PART 23

1.6K 58 3
                                        

Harini Aku dapat panggilan dari Ibu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Harini Aku dapat panggilan dari Ibu . Ibu mengajakku sarapan dirumahnya . Pagi itu dengan pakaian yang sopan , Aku datang ke rumah Allysa .

Sebenarya Aku tidak sabar ingin bertemu dengan Allysa . Walaupun semalam baru berjumpa di sekolah , tetapi Aku sangat merisaukan dia .

Baju Polo berwarna biru pekat dan seluar jeans slack menjadi pilihanku . Minyak wangi New Y Men EDP kegemaranku itu disembur .

Sampai sahaja di rumahnya , Aku memberi Salam terlebih dahulu . Yelah takkan nak main terjah saja , rumah orang kot . Bakal isteri pulak tu , eh .

" Eh Achik . Masuklah . Dah lama ke tunggu ? " soal Ibu mesra . Aku tersenyum senget .

" Baru je sampai Ibu " jawabku lalu tersenyum manis . Masuk sahaja di dalam rumah agam itu , mataku mencari Allysa , tapi hampa . Allysa tak ada diruang tamu .

Sibuk berbual dengan Ibu , Ada tiga orang gadis datang ke arahku dengan membawa biskut . Terjungkit keningku . Kenapa pulak ni ?

Aku tidak selesa dengan pandangan gadis ini . Aku memandang wajah mereka .

" kenalkan , ini sedara Allysa . Yang kanan tu , Amirah . Sebelah tu , Ain . Yang last sekali tu , Aina " beritahu Ibu . Aku mengangguk sambil menggaru tengkukku .

Aku tak nak kenal diorang ni , Aku nak tengok Allysa .

Tanpa diminta mereka duduk disebelahku . Pelbagai pujian Aku Terima . Aku terasa kacak pulak dikelilingi sedara Allysa .

" Abang Achik rasa lah ni . Sedap tau . Saya yang buat " tutur Amirah . Tanpa menghampakannya , Aku mengambil jugak biskut itu . Tapi biskut itu sangat sedap . seriously !

" Sedap Mirah buat . Boleh buat isteri ni . Terima kasih ye " balasku . Aku tersenyum manis ke arah mereka bertiga .

Teriak mereka apabila Danny senyum begitu . " Jadi isteri Abang Achik boleh ? " soalnya . Danny tersenyum senget .

" Ada rezeki InshaAllah " fuhh . Jawapan paling selamat di abad ini .

Sibuk berbual dengan mereka bertiga , Aku nampak kelibat Along . Pantas tanganku memaut pergelangan tangannya .

" Eh , Kat sini kau , Aku ingat aku pergi borak dengan Abah pasal — ? " soal Along lalu menyuruh sedaranya itu ketepi . Kalau Allysa nampak ni , mesti dia fikir bukan-bukan ..

Gedik sungguh , patutlah Allysa tak melayan .

" Ibu ajak Aku . Mana dia ? " soal Danny sedikit berbisik supaya gadis di hadapannya tidak mendengar . Along memandangnya nakal .

Allysa Humairah [ EDITING ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang