11 (Choi Sora)

167 21 4
                                    

Taehyung berjalan ke kantin, sesekali dia tergelak kecil mengingati percakapan antara dia dan Hansung.

"Haih Hansung², fobia sangat dengan perempuan. Tak semua perempuan jahat" gumam nya seorang diri. Sedang berjalan, dia ternampak seorang perempuan sedang termenung di kerusi panjang yang di sedia kan sekolah. Senyuman di ukir. Lalu dia menapak ke arah perempuan itu.

"Hai Sora! " tersentak Sora lalu memandang Taehyung dengan wajah terkejut.

"Aa, Taehyung-ah, buat apa kat sini? "tanya Sora. Taehyung duduk di sebelah Sora.

"Hmm? Tak ada apa. Saya nak pergi kantin. Makan. Sekarang cikgu tak masuk kan. Haha" Ujar Taehyung dengan ketawa kecil. Sora tersenyum nipis. Lalu termenung lagi. Taehyung yang menyedari itu.

"Awak, ada masalah ke? "

"Ha? Eh tak. Tak ada. Haha. Saya pergi dulu" lalu Sora meninggal kan Taehyung yang terkebil kebil.

"Pelik"

...........

"Betul ke apa yang aku dengar tadi? " Gumam Sora sendirian. Sekarang dirinya berada di atap sekolah selepas lari dari Taehyung tadi.

"Choi Sora"

Sora berpaling, Kelihatan Kim Hansung berdiri ke arahnya. Macam mana dia tau itu Hansung? Dari tatapan mata nya. Kalau Hansung, tatapan nya nampak tajam. Kalau Taehyung tatapan nya lembut.

"Kim Hansung"

Hansung tersenyum sinis.

"Kenal ek" Sora tergelak sinis. Lalu memandang Hansung. Bila teringat balik apa yang terjadi lalu, hatinya di tutupi oleh dendam kembali.

"Siapa tak kenal, orang yang pernah buat aku merana dulu " Hansung terdiam. Tak faham apa yang di katakan oleh Sora.

"maksud kau? "

"Kau dan kembar kau punca abang aku mati! "

"Apa kau merepek ha?! Kau budak baru. Mana aku kenal kau atau abang kau! " geram pulak dengan perempuan di  hadapan nya.

"Kau akan tau aku siapa nanti " Sora memeluk tubuhnya dengan tatapan angkuh. Hansung mengetap giginya geram.

"Aku tak nak tau kau siapa. Tapi! Aku nak kau jauhkan diri kau dari Taehyung! "

"Hah! Wow, nak pertahankan kembar ke? Eh mesti la kan.  Tapi kau rasa Taehyung akan percaya ke dengan kau? "

"Ofc, sebab dia kembar aku" Sora tergelak kecil.

"Wow, tu la. Aku lupa. Korang kembar kan. Tapi apa kata aku buat dia tak percaya kau? " Hansung mengerutkan dahinya. Apa yang akan dia buat.

Tiba², mereka terdengar bunyi derapan kaki sedang naik tangga. Hansung berpaling ke arah pintu yang masih tertutup. Sora tersenyum sinis. Tak lama itu, pintu di buka dan serentak itu, Sora buat²jatuh. Kedua mereka terkejut.

"SORA! " Taehyung berlari ke arah Sora yang sedang 'menangis' itu. Hansung? Dia terkaku. Masih terkejut dengan apa yang di lihat. Taehyung menatap Hansung tajam, Hansung tak pernah melihat tatapan tajam itu kecuali dia sedang marah.

"Apa yang kau dah buat, Hansung! " gertak Taehyung. Hansung menggeleng kepalanya.

"T... Tak.. Aku tak buat apa. Aku tak buat dia jatuh" gagap Hansung. Entah kenapa dia jadi gagap pulak.

"Kau tak buat dia jatuh? Aku nampak la Hansung! Kalau dia jatuh ke bawah macam mana?! Kalau kau memang tak suka dia, jangan buat macam ni! " lalu dia menolong Sora untuk bangun. Dan mereka pergi dari situ. Sebelum pergi, Sora melirik ke arah Hansung sambil tersenyum sinis.

"Licik! " gumam Hansung.

..............

"Saya okey, Taehyung" ucap Sora dan cuba menepis pelan tangan Taehyung yang masih memegang bahunya. Taehyung melepaskan rangkulan itu lalu mereka berdua duduk di kerusi berdekatan.

"Saya minta maaf pasal Hansung tadi. Saya tak sangka dia buat macam tu sekali dekat awak" Sora menunduk. Perasaan nye sekarang bercampur. Tak tau nak tafsirkan macam mana.

"Gwenchana" ujar Sora perlahan. Taehyung menghela nafas berat. Kesal dengan Hansung tadi.

"Saya tak faham la dengan Hansung tu. Tau la dia dah fobia dengan perempuan. Tapi jangan la macam tu sekali" kesal Taehyung.

"Hansung pernah bercinta? " tanya Sora sambil melihat Taehyung. Taehyung mengangguk.

"Dulu. Dia putus sebab perempuan tu curang dengan dia. Serius , apa yang perempuan tu buat memang tak masuk akal"

"Patut la dia tak suka saya"

"Bukan awak je tau. Kalau boleh perempuan satu sekolah ni dia tak suka. Nasib dia masih normal lagi" ujar Taehyung.

"Tak pe la, Taehyung. Awak jangan la dekat dengan saya, saya takut jadi macam tadi. Tadi tu saya nak kawan je, tak sangka pulak dia taknak sampai tolak saya macam tu" ujar Sora dengan bohong. Itu pasti. Panas hati Taehyung mendengar itu.

"Tak pe Sora. Selagi awak dengan saya, Hansung tak akan boleh buat apa"

"Tapi----"

"Gwenchana. Awak kawan je dengan saya, btw, boleh saya tau, Hansung cakap apa sampai awak menangis tadi?" tanya Taehyung

"Dia kata saya perempuan murahan. Saya... Hiks... Saya nak kawan je dengan dia... Hiks. Salah ke" tangisan nya mula di dengari. Lakonan saja. Taehyung mengetap giginya. .

"Ini berlebih. Tak pe nanti saya pula yang akan merana kan dia" ujar Taehyung. Dan semestinya senyuman sinis itu terukir di wajah Sora tanpa Taehyung ketahui.

(p/s: ni waktu balik tau,anggap je cikgu tak ada tadi waktu last pelajaran.)

.........

Sampai sahaja di rumah, Taehyung terus berjalan ke arah bilik Hansung dengan perasaan marah. Tadi dia nak jumpa Hansung di sekolah, tapi Jimin kata dia dah balik seorang diri.

"KIM HANSUNG! "

terjah Taehyung sambil membuka kasar pintu bilik Hansung. Hansung yang baru saja meletakkan beg sekolah nya di meja berpaling ke arah Taehyung.

"Kau nak apa? " datar sahaja bahasanya. Taehyung menapak ke arah nya.

"Kau! Asal kau cakap Sora tu perempuan murahan ha?! " gertak Taehyung. Hansung mengerutkan dahinya.

"Bila masa aku cakap? "

"Kau tak payah pura² tak tau la, Hansung! Dia yang cakap kat aku sendiri! Kau kenapa ha?! Asal kau tak puas hati kat dia, apa salah dia kat kau ha?!! " amarah Taehyung kini menggunung. Hansung memandang Taehyung dan dia tergelak sinis.

"Dia tuduh aku pulak macam tu? Wahh deabak betul! Untuk pengetahuan kau, aku! Aku tak cakap kat dia macam tu! Dan! Aku tak tolak dia tadi oke! Dia yang jatuhkan diri dia sendiri! Taehyung, dia licik! Kau lebih percaya kan dia dari aku! Aku kembar kau, kau tau tak!! " kini suara Hansung pulak melantang. Nafas nya memburu menahan amarah begitu juga Taehyung. Digenggam nya penumbuk.

"Kembar? Hah! Kadang adik beradik la yang selalu membuat masalah sendiri! "

"Taehyung! Aku tak faham dengan kau ni. Dia orang luar Taehyung!! Orang luar! Dan sekarang baru  aku akan cakap dekat dia. Ya! Dia memang perempuan murahan! Licik! Perempuan macam tu patut mati je!! "

"KURANG AJAR KAU!!! "

BUK!

"KIM TAEHYUNG! KIM HANSUNG!! "

............

TBC.......

Typo abaikan tau hehehehe.. Tq! Jangan lupa vote dan komen!

Kim's Twins (C) ✔Where stories live. Discover now