggu masa untuk meluahkan segala perasaan aku, aku rasa aku patut kuburkan perasaan ni, tapi aku tak mampu, aku harap jika fiez menolak perasaanku terhadapnya, dia menolak dengan cara yang tidak menghina. Aku berharap.
*****************************
Fiez pov.
Ya sudah sebulan lebih aku dan hani tidak bertegur sapa, aku taknak menjauhkan diri, tapi amir melarangku rapat dengan fiez dengan alasan hani mempunyai perasaan terhadap aku, dan aku? Diugut. Jika aku terus merapatkan diri aku dengan fiez, amir akan meninggalkan aku, aku sayangkan persahabatan aku, dan aku juga sayangkan amir. Aku bodoh? Iya aku tahu, tapi ini soal perasaan aku. Aku minta maaf hani sebab aku sentiasa kecewakan kau dengan diri aku, tapi percayalah cuma kau. Kau kawan aku yang tak akan aku jumpa dekat mana mana, walaupun aku menjauh, tapi tahulah kenangan kita takkan pernah hilang daripada kotak memori aku.
*****************************
10.34 malam.Hani pov
Aku tak mampu lagi untuk merahsiakan perasaan aku ini, semakin ku pendam ia akan menyakitkan diriku sendiri, tapi aku yakinkah fiez tidak akan meninggalkan aku? Yakinkah aku dia tak sama dengan manusia manusia diluar sana? Aku bersedia untuk kehilangannya. Kini tibalah masanya, ya aku tahu terlalu awal bukan? Tapi sampai bila untuk aku memendam perasaan ini yang semakin lama menyiksa diri.
'Kau perlu kuat hani! Kalau kau diam kau pendam kau takkan dapat apa apa, walaupun nanti jawapan dia mengecewakan, tapi kau tahu apa perasaan dia yang sebenar pada kau, cuma yang kau perlu harapkan sekarang adalah fiez tak akan meninggalkan kau bila dia tahu perkara yang sebenarnya. Berdoa lah hani and bersedia.' Kataku pada diriku sendiri sambil melihat ke arah siling dengan perasaan yang bercampur baur. Semoga aku bersedia. Lalu aku terus mendail nombor telefonnya.
Calling...
Dup..dap..dup..dap..~ jantung ku berdetak laju acewahhh
Ringing...
Dup..dap..dup..dap
Connecting...
'Hello? Ha ye ada apa kau call tiba tiba je ni?' Kata fiez yang berada di corong telefon.
'Em..emm...or...orangg..nnakk cc..cakap something ni' kataku gagap eh kejap kenapa jadi gagap ni?
'Ha ape benda cakap jelah sejak bila reti gagap?' Kata fiez serius
'Em orang...orang...sebenarnya orang suka dekat kamu..sejak kita mula kenal lagi' kataku sambil menutup mata menghilangkan rasa gugup.
Diam.
'HAHAHA aku syak kau kene betulkan otak kau ni hahahaahahahahah..tak sangka aku ni comel sangat kan sampai lesbian pun suka aku' kata nya padaku tanpa rasa bersalah.
'Kalau taknak boleh je reject secara baik kan? Kenapa perlu buat orang rasa terhina?' Kataku, airmata juga sudah bertakung menunggu masa mengalir saja
'Eh bila masa aku hina kau, aku cuma rasa kelakar je hahahahahaha kalau kau masih ade perasaan dekat aku, kau jangan kawan aku, sorry aku tak kawan dengan lesbian hahahahhahahaha aku kawan dengan kau pun sebab kau ada waktu susah aku je, kau ni macam barang kitar semula je untuk aku, aku nak aku ambil aku taknak aku buang la kau hahaahahahaha' kata fiez dengan ketawa yang sinis dihujung telefon.
'So kamu buang orang? Bila kamu ada amir..macam ni kamu buat orang sedangkan orang yang selalu ada?' Soal ku, airmata sudah mula mengalir.
'Kau rasa? Kalau aku kawan dengan lesbian macam kau pun, entah entah nanti aku pulak dituduh lesbian hahahahahaha memang tak lah!' Kata fiez kepadaku, fiez ni tidak punya hati ke?
'Okay.. o..orang harap kamu bahagia selalu, semoga hri esok menjdi lebih baik daripada harini' kata ku terus mematikan telefon.
Malam ini adalah malam yang malang buat aku, apa yang aku takutkan semuanya terjadi, macam mana aku nak hidup dengan bayang bayang fiez yang semestinya akan menghantui aku, benar kata orang, KITA YANG SELALU ADA KITA YANG DIBUANG, mungkin salah aku sendiri terlalu menaruh harapan, dan terlalu yakin fiez tidak akan meninggalkan aku walaupun aku meluahkan perasaan kepadanya. Aku sedih! Hampa! Kecewa!! Bercampur baur, aku bakal hilang sebahagian diri aku, semestinya kebahagiaan dan senyum indah ku.
*****************************
Fiez pov.
Hani suka aku? Wow merepek,entah apa yang merasukimuuuu~ sakit otak agaknya hani ni, tapi kenapa aku kena ketawakan dia? Sedangkan aku sendiri tahu perasaan tak boleh buat main, aku minta maaf hani, mungkin ini jalan terbaik untuk kita, cinta kau kepada aku takkan pernah bersatu, ya aku tahu semuanya hadir tanpa diundang, tapi kau kena lawan perasaan ni, aku minta maaf buat kau macam ni hani. Selamat malam.
Bersambunggggg~
*heyyoss sorry dah lama tak up chpt baru and sorry pendek
*jngan lupa voted okayh?!!
*iloveyou allll cewahhh
YOU ARE READING
DIA [GxG] [Completed✅]
RomanceHani & fiez hani seorang perempuan yang ayu, matanya yang sedikit sepet, bibirnya yang munggil dan hidungnya yang mancung. hani seorang murid yang pandai dan rajin apabila belajar didalam kelas, namun hani terpaksa berpindah sekolah kerana bapanya y...