My Beautiful Cover Book by @theleoo__
Wattys 2019 || IN EDITING ?
1st story wattpad from EcaAleesha
Megat Danny Shahim X Nur Allysa Humairah
Cinta remaja ini mengisahkan tentang seorang gadis yang dahulunya pernah dilukai , Dan seorang lelaki yang...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Saya harap awak boleh buat Allysa .. good luck "
Debaran di dada kian terasa . Lagi dia musykil apabila Malissa juga turut serta acara larian ini . Tapi kenapa tiba-tiba ?
Ke garisan ...
Sedia ....
Mula !
Dengan itu satu das tembakan pistol ke arah langit . Dengan tenaga yang terkumpul selama ini , Aku berlari menuju ke garisan penamat .
Sorakkan dan tepukan gemuruh kedengaran apabila Aku hampir ke garisan penamat . Lihat ada tiga persaing di belakang , cepat langkahku berlari .
Tiba-tiba ...
" Arghhhhh !!! " jeritku kesakitan . Badanku tergolek jatuh kerana ada sesuatu yang melanggar Aku dari arah belakang .
Aku tidak pasti apakah itu , tetapi seperti dirempuh oleh seseorang . Terus suasana yang meriah tadi menjadi kecoh dan hura hara .
Aku terdengar pelajar itu menjerit .
" Kau dah kenapa tolak dia ?! "
" main tipu !!! "
" Serabotlah perempuan ni !!! "
Aku cuba memandang gadis itu , tapi pandangan ku dihalang oleh cikgu-cikgu yang mula mengepungku .
Aku tersungkur sambil memegang kepalaku yang terhantuk di track larian itu . Sakitnya bukan kapalang ! . Sungguh perit . Air mataku mula mengalir . Sakit Dia hanya tuhan saja yang tahu ... Aku melihat ke arah tanganku .. darah ...
Aku memandang ke arah track larian , pasukan berwarna ungu tempat pertama manakala kuning tempat kedua dan hijau menangi tempat ketiga . Aku mengeluh panjang . Impianku musnah , mesti Sir Jaakfar akan kecewa denganku .
Aku mula rebah ke tanah . Tanganku masih memegang kepalaku yang mengalirkan darah itu . Tidak bermaya aku jadinya ..
Kelihatan ku makin kabur , aku nampak Tufayl dan rakan-rakannya datang ke arahku .
" Fayl ... ss-aakit " rintihku apabila dia mendekatiku . Sungguh Aku tidak berdaya sekarang . Hanya Allah saja yang tahu rasa sakit ini .
" Weh tahan sikit ... " tutur Tufayl cemas . Tidak keruan jadinya apabila melihat darah makin banyak di kepala gadis dihadapannya ini.