4 (Jaga)

269 27 2
                                    

Hansung memicit dahinya. Kepala nya terasa pening, dan juga badannya terasa lemah. Dia menghela nafas, dapat di rasakan nafasnya panas. Dan dia sedar sekarang bahawa dia,

"Ala, demam la pulak" gumamnya. Dirinya masih lagi di atas katil. Tidak lama itu, bunyi ketukan pintu di dengari bersamaan dengan suara di sebalik pintu itu.

"Woi, kembar. Kau dah bangun belum, lambat nya kau turun sarapan. Nanti kita lambat ke sekolah wey" jerit adik kembar nya kuat. Ya begitu la kalau mereka mengejut antara satu sama lain. Tak pernah yang lembut.

Hansung menghela nafas lagi. Cuba menguatkan suaranya.

"Kau pergi la. Aku tak sihat la" ujarnya dengan suara sedikit kuat. Kepalanya di picit lagi. Tak lama tu, bunyi pintu di buka. Hansung melihat siapa yang membuka pintu itu. Terjengul kepala Taehyung di pintu.

"Kau demam ke? " tanya Taehyung lalu dia masuk ke dalam bilik Hansung dan menapak ke arah Hansung. Telapak tangannya di letakkan di dahinya Hansung. Panas.

"Hmm, demam. Kejap ek" lalu di letakkan beg sekolah nya di kerusi belajar Hansung dan berlalu pergi keluar bilik. Hansung hanya menatap nya pelik. Tapi disebab kan kepala dia rasa macam kena hempap dengan batu, dia hanya berdiam diri sahaja.

..........

Taehyung turun ke bawah menuju ke dapur, dan terlihat omma dan appa nya sedang menikmati sarapan pagi.

"Tae, mana Hansung? " tanya Puan Kim. Tapi di hiraukan oleh Taehyung, entah dia dengar atau terburu. Almari dapur di buka, dan diambil nya plaster surut demam. Dan baldi kecil. Setelah itu dia menuju untuk naik ke bilik Hansung. Sebelum itu, sempat dia berkata ke Puan Kim.

"Oh ya omma. Nanti tolong masakkan bubur dan bagi ubat kat Hansung tau. Hansung demam" boleh di katakan Puan Kim terkejut, baru sahaja dia  nak bertanya lebih lanjut, terbantut sebab Taehyung telah pergi.

..........

Taehyung masuk ke dalam bilik Hansung, terlihat Hansung sedang baring dengan selimut yang hampir menutup seluruh badan nya. Taehyung menuju ke laci kecil sebelah Hansung dan mengambil kain kecil, serta dia masuk ke dalam bilik mandi Hansung untuk mengisi air dalam baldi yang di bawa nya tadi.

Setelah itu, dia membasahkan kain itu dan mengelap dahi Hansung. Terasa terusik, Hansung membuka matanya.

"Kau buat apa? " tanya nya dengan suara serak. Taehyung memandang abang kembarnya itu sekilas.

"Main "

"Tak guna"

"lap muka kau la. Bagi segar. Aku tau, kalau kau demam kau tak kan mandi sampai petang kan. So aku lap la muka kau. Kau kena ingat. Muka kau dengan aku sama. Kalau kau tak jaga penampilan kau, habisla wajah aku" Hansung mengerut dahinya.

"Kau pehal. Apa kena mengena dengan muka, penampilan semua tu. Aku tengah demam kan. " katanya kesal.

"aku cakap je" keluh Taehyung lalu di letakkan kain itu dalam baldi, plaster penurun demam di buka dan di letakkan di dahi Hansung.

"dah nanti omma bawakkan makanan dengan ubat demam. Makan jangan tak makan. Aku pergi sekolah dulu. Haih mesti bosan tak ada kau" keluh Taehyung lagi. Ini la Taehyung bila kembarnya sakit.  Hansung tergelak kecil.

"Tapi bila ada aku, kau halau aku, dan lain kali bawa besen bukan baldi. " terkekeh Hansung melihat Taehyung adiknya. Taehyung terdiam seketika.

"Eii tak reti bersyukur! Dah diam. Rehat. Aku pergi dulu. "

Lalu Taehyung tinggalkan Hansung. Melihat kelibat Taehyung hilang dari pandangan membuat kan Hansung tersenyum. Walaupun sering bergaduh, tapi mereka menjaga antara satu sama lain.


Kim's Twins (C) ✔Where stories live. Discover now