Bab 1

5.3K 419 100
                                    

Air pancuran dibiarkan terbuka membasahi badan. Ternyata, kala itu bukan air daripada pancuran air itu sahaja yang mengalir laju, tetapi daripada sepasang mata si dia yang duduk memeluk tubuh di bawah aliran air itu juga. Tersedu-sedu dia menangis.

Ampun Sya Mak! Sya terpaksa Mak. Ampunkan Sya...

Dia terasa dirinya jijik dan kotor. Dia terasa begitu hina sekali selepas peristiwa itu.

"Hey love, wake up! You need to wake up and leave now."

Dia tersentak apabila bahu digoncang agak kasar dan suara lelaki berslanga Australia itu menyapa telinga. Mata terbuka perlahan, dan dia lihat wajah Mat Saleh itu tak jauh daripada wajahnya. Terus dia mengesot ke kiri dan duduk dari baringnya. Namun tubuh terasa sejuk sebaik sahaja dia duduk. Lantas dia menunduk.

"Arghh!" Dia menjerit dan cepat-cepat menarik selimut tebal tak jauh dari dirinya. Tiada Seurat benang pun yang melitupi tubuhnya selain selimut tebal itu.

"Auw, you turned me on with that innocent little face, love! We had a very great time together, last night. Remember?"

Dia memandang lelaki itu dengan tubuh terketar. Lalu segalanya yang terjadi malam semalam bermain di ingatan. Pil khayal yang sengaja dia telan, supaya dia tak sedar dan dapat melaksanakan 'tugas' pertamanya nampaknya tak mampu menghilangkan segala memori.

"I'd love to go for another round. Had to admit, you.are.fantastic! But, unfortunately, I can't. My Mrs. is coming home in a few hours. And I need you to leave my house, now!" Kata lelaki yang hanya bertuala itu selamba.

"I'll get a cab for you. Just get dressed as soon as possible, will ya'?"

Dan tidak mengangguk, mahupun menggeleng. Namun dia terus mengesot turun daripada katil besar itu bersama dengan selimut tebal itu. Dia menoleh sekeliling, melihat pakaian berterabur. Lalu dia kutip satu persatu.

"Oh, my apology. You probably will need to get a new underwear. I kinda tore it up in hurry last night!" Katanya lagi diakhiri dengan kenyitan mata.

Cepat-cepat dia berlalu ke dalam tandas. Perut terasa senak. Dada terasa sesak. Rasa seperti nak muntah. Namun laju-laju dia mengenakan pakaian. Memang lelaki berusia hampir separuh abad itu tidak bergurau. Hampir ranap pakaian dalamnya dikerjakan. Selesai berpakaian, dia membasuh muka ala kadar. Dari refleksi cermin, penuh tanda merah merata-rata di leher dan dada yang agak terdedah.

Dia pejam mata rapat-rapat. Dan dia bergegas keluar. Beg tangan diambil.

"Your pay!" Kata lelaki itu sambil mencampak satu sampul surat bersaiz kecil ke atas katil dan kemudian dia terus mengenakan butang seluar.

Dia memandang sampul itu. Lalu terketar tangan mengambil. Dia buka melihat isinya. Mengira helaian wang di dalam sampul itu. Satu, dua, tiga, empat...

"Don't worry. The amount is as promised. I'm a man of my word."

Dia pandang sekejap lelaki itu. Kemudian kembali memandang dalam sampul. Lima dan enam. Yup. Cukup!

Dia mengangguk. "Thank..thank you, Sir!" Katanya perlahan dan dia berpaling hendak berlalu. Entahkan berterima kasih untuk apa! Namun cepat lelaki itu menangkapnya dan memeluknya daripada belakang.

"Glad I'm the one who ripped off your virginity, Love! And I like you. I probably will use your service some other time."

Dia hanya kaku membiarkan lelaki itu memeluknya erat.

"See you later. Bye!" Dan akhirnya dia dilepaskan selepas pipi bersihnya menerima kucupan daripada lelaki itu.

Dan dia terus berlari anak berlalu keluar daripada rumah agam yang sunyi itu. Memendam segala rasa di dalam hati.

9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]Where stories live. Discover now