My Beautiful Cover Book by @theleoo__
Wattys 2019 || IN EDITING ?
1st story wattpad from EcaAleesha
Megat Danny Shahim X Nur Allysa Humairah
Cinta remaja ini mengisahkan tentang seorang gadis yang dahulunya pernah dilukai , Dan seorang lelaki yang...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
ALLYSA terbangunapabila dia terasa ingin menuju ke tandas . Perlahan-lahan dia menjengkit-jengkit kakinya , takut dia akan bangunkan penghuni rumah ini . Kalau NekPah bangun tidak apa , kalau serigala tu ? uish tak mahu dia .
Pintu belakang di buka , perlahan-lahan dia meninjau ke arah luar . Dia terlihat lampu daripada kereta memantul padanya .
" aik , siapa pulak datang ni ? pagi-pagi buta macam ni, ada buat kenduri ke Nek Pah ni ? " soalnya dalam hati . Kepalanya terkeluar sedikit lalu dia intai disebalik celahan pintu dapur . Ha ini lagi satu masalah , kenapalah orang kampung ini buat tandas diluar ? menyusahkan orang sungguh .
HAQEEM POV
" Allysa ... Allysa ... Allysa ... "
" makin lama , makin cantik pula kau ye . setelah beberapa tahun tinggalkan kampung ni , akhirnya kau datang kembali . Apa agenda kau datang balik ? "
" Terkejut aku lihat perubahan kau , yang dulu gemuk gedempol ... sekarang dah pandai bergaya . dah ada teman lelaki kah dia ? " soalnya dalam hati . Semenjak kehadiran Allysa ke rumahnya ini , buat dia tak tentu arah . Sudah beberapa jam dia cuba melelapkan mata , tetapi matanya ini , astagafiruallah . Tak mahu tutup .
Tiba-tiba Haqeem terdengar jejak kaki seseorang menuju ke dapur , maklumlah biliknya ada di dapur . diam-diam dia meninjau ke arah keluar . " oh budak ni , apa dia buat dekat dapur malam-malam buta ni ? lapar ke ? tulah , tadi orang pelawa , konon-konon malu " kutuk Haqeem .
Perlahan-lahan dia mengikuti jejak Allysa , tetapi pelik pula langkah gadis ini . Langsung tidak di usik tudung saji , malah dia menuju ke pintu keluar . " mengigau ke budak ni ? " soalnya dalam hati .
" WOI BUDAK ! KAU NAK PERGI MANA !!!" sergah haqeem .
END POV
KAWASAN perkampungan itu sangat sunyi membuatkan bulu romanya menegak. Sampai sahaja pada lokasi yang diberi , terus lampu kereta dimatikan . Danny memerhatikan sekeliling , tenang dan sejuk di awal pagi . Maklumlah sekarang sudah masuk pukul 4:30 pagi . Orang masih tidur .
Dalam diam Danny mendengar jeritan seseorang , tetapi suara itu sangat dikenali .
" Allysa ! " bisik hatinya .
Terus langkahnya menuju kearah suara itu . Terkejut Danny apabila melihat Allysa bersama seorang lelaki di pintu belakang itu .
" Allysa buat apa ni ? " jerit Dannya . Untuk pertama kalinya dia menggunakan nama panggilan ' Allysa ' ketika memanggil gadis ini . Terkejut Allysa dengan kehadiran Danny .
" Mana ada buat apa-apa laa , saya nak pergi tandas ... tapi Haqeem ni terkejutkan saya " beritahu Allysa . Wajah Haqeem menjadi tatapan Danny , Dia mahukan penerangan . Uish siapa tidak terkejut apabila bakal isterinya berdua-duaan di dapur , terkejut beruk dia .