Selama dua hari Taehyung demam, nasib la masuk sekolah ni dia sihat. Kalau tak, Hansung akan pening. Nak pergi sekolah lagi, dengan Taehyung lagi merengek."Yow Kim Taehyung. Dah sihat? " ujar Jimin sebaik sahaja mereka masuk ke kelas. Taehyung mengangkat keningnya sebelah.
"Macam mana kau tau aku sakit? " Jimin tersenyum sinis. Nak kenakan Taehyung.
"Mesti la tau. Kau lupa, kau ajak aku pergi joging, pstu tak jadi pula. Siap merengek lagi kat Hansung. 'hyung, pening ', 'hyung jangan pergi' siap nak nangis lagi" ujar Jimin sambil melakonkan balik apa yang Taehyung buat. Membuatkan lelaki itu terkejut lalu memandang Hansung. Hansung hanya mengangkat bahunya tak tau dan berlalu ke tempat nya.
"Betul kannnn" kata Jimin.
"Haish! " Taehyung berlalu pergi ke tempatnya dengan kesal. Jimin dah ketawa terbahak bahak dan sambil mengejek Taehyung. Taehyung melihat Jimin macam tu pon rasa nak je hempuk guna meja
"Tak guna kau, pendek" gumam nya.
........................
Jungkook berjalan di kawasan koridor sekolah. Dia mengeluh. Bila nak dia boleh bebas dengan semua ni. Tak lama tu, Jungkook ternampak sebuah kereta hitam di hadapan sekolah nya.
Lalu dia mengambil henfon nye dan menangkap gambar kereta tersebut. Nampak mencurigakan. Selepas itu , kereta tersebut pergi meninggal kan perkarangan sekolah. Jungkook menatap foto yang di ambilnya. Kereta itu familiar. Lalu foto itu di hantar kepada seseorang................
"Okey class, kita ada murid baru, sila diam! " ujar guru Lee sebaik sahaja masuk ke kelas itu. Kelas yang bising macam pasar, tiba² sahaja jadi senyap macam tanah perkuburan bila guru Lee masuk. Dengan seorang gadis.
"Okey Sora, introduce yourself" gadis bernama Sora itu tersenyum sambil menunduk. Lalu di pandang pada harapan nya.
"Anyeonghasaeyo. Joneun Choi Sora imnida. Saya dari Incheon. Pelajar pindahan. Mohon tunjuk ajar " kemudian Sora menunduk hormat. Semua murid terpegun. Dia cantik, sopan, wanita idaman. Termasuk Jimin dan Taehyung. Tidak Hansung. Hansung hanya melihat gadis itu dengan tidak berperasaan. Ya dia tidak mudah jatuh cinta.
"Okey. Sora, sila ambil tempat di sebelah Yerin. " Yerin yang terasa disebut nama nya lalu mengangkat tangan. Sora pergi ke arah nya, tapi dia terhenti di tempat duduk Taehyung dan Jimin. Dipandangnya Taehyung sekilas dengan wajah yang sukar di ertikan. Jimin termangu seketika sebelum dia teringat kan makwenya. Makwe? Nnti kita story.
Hansung yang selang satu meja dengan Taehyung memandang mereka. Seperti ada yang tak kena.
tapi apa?
.............
"SAMPAI BILA! HARUSKU BERTANYA, FIRASAT HATIKU, YANG TERUS MEM----"
KEDEBUK!
Belum sempat Taehyung habiskan nyanyian nya, kepalanya di luku oleh Hansung. Taehyung memandang tajam ke arah nya.
"Kau pehal! "
"Kau yang apahal! Terpekik terlolong macam anak jalanan je aku tengok " katanya sambil jeling. Tangan yang memegang air tin itu diteguk.
Sekarang ni mereka kat rumah. Dah balik kan. Lebih tepat lagi, mereka berada di bilik Hansung.
"Hey, kembar kesayangan kau ni tengah gembira kau tau"
"Apa sebab kau gembira? Omma bagi duit raya lebih ke? " Taehyung memutarkan bola matanya menyampah.
"Duit raya kita sama je ek. Kau jangan nak bezakan . Bukan la. Kan tadi ada budak baru. Sora kan mana dia. Kau tau, dia cantik. Aku rasa nak jatuh cinta" terus Taehyung memandang atas, dengan senyuman bahagia, sambil tangan nya di katup. Hansung memandangnya menyampah.
"Kau tau, nasib kau kembar aku, kalau tak, aku rasa dah lama kene lempar ke planet marikh"
"Hey you! Tak baik tau buat adik macam tu. "
"Sudah la" lalu Hansung menyambung membaca novelnya. Taehyung menyambung kebahagiaan nya. Bahagia membayangkan apa yang terjadi.
Tak lama tu,,,
"Tapi kan wey" terus Hansung bersuara sambil meletakkan novel itu ketepi. Taehyung membuat muka kesal.
"apa tapi? "
"Kau tak rasa pelik ke dengan Sora tu " Taehyung mengerutkan dahinya.
"Apa yang pelik"
"Entah la, tapi aku rasa macam ada something yang tak kena kat dia" mereka terdiam seketika sebelum Taehyung bersuara.
"Woaaa. Kau... Jangan cakap kau suka Sora jugak wey. Aku tak sudi bermadu dengan kau "
PAK!
"Aduh! "
Haaa kan dah kena lepuk dengan Hansung.
"Bukan la gile. Tak ada makna aku nak suka kat dia. Bagi aku dia sama je dengan perempuan kat sekolah tu. " Hansung menjeling.
Taehyung masih meringis sambil mengusap kepalanya yang sedikit sakit.
"aku cakap je woi. Sakit tau tak! " kesal Taehyung. Hansung buat muka tak bersalah. Tak guna.
"haa sambung balik. Apa yang pelik? "
"Pelik, tadi dia pandang kau macam ada something"
"Kau jeles ekkk"
"Nak kena lagi ke? "
"Sory²"
"aalaaa biasalah. Kau semua perempuan kau pelik. Nasib omma kau tak rasa pelik. "
"Ish kau ni. Penat la cakap dengan kau! Dah pi balik bilik kau. Semak je kat sini"
"Kau halau aku"
"ye! Pergi!! "
"Sampai hati kau" Taehyung mula berdrama. Tapi tak lama selepas dengar ugutan dari Hansung"
"Kau pergi, atau aku sepak kau dari tingkat dua ni"
"ok ok" Taehyung berjalan keluar dari bilik Hansung. sampai di pintu dia terhenti seketika, senyuman sinis di ukir. Lalu dia memandang Hansung, Hansung pelik, dah knpe. Tak lama tu,
"DIBIARKAN BEGITU SAJA!! "
"KIM TAEHYUNG!!!! "
"HAHAHAHAHAH"
, dengan kesal Hansung membaling bantal nya. Kedengaran tawa Taehyung dari luar. Suka pekena kan abangnya.
..............
TBC....
YOU ARE READING
Kim's Twins (C) ✔
RandomSi kembar yang tidak akur. tapi sayang antara satu sama lain.