" Allysa ! Allysa ! Allysa ! " jerit Farhana sambil berlari mendekati . Wajahnya yang pucat membuatkan risau padanya .
" Kau dah kenapa ? Nak berlari nanti . Masa latihan berlari 200m taknak pula kau lari . Heh " tuturku . Dia tersengih kambing .
" Sir Jaakfar tu cari kau , dekat Cafeteria . Kecoh we bila sir tu sebut je nama kau . Katanya suruh kau teman breakfast , pergilah ! " katanya . Aku memandangnya tak percaya .
Sir Ajak anak murid teman breakfast ? Lawak apakah ini ? Haha .
" Kau tipu kan ? " soalku tidak percaya .
" Iye betul ! Katanya nak jadikan kau pengerusi rumah merah . Kau kan athlete .. " jawabnya sambil mencuitku .. dah mula dah perangai mengeletis dia ni ..
" Tolong kirim salam dekat dia ye ... tolonglah yeee " tutur Farhana sambil membuat wajah comelnya . Eleh , tak menjadi lah kau punya comel tu ! Dah basi .
" Tengoklah macam mana nanti "
Langkahku terus menuju keluar dari kelas . Harini ada perjumpaan rumah sukan pada pukul 8:45 pagi . Mungkin cikgu memang perlukan bantuan kot .
" Assalamualaikum Sir .. " tuturku gementar . Wajah Sir ku pandang . Sir merenungku . Dia menjawab salamku .
" take a sit dear .. I need your help right now " Aku patuh pada arahan Sir Jaakfar . Kerusi di hadapan ku tarik lalu melabuhkan punggung disitu .
" Cantik awak harini Allysa .. " puji Sir Jaakfar . Aku tersenyum malu . Alahai Sir . Dah lah muda , belum kahwin . Umur baru 20 dah jadi cikgu praktikal . Wow .
" Terima kasih Sir. Sir pun apa kurangnya .. " balasku . Dia tertawa sendirian .
" okay back to the problem . Rumah sukan kita akan menghantar wakil untuk pertandingan Lempar cakera , lompat tinggi , lompat jauh dan lari 400m . Jadi kita kekurangan peserta kerana kebanyakkan peserta kita pergi bertanding di luar negara . Memandangkan awak murid baru ... awak nak jadi peserta ? " terang Sir Jaakfar .
Aku mengangguk gembira . Sudah lama tidak beraksi selepas kakinya patah kerana menyertai ekspedisi berbasikal pada tahun 2017 yang lalu .
" Kalau macam tu baguslah . Tidak perlulah saya mencari peserta yang lain . Jadi bermula esok , awak akan berlatih pada pukul 3:30 petang di Padang sekolah ye . Bawa air yang secukupnya " pesannya . Aku mengangguk perlahan .
Tiba-tiba mejanya itu dikelilingi geng TheBadboyz . Aku memandang kesemuanya .
Takde pun Danny .. kata nak datang :)
YOU ARE READING
Allysa Humairah [ EDITING ]
Roman pour AdolescentsMy Beautiful Cover Book by @theleoo__ Wattys 2019 || IN EDITING ? 1st story wattpad from EcaAleesha Megat Danny Shahim X Nur Allysa Humairah Cinta remaja ini mengisahkan tentang seorang gadis yang dahulunya pernah dilukai , Dan seorang lelaki yang...