Keadaan sunyi sepi . Danny masih fokus pemanduannya . Wajah Danny yang lain itu membuatku rasa tidak sedap hati . Keluar sahaja dari Mall Complex itu , terus wajahnya yang ceria itu bertukar muram .
Entah apa yang bermain difikirannya sekarang . Kalaulah dia ahli nujum macam pak belalang tu , mesti sudah lama dia tahu apa yang bermain difikiran Danny sekarang , tapi sedih . Dia hanya manusia biasa .
Hanya mampu overthinking .. dan bersangka baik .
" Danny .. berhenti kan Aku dekat kedai runcit lorong Pak Samad tu . Aku nak beli barang sikit . Lepastu kau pergilah rumah Ibu Abah dulu eh ? Ajak kawan kau masuk macam biasa ... " soalku .
" please ... ??? " pintaku . Wajahku yang paling comel ini menghadapnya yang fokus ke arah pemanduan .
Danny menggeleng perlahan . Suruh dia tinggalkan allysa ? Dekat lorong Pak Samad yang ada Clubbing tu ? Oh no . Bahaya sayang oii , dah nak maghrib ni , bisik hatinya.
" Alaa please ... " rayuku lagi . Dia memandangku dengan jelingan ekor mata .
" Kau nak beli apa sebenarya sampaikan suruh Aku balik terus ? " soalnya mendatar . Makin tidak keruan Allysa dibuatnya .. tolonglah , it really emergency case ....
" Alaa ini hal perempuan lah Danny .. please , janji Aku balik terus lepasni "
" dah nak maghrib ... bahaya kalau Aku tinggalkan kau sorang-sorang dekat situ .. " jelas terpancar wajah kerisauannya . Aku mengeluh panjang . Apa yang susahnya hantar dia ke kedai itu dan Danny terus ke rumahnya ? Aku malu la nak bagitahu aku nak beli apa ! Ish .
" Kau nak beli pad ke ? " soalnya membuat ku malu . Kenapa dia ni selamba sangat ? Aku pulak yang malu ni . Perlahan-lahan Aku menganggukkan kepalaku .
Ibu Abah macam mana nak sorok muka ni ??? Merah habis dah ni ... rintih hatiku .
Danny menggeleng perlahan melihat Allysa malu begitu . Tapi dia sudah biasa kerana dia mempunyai Mommy . Dan dia juga memang ambil tahu tentang itu . Ia hanya sebagai ilmu , jangan jadi bodoh sombong pula tak mahu belajar .
" Aku tunggu kau dekat luar . Tak payah malu sangat . Aku ni kan bakal ... " terus tanganku menekup mulut Danny . Makin lama dia melayan Danny ini , makin merepek laki ini .
" mmmpphhhh " tutur Danny dalam keadaan mulutnya ditutup rapat oleh Allysa . Wajah Allysa yang kemerahan dengan jelingan maut itu dia tidak kesah kerana Allysa kelihatan sangat comel sekarang ni ..
YOU ARE READING
Allysa Humairah [ EDITING ]
Novela JuvenilMy Beautiful Cover Book by @theleoo__ Wattys 2019 || IN EDITING ? 1st story wattpad from EcaAleesha Megat Danny Shahim X Nur Allysa Humairah Cinta remaja ini mengisahkan tentang seorang gadis yang dahulunya pernah dilukai , Dan seorang lelaki yang...