"KIM TAEHYUNG! KIM HANSUNG! "
Suara lantang ayah nya menyapa setelah melihat Taehyung melayangkan penumbuk nya pada Hansung. Tampak di sudut bibirnya berdarah. Ayah dan ibunya menapak ke arah mereka.
"apaa yang kamu buat ni, Taehyung! Kenapa kamu pukul Hansung! " ujar ibunya yang sedang menolong Hansung untuk bangun.
"Omma! Dia ni memang tak berhati perut tau tak, kalau omma nak tau, dia dah cakap benda yang tak sepatutnya pada orang yang saya suka! " kesal Taehyung.
"Taehyung! Dia tu jahat. tolong la faham kenapa aku cakap macam tu! "
"kalau boleh semua perempuan kau cakap jahat! "
"Taehyung! Ya Tuhan! Kau ni kenapa ha?! Dah kena jampi ke apa ha?! "
"Sudah la. Aku malas nak ada urusan dengan kau. Aku benci kau! " lalu Taehyung menapak keluar dari bilik Hansung. Hansung terdiam. Hatinya sakit. Adiknya membenci nya.
"KIM TAEHYUNG! "
"appa, tak apa. Biarkan dia. Dia dah benci Hansung. "
"Jangan macam tu Hansung. Cerita pada appa, apa yang terjadi" Ujar ayah nya. Hansung diam seketika, lalu menceritakan segalanya.
..............
Setelah menukar pakaian sekolah nya, Taehyung keluar dari rumah. Dia berjalan di bahu jalan, untuk menenangkan hatinya.
"Haih! Kenapa aku pukul Hansung! " kesal dirinya sendiri. Dia pun tak tau kenapa dia boleh pukul Hansung hanya disebabkan perempuan.
"Macam mana kalau apa yang Hansung cakap tu betul? "gumamnya lagi. Tak terasa Taehyung berjalan menjauhi rumahnya.
...........
"Saya masih merajuk dengan awak ye, Park Jimin" ujar Yena. Jimin disebelahnya memuncungkan bibirnya.
"Awak, jangan la merajuk. Kalau saya tiba tiba mati macam mana? Awak yang sedih" kata Jimin. Membuatkan Yena berpaling ke arahnya sembari memukul bahu Jimin sedikit kuat. Jimin meringis.
"Jangan cakap macam tu boleh tak?! " kesal nya. Entah kenapa, dia merasakan ada perkara buruk yang akan terjadi.
"habis awak macam tu. Sedih la saya. Saya kan dah minta maaf. " ujar Jimin sedih. Yena menghela nafas pelan.
"Yelah, saya maafkan awak. Tapi! Awak kalau perkara ni jadi lagi, awak kena selidik dulu! Arra! " Senyuman Jimin berkembang.
"Gumawo awak! " Tergelak kecil Yena melihat Jimin. Tak lama tu, Jimin ternampak Taehyung berjalan seorang diri.
"Eoh? Itu Taehyung kan? " Yena memalingkan kepala nya.
"Haah la. "
"Jom pergi kat dia "
"Awak pergi la dulu, saya nak beli buku kejap" Jimin mengangguk lalu meninggalkan Yena, Yena pulak masuk ke dalam kedai buku tersebut.
.............
"Taehyung! "
Terasa di panggil, Taehyung berpaling.
"Eh Jimin? Sorang je? Mana Yena? " Tanya Taehyung. Jimin tersengih.
"Dia beli buku, kejap lagi dia datang. Kau buat apa kat sini? Selalunya kau kat rumah, gaduh dengan Hansung " terus wajah Taehyung berubah.
"Dah la, jangan sebut nama itu! " Jimin mengerut dahinya.
"Kenapa? Kau gaduh dengan dia ke? Tapi selalu korang gaduh, tak sampai macam ni" ujar Jimin.
"Kalau kau nak tau, Hansung burukkan Sora kau tau. Dan tadi, dia tolak Sora wey.dia kata Sora tu perempuan licik! " Jimin terdiam.
"Taehyung -ah"
"Nae? "
"Aku rasa apa yang Hansung katakan betul" Taehyung tergelak.
"Kau pon sama macam dia? Wahhh berpakat ke? Mesti Hansung hasut kau kan"
"Tak, bukan. Aku tau sendiri Taehyung. Sora bukan perempuan baik" ujar Jimin. Taehyung berdegus kesal.
"Sudah la! Malas aku cakap dengan korang"
"Ya! Taehyung! "
Baru je beberapa langkah, sebuah kereta hitam berhenti di sebelah mereka. Membuatkan kedua nya berhenti. Taehyung mengerut dahinya. Pelik. dan keluar tiga orang berbadan besar menapak ke arah mereka. Lalu dua dari mereka memegang Taehyung.
"Eh! Apa ni! Lepas! " Taehyung meronta. Jimin yang melihat itu, hendak menghampiri tapi dia di pegang oleh seorang lagi.
"Lepas!!! Taehyung!! " jerit Jimin apabila melihat Taehyung di seret untuk masuk ke kereta itu.
"Jimin!! Tolong aku! "
"Wey! Apa ni?! Lepas laaa.. Lepaskan kami! " ronta Jimin, berasa rimas, lelaki itu menolak Jimin ke tepi, di jalan raya.
"JIMIN!!! "
BAM!!
sekelip mata sahaja sebuah kereta melanggar tubuh Jimin membuatkan lelaki itu mendapat hentaman yang kuat. Darah mula menyimbah di jalan itu.
Taehyung terkaku. Air mata nya laju mengalir, melihat sahabat baiknya dilanggar kereta depan mata nya.
"cepat bawak dia! "
Lalu mereka masukkan Taehyung dengan paksa ke dalam kereta. Jimin yang separuh sedar itu, hanya mampu melihat dengan mata sayu.
"Uhuk! " darah keluar dari mulutnya. Dengan mata yang mula mengabur, dia melihat Yena berlari ke arahnya.
"Jimin! " Yena terus memangku kepala Jimin di ribanya. Tidak lupa air mata itu, terus mengalir.
"Awak! Hiks, saya mohon, jangan tutup mata! Tolong panggil ambulans!! Palli!! " ujar Yena dengan isakan.
"Yena" lirihnya. Yena menggenggam erat tangan Jimin.
"Ye saya dekat sini. Maafkan saya.. Maafkan saya" isak Yena.
"Yena... Se... Selamatkan... Taehyung.. Sora... culik...Taehyung " tersentak Yena. Baru dia perasan, Taehyung tak ada.
"Selamatkan......Taehyung " ujar Jimin pelan. Dengan perlahan kesedaran Jimin hilang. Tangan yang menggenggam itu jatuh.
"Andwae!! Awak! Bangun!! Hiks...!! "
Tak lama itu , ambulans datang.
................
"LEPASKAN AKU! KAWAN AKU! KAU BUAT KAWAN AKU KENA LANGGAR!!! HIKS.. LEPAS TU KAU TINGGAL KAN DIA MACAM TU!!! KAU TAK GUNA!!!! HIKSSS..JIMIN!!!" raung Taehyung meminta di lepaskan. Air matanya terus menerus mengalir terbayangkan wajah Jimin yang di simbahi darah itu.
"Diam la! Joe! Kau diamkan dia! " kesal lelaki botak yang sedang memandu itu. Lelaki yang bernama Joe itu mengangguk lalu di ambilnya sesuatu di poket nya.
Taehyung merasakan lehernya sakit. Lelaki itu menyuntik ubat tidur kepada Taehyung.
"Jimin " lirh nya. Mata Taehyung memberat.
"Hansung, tolong aku" gumamnya sebelum kesedarannya hilang sepenuhnya.
............
Hansung membuka matanya dengan tiba²,nafas nya memburu. Kepalanya teringatkan Taehyung. Dia merasakan ada sesuatu terjadi kepada Taehyung.
Tiba², henfonnya berbunyi. Hansung melihat di screen telefon nya. Terpampang nama 'Jung Yena' di situ.. Dia mengerutkan dahinya pelik. Selalunya Yena ada call dia bila tanya Jimin kat mana, tapi setahu dia tadi Jimin bersama nya.
Tanpa berfikir panjang, dia menjawab panggilan itu.
"Hello Yena. Kenapa call? "
Tak lama itu, Hansung terkejut mendengar kabar dari Yena.
"Hansung, Jimin kena langgar, Taehyung kena culik"
...........
TBC...
tak tau la ni ff sedih ke lawak. Hahahaha.. Tak leh la kalau tak buat Jimin sakit.. Maafkan saya.. Hoho
Jgn lupa vote dan komen ye
YOU ARE READING
Kim's Twins (C) ✔
RandomSi kembar yang tidak akur. tapi sayang antara satu sama lain.