06 | Broken

1K 216 14
                                    


THE
HUNTSMAN

THEHUNTSMAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





“ kenapa, Taehyung..? ”
Perlahan Jihyo menyoal. Dia mula berdiri berhadapan Taehyung.

Matanya berair. Pandangan dingin Taehyung berubah redup. Keningnya sedikit berkerut.

Dia turut berdiri sebelum cuba untuk meraih tangan Jihyo. Namun pantas gadis cantik itu mengelak.

“ tak— jangan sentuh saya— saya— ”
Jihyo menelan payah liurnya. Dia tahu jika dia bersuara lagi, suaranya akan pecah.

Begitu juga tangisan nya.

“ Jihyo, saya ikhlas— ”

“ berapa, Taehyung..? ”
Jihyo memintas percakapan Taehyung.

Wajah huntsman itu berkerut keliru.

huh?  ”

berapa yang appa saya bayar pada awak?! sanggup awak?! ”
Empangan airmata Jihyo akhirnya pecah.

Elbert yang dari tadi memilih untuk  hanya memerhati kini bersuara.

guards, take the young miss back to the mansion ”

Mengikut arahan, dua pengawal upahan Lord White berjalan kearah Jihyo lalu gadis cantik itu ditarik menjauhi Taehyung.

“ jangan—! ”

huntsman. know your place ”
Pintas Elbert, lebih kepada suatu arahan yang berjaya menghentikan Taehyung.

Lelaki kacak itu kaku ditempatnya. Hanya memerhati Jihyo yang dibawa pergi jauh darinya.

“ terima kasih, huntsman Jim ”
Ungkap Elbert kepada Jimin sebelum lelaki tua itu ikut beredar.

Tinggal lah Taehyung dan Jimin dengan suasana yang diam, tegang.

Taehyung mengekeh sinis. Dia kembali duduk diatas bangku. Wajah Jimin enggan dipandang.

Jimin pula kekal diam. Tidak bereaksi dia memandang Taehyung.

“ kau yang tolong mereka, Jim? ”

“ ya, aku. aku tak akan minta maaf pada kau. sebab ini memang apa yang patut kau lakukan dari awal, Taehyung.

aku beri kau tugasan ni untuk kau selesaikan macam yang selalu kau buat. tapi kenapa kau simpan dia?

lihat sekarang, bayaran kau ditolak sebanyak 10%. kau yang rugi— ”

Jimin akhirnya berhenti berkata kata saat mata dingin Taehyung memandangnya tajam.

“ aku dah tak kisah. aku tak kisahkan dengan bayaran tu. aku— aku dah jatuh cinta pada budak tu ”

Taehyung berkata dingin tetapi jujur. Jimin kehilangan kata kata.

Tidak dia jangka Taehyung yang selama ini dingin, jatuh cinta pada seorang remaja perempuan.

Malah sebelum ini ramai wanita seksi san cantik cuba menggoda si dingin itu. Namun semuanya gagal.

“ Jihyo White? budak tu? kau pasti bergurau. ya, dia cantik. tapi tak akan lah kau ni— ”

“ dia paling cantik. dia— bidadari ”
Pintas Taehyung mempertahankan gadis pujaan hatinya.

Jimin bungkam buat seketika sebelum dia mengekeh perlahan. Seolah olah mengejek rakannya itu.

“ kenapa? ”
Soal Taehyung bingung. Jimin mendekati Taehyung lalu bahu lelaki kacak itu ditepuk beberapa kali.

“ bermimpi lah, Taehyung. teruskan bermimpi. cuma kau perlu tahu— dia, tak akan pernah jadi milik kau.

kerana dia dan kau, lain. dia jauh diatas dan kau jauh dibawah. kau fikir lord white akan terima kau sebagai menantu? ”

Walaupun perit kata kata Jimin, itu adalah kebenaran. Jadi Taehyung kekal diam. Dia tahu semua itu.

Huntsman, will you give up?









To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To Be Continued

[C] HUNTSMANWhere stories live. Discover now