"Please Iman!"
"No!" Tekanku keras. Lelaki itu masih mengejar dan tak kira selaju mana aku melangkah, sudah
ditakdirkan yang lelaki mempunyai kaki yang lebih panjang dari perempuan. Dia sudah mendepakan tangan dihadapanku.
"Awak ni memang tak faham bahasa kan?" pandangan sinis aku halakan.
"Yes! Saya memang tak faham. Saya tak faham kenapa awak tak boleh bagi saya peluang?" wajahnya penuh rayuan.
"Ini bukan soal peluang! Look, kita baru kenal tak sampai seminggu, baru jumpa 3 kali termasuk today, and you ask me to marry you? Gila ke apa!" hilang sudah semua kesantunan yang aku jaga selama ini bila aku menjerit serupa orang
gila.
Satu benda yang aku dah tahu, mummy salah! Mummy kata kalau perempuan belajar tinggi-tinggi sangat susah nak dapat suami.
Takut nanti semua lelaki rasa rendah diri nak berdamping dengan aku. Sebab tu mummy suruh aku tangguh dulu ambik phD yang tinggal setahun lagi nak habis ni.
Mummy is totally wrong dan
lelaki ini buktinya.
"Yes..Crazy. I'm crazy about you! Saya sayang awak Iman!" Urggh! Memang sah dia gila!
"Peduli apa aku?" aku meneruskan langkah.
Wahai kereta, kenapalah kau jauh sangat! Pit Pitt! Lock kereta aku buka dari jauh. Pintu kereta aku buka dengan kasar dan tutup
dengan kasar juga. Baru sahaja aku
menghidupkan enjin kereta pintu disebelah sudah dibuka and guess what, lelaki itu dengan seriang
kanak-kanak ribena duduk disebelah aku. Aku mengerutkan dahi.
"Sila keluar." Kataku tak berperasaan. Dia
menggeleng.
"Never selagi awak tak terima saya."
Aku dah malas nak bertekak sebab dia dah mengaku yang dia memang tak faham bahasa, jadi aku pandu ajelah. Lebih kepada racing actually. Mana tahu dia akan berputus asa ajak aku kahwin lepas melihat kesingaan aku memandu.
"Slow lah sikit Iman. Bahaya awak pandu macam ni. Kalau ye pun marahkan saya, jangan sampai
jalan raya menjadi tempat melempiaskan amarah awak tu." Nasihatnya lembut. Aku hanya
menjeling dia tajam.
Dalam fikiranku sibuk memikirkan tempat aku patut lemparkan mamat ni. Dalam tasik okay tak? Ish, suka hati aku aje nak humban anak orang dalam tasik! Aku beristighfar dalam hati cuba meredakan marah yang meluap-luap ni. Rasa marah ni datangnya dari syaitan. Tak boleh dilayan sangat.
First time dimalukan dikhalayak ramai, siapa tak marah kan? Kalau aku tahu dia ajak jumpa tadi
sebab nak propose sumpah aku takkan datang! Dan lepas ni sumpah aku takkan pijak hotel itu
lagi!
Aku membuat u-turn dan kembali ke tempat parking tadi.
"Keluar lah sebelum saya dan awak meninggal dunia bersama dalam satu nahas jalan raya." Aku
berkata sambil memandang dia disebelahku. Dia melepaskan keluhan berat. Kali ni 'halauan' ku
menjadi bila dia sudah membuka pintu kereta dan mengangkat kaki keluar dari CRVku ini.
"Saya mintak maaf Iman. Tapi saya betul-betul harap awak pertimbangkan lamaran saya tadi."
"I already have an answer for your proposal. No!" tekanku lalu menarik pintu kereta. Gear dimasukkan dan aku memandu pergi. Tadi cermin sisi aku dapat lihat dia masih berdiri disitu. Ah! Malas mahu ambil pusing! Semua ni memang tak masuk akal. Baru seminggu kot aku kenal dia tuh.
***
YOU ARE READING
Kekasih sepenuh masa
RomanceCerpen ini adalah hasil karya Thia Elea yang di petik dari laman penulisan2u. Selamat membaca!