PART 2

3.8K 97 3
                                        

Mana pergi semua orang ?! Di mana semua orang ?!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Mana pergi semua orang ?! Di mana semua orang ?!. Aku pun cepat berlari ke arah cikgu yang ada di Taman Dahlia . Tidak terlalu ramai , ada dalam empat hingga lima orang guru .

" Assalamualaikum cikgu , saya nak tanya boleh ? " tanyaku kepada cikgu itu. Nama cikgu tu adalah Cikgu Izwani . Aku sempat menjeling sekilas tag namanya .

" waalaikumsalam , boleh silakan ". jawab cikgu itu dengan penuh prihatin.

" mana semua murid form 3 hingga 5 ? " tanya ku dengan nada tenang tapi dalam hati Allah je yang tahu . Jantung nak tercabut ni .

" ouh kamu budak baru ye ? semua murid form 3 sampai 5 dah gerak ke kelas dia masing-masing " Ya Allah habislah aku kalini. Kataku dalam hatinya yang risau dan berdegup sampai nak meletup dah.

" Dekat mana kelas 4 SK ? " soalku . Aku memang budak sains , tapi bahagian komputer lah . Kalau dalam sains lain , tidak dapat jumpa lagi bakatnya .

" 4 SK berada di tingkat atas . Aras Sains namanya. Awak naik atas dan straight sampai hujung ye . " beritahu cikgu Izwani . " terima kasih cikgu ! " jawabku lalu menuju ke kelas yang baru sahaja diberitahu tadi .

Sekolah lengkap serba-serbi , kalau malas jugak tidak tahu lah .

Lalu aku terus berlari anak sampai ke kelas yang aku tuju itu . Nasib baik tiada cikgu lagi . kalau tidak memang berdiri kat luar lah jawabnya .Tiba-tiba ada seorang cikgu dibelakang aku membuat aku terkejut . Badanku sudah pun menoleh menghadapnya .

" awak ni murid baru 4SK ke ? " tanya cikgu itu . Ayu manis sahaja cikgu di sekolah ini . Silap hari bulan boleh sangkut aku .

Eh ?

" yaaa saya murid baru tu .." jawab aku penuh berdebar ." oh kalau macam tu jom masuk , saya ni guru kelas awak " beritahunya lalu mengiringi aku jalan ke dalam kelas .

" oh yeke ? Hihi baiklah " jawabku . Aku tergelak kecil apabila dapat tahu itu guru kelas ku sendiri . Cikgu Natasha pun masuk dan ada seorang ketua memberi salam dan hormat pada guru kelasnya.

" stand up classs ! Assalamualaikum and good morning cikgu Natasha " satu kelas memberi ucapan . Malah aku hanya berdiri di tepi cikgu membatu saja .

" waalaikumsalam and good morning class ! sit down first " arah cikgu Natasha kepada kelas itu . Mereka semua duduk dengan sopan , tetapi ada seorang lelaki dengan selambanya meletakkan kakinya di atas meja .

Kenapa cikgu tu tak marah ?

Kelas itu terus sunyi dan semua orang tertumpu padaku kecuali seorang lelaki yang duduk di belakang itu . Cara pandangan itu , macam nak makan orang aje classmate aku ni . Hampir 10 minit berdiam , mata hanya memerhati . Cikgu  memecahkan kesunyian dan tenungan tajam lelaki itu daripada aku .

Allysa Humairah [ EDITING ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang