PART 34

1.3K 45 2
                                        

SELESAI melawat kubur arwah Hatta dan Darwina , kini Allysa , Danny , Farhim dan Alongnya berada di kedai mamak berhampiran rumah mereka

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


SELESAI melawat kubur arwah Hatta dan Darwina , kini Allysa , Danny , Farhim dan Alongnya berada di kedai mamak berhampiran rumah mereka . Sesudah mengorder makanan , Allysa tersenyum kambing .

" Harini birthday girl , taknak bagi hadiah ke ? " soal Allysa bersahaja . Wajah jejaka tiga orang ini dipandang sambil mata dikelip-kelipkan supaya kelihatan comel .

Danny menahan geli hati apabila lihat Allysa yang sungguh comel itu . Mahu saja dia memicit pipi itu . Tetapi dia sudah berjanji , dia tidak akan buat lagi perkara itu .

" Tak ada " jawab Farhim selamba . Along dan Danny hanya mendiamkan diri .

Riak wajah comel itu kelihatan muram . Rasa mahu terjatub juga air mata ini " biar betul tak ada , hurm tak apa la "

Mee goreng mamak dikuis-kuis. Perlahan-lahan mee itu masuk ke dalam mulutnya . Sedihnya hari ini , Semua orang wish birthday nya , tetapi keluarga dan orang yang dia sayang sepatah pun tidak .

" aku balik dulu , aku penat . Nak tidur " kata Allysa . Lalu dia terus ke arah parking kereta . Mereka balik berasingan kerana Danny ada beritahu yang Danny mahu berjumpa Farhana . Entah apa yang dia mahu bincangkan dengan kawanbaiknya itu .

" plan kita hampir berjaya Along , jom balik cepat sebelum Allysa sampai " tutur Danny teruja . Harap-harap Allysa suka apa yang dia lakukan .

Handbag Gucci itu dihempaskan ditepi tempat duduk pemandu. Pandangan Allysa kosong . Semenjak kepalanya terhantuk beberapa minggu lepas , kepalanya ini asyik sakit . Entah kenapa tetapi sangat sakit .

" takpelah Lysa , mungkin diorang ada sebab tertentu " pujuk hatinya . Dia terus mengerakkan keretanya menuju ke arah tempat lain . Mencari ruang untuk menghilangkan stress . Telefonnya dimatikan .

Memandangkan esok sudah hari sabtu , Allysa bercadang untuk menuju ke arah utara iaitu Perlis . Tempat tinggal nenek sedaranya yang masih ada disitu .

Perbualan doktor haritu membuatkan dia takut . Kehilangan kewarasan otak itu adalah perkara yang paling dia takut buat masa sekarang . Memang dia mampu untuk membuat rawatan itu , tetapi rawatan itu akan effect otaknya .

Doktor sendiri sarankan dia membuat rawatan tradisional . Lebih baik , dan lebih sihat . Tidak membayakan kesihatan yang lain . Alang-alang tu , boleh la dia menenangkan fikiran . Kalau dia masih ada di sekolah itu , apalah yang terjadi padanya .

" Bismillah , Ya Allah kau permudahkanlah urusanku di sana . Aku bertekad akan pulihkan balik sakit kepalaku ini dengan rawatan tradisional daripada nenek . InshaAllah " doanya dalam hati .

Allysa Humairah [ EDITING ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang