Rasa cinta itu pernah wujud. Namun tak terluahkan. Yang seorang, terlewat. Yang seorang lagi tercepat. Terlewat untuk berterus-terang. Tercepat menerima lamaran seseorang.
Sangka IMAN NUR ALISA, perkahwinan yang dipayungi restu orang tua, pasti akan kekal bahagia hingga ke akhirnya. Namun tanggapannya ternyata silap. Cinta ZAID terhadapnya hilang seiring pudarnya kecantikan yang pernah lelaki itu kagumi saat pertama kali melihat Alisa.
"Sebab kau dah tak macam dulu. Kau dah tak mampu puaskan aku. Kau dah tak cantik. Sumpah, aku jijik tengok kau, Alisa!" – ZAID, suami yang satu masa dulu bersumpah mencintai dan melindungi.
Jiwa wanita itu hancur ditoreh kata-kata sang suami. Wajah dan tubuh wanita itu entah berapa kali merasai tapak tangan dan tapak kaki. Malah, Zaid pergi meninggalkan Alisa dengan mental yang terdera.
"Meh aku ajar kau, rahsia 'mengikat' lelaki. Buka mata kau, tengok! Buka telinga kau, dengar! Aku nak kau ingat babak ni, sampai kau mati!" – VIA, bekas kekasih Zaid yang kembali menuntut kembali lelaki yang pernah Alisa rampas darinya.
Melihat Alisa yang disakiti, cinta yang dahulunya pernah terkubur, kembali membuak-buak.
IBRA ISKANDAR merayu, mohon cintanya diterima. Sedang Alisa merayu, mohon dijauhi. Cinta dan lelaki adalah perkara yang paling Alisa takuti kini.
"Saya janda, Encik Ibra. Carilah perempuan yang lebih mulia." – IMAN NUR ALISA
Untuk tempahan novel : WhatsApp 011 1106 7072

ANDA SEDANG MEMBACA
BUANG SEGALA TENTANG DIA
RomantizmBUANG SEGALA TENTANG DIA telah diterbitkan. Untuk pertanyaan atau tempahan sila WhatsApp admin di talian 011 1106 7072 www.wasap.my/601111067072/wattpadbuangsegalatentangdia