Jimin keluar dari rumahnya. Harini hari minggu, jadi sekolah cuti. Dan semalam dia dah janji dengan Taehyung dan Hansung untuk joging harini. Yelah, dia nak la jaga berat badannya. Jangan lupa ya, Park Jimin adalah seorang lelaki yang menjadi tumpuan di sekolah. Begitu juga dua kembar.
Dan sekarang, mulutnya berkumat kamit tak jelas sambil melihat rumah kembar Kim itu. Ya mereka berjiran. Lalu di langkahnya ke hadapan rumah agam yang sama seperti nya. Loceng di tekan. Tak lama itu, pintu pagar di buka. Jimin masuk ke dalam rumah itu.
"Ahjumah" sapa Jimin setelah melihat Puan Kim berada di hadapan pintu. Puan Kim tersenyum manis.
"Ada apa,Jimin?"
"Hehe. Saya ada janji dengan kembar itu nak jog harini. Saya tunggu nak dekat setengah jam. Tak ada datang pon, tu saya datang sini" ujar Jimin sopan. Depan orang tau sahaja k, kalau belakang, hanya tuhan yang tahu.
"oh ye ka? Mereka tak bangun lagi rasanya. Pergi la naik, kejut mereka. Sambil tu boleh la sarapan sekali. Jimin belum makan kan? " Jimin menggeleng.
"Okey, sekarang Jimin pergi la kejut mereka. "
"Baiklah ahjumah" ucap Jimin dengan senyuman. Puan Kim membalas dan berlalu ke dapur. Setelah melihat Puan Kim hilang dari pandangan, dia memandang tangga di hadapannya. Serta merta senyuman nya hilang. Mula la dia merungut.
"Tak guna, tak bangun lagi rupanya. semalam punya la kata esok jangan lambat la apa la, ni dia pun sama. Bangun pon tak lagi, apa dia ingat aku ni apa, ha.. Bla.... Bla.... Bla" maka Jimin membebel sendirian sampai dia berada di hadapan bilik Taehyung. Dengan selamba dia, membuka pintu bilik Taehyung kasar.
"WOI KIM--- eh? Mana pergi nya budak sorang ni? Gumam nya dia sambil memandang sekeliling. Mana tau, kut Taehyung menyorok ke pastu terjah dia ke. Tak ke naya dia. Lalu dia masuk ke dalam bilik Taehyung.
"Taehyung? " pintu bilik air di buka. Tak ada.
"Taehyung? "
"Taehyung? "
"Taehyung? "
Segala tempat dia cari, bawah katil, belakang langsir, bawah pasu, dalam almari dan dalam laci? Eh apa kene mengena.
"Bilik Hansung kut"
Lalu dia pon menapak ke dalam bilik Hansung. Masuk je dia ternganga. Terkejut melihat Hansung memeluk Taehyung macam malam semalam. Jimin melangkah dekat. Matanya tak lepas memandang dua lelaki kembar itu. Dia terfikir.
"Bukan Hansung tak suka ke kalau orang kongsi katil dengannya" gumam Jimin. Dapat di lihat mereka nyenyak tido macam tu. Ya semalam hujan kan, so seronok la tidur.
"Woi, bangun " kejut Jimin sambil menolak sedikit bahu Hansung. Terasa terusik, Hansung bangun. Dan melihat Jimin dengan mata yang separuh tutup.
"Hmm Jimin, kenapa datang? " tanyanya dengan suara serak. Jimin membuat muka datar.
"Kepala kau kene hempuk ke? Kau lupa, kau dengan kembar kau tu ajak aku pergi jog. So jom la" kata Jimin sambil memeluk tubuh. Hansung terdiam seketika. Dan memandang Taehyung yang sedanh nyenyak tidur.
Lalu wajah Jimin di pandang.
"Mian Jimin, aku tak boleh la. Taehyung nampak macam tak sihat" kata Hansung. Jimin mengguling matanya geram.
"Tu la kau, ada je alasan. Kau tau tak, aku tunggu kau berkurun lama... Bla... Bla....bla" dan mula la bebelan Jimin balik. Tapi tak lama, selepas itu dia terdiam mendengar rengekan seseorang. Mereka berdua berpaling ke Taehyung yang mengerut dahinya, wajahnya sedikit pucat. Dan dia menenggelamkan wajahnya di balik bantal.
"Tae? "
............
"Aku mana tau Taehyung demam macam tu sekali " gerutu Jimin selepas dia kene marah dengan Hansung. Disini la mereka sekarang, di ruang makan selepas Hansung menidurkan Taehyung.
Tadi, Hansung ingat hanya rengekan biasa. Tapi, rengekan itu menjadi esakan. Dengan lirihan suara Taehyung kata 'sakit'. Taehyung sakit akan jadi macam budak sikit, dan dia akan nak Hansung selalu dengannya.
"berapa lama kau berjiran dengan kami? " tanya Hansung sedikit kesal. Jimin memandang Hansung.
"Aku duduk berjiran, bukan serumah anak Pakcik Kim. " Hansung berdegus kesal mendengar jawapan Jimin.
"sudah la" melihat Hansung ingin berganjak, Jimin menahan nya.
"Eh nak pergi mana? Joging kita? "
"Kau pergi la sorang, aku tak boleh tinggal Taehyung. Kang meraung budak tu"
"Sampai macam tu sekali" Hansung tersenyum paksa..
"Nak tau lebih lanjut. Tinggal la serumah dengan dia waktu sakit" lalu dia meninggal kan Jimin seorang diri dengan dibelenggu dilema. Dan dia baru teringatkan sesuatu
"Woi! Tak kan aku pergi sorang woi! "
............
Hansung masuk ke dalam bilik nya. Dan melihat Taehyung sedang nyenyak tidur. Dia mengeluh seketika. Kesian sebenarnya tengok adik nya seperti ni. Dari kecil dia takut guruh, lepas tu akan demam macam ni sebab sejuk dan takut.
Pintu biliknya di buka, terpampang puan Kim membawa dulang yang berisi makanan, segelas susu dan air kosong serta ubat demam. Hansung berpaling ke arah nya.
"Tae masih tidur ke? " Hansung mengangguk. Puan Kim meletakkan dulang di meja bersebelahan katil nya.
"Jimin dah balik? "
"Dah. Kesian pulak omma tengok dia, kesal dari tadi" kata Puan Kim sambil tergelak kecil.
"Biar la dia. "
"Kamu pergi la bersihkan diri. Omma tengokkan Tae"
"Baik la omma" lalu Hansung pergi membersihkan diri nya.
..........
Jimin mengerutu kesal seorang diri. Sekarang dia berada di taman seorang diri. Dah setengah jam lepas, dia keluar dari rumah kediaman Kim, dia terus berjoging sampai la ke taman.Sebab dia kesal? Sebab dia sorang. Sesungguhnya dia sangat tidak suka berseorangan.
Air botol di tangan di buka penutup nya. Lalu di teguk sekali. Tak lama tu, dia teguk lagi. Tiba² ,mata nya tertancap pada seorang gadis yang sedang berjoging juga seorang diri. Mata nya berubah jadi love.
"Oh my crush!! " lalu langkahnya di tuju pada gadis itu.
..........
"Tae nak hyung" rengek Taehyung apabila dirinya telah bangun beberapa minit selepas Hansung pergi mandi. Puan Kim dah berapa kali kata Hansung mandi. Tapi tetap juga dengan rengekannya. Macam ni la kalau Taehyung sakit. Dia akan manja dengan kembar nya dan tak sedar dia akan panggil Hansung dengan sebutan 'Hyung'
"Sabar la Tae. Hansung tengah mandi" ujar Puan Kim lembut sambil mengusap kepala Taehyung.
"Hmmmmm"
Tak lama tu, Hansung keluar dari bilik mandi.
"Ha keluar pun, ingat dah lupa pintu bilik air kat mana"Hansung tersengih.
"Maaf omma. Tae dah bangun ke? "
"hmm dah. dari tadi duk panggil kamu. Dah suruh dia makan nanti. Omma ada kerja ni"
"Okey omma. " lalu Puan Kim meninggalkan anak kembarnya itu. Hansung menapak ke arah Taehyung yang berselubung dengan selimut nya.
"Tae? Bangun " ucap Hansung lembut. Taehyung terasa di usik lalu membuka matanya. Pening mendatang.
"Hmmm hyung, pening" rengek Taehyung. Hansung mengeluh. Susah jaga Taehyung bila demam.
"Tu la. Makan dulu, pastu makan ubat "
"Hmmmm"
...........
TBC....
YOU ARE READING
Kim's Twins (C) ✔
RandomSi kembar yang tidak akur. tapi sayang antara satu sama lain.