Bab 4

3.5K 408 169
                                    

"Sadaqallah hul azim..."

Buku yang terkandung ayat-ayat serta makna surah Yassin itu dibawa ke atas kepala dan kemudian dia kucup perlahan. Dia menghela nafas panjang. Hampir seminggu menjadi penghuni di ICU ini menemankan Hafiz. Kalau boleh, dia tak mahu balik langsung ke rumah. Walaupun terasa letih dan sengal-sengal badan menjadi penunggu di sini. Namun itu dia lakukan.

Dia pandang wajah sang anak. Lebam-lebam biru di wajah akibat kemalangan itu sudah hampir sembuh. 'Cervical collar' yang memberi sokongan kepada bahagian leher Hafiz itu masih terpasang rapi. Akibat kemalangan itu, banyak juga tulang yang cedera akibat hentakan kuat.

Rambut lurus Hafiz dibelai penuh kasih sayang.

"Rambut you dah panjang, Hafiz. You need a haircut! Serabut Mummy tengok anak Mummy rambut panjang macam ni. Doesn't suit you." Katanya perlahan sambil tersenyum.

"Hafiz, sekejap lagi, Mummy nak balik sekejap. Pinggang Mummy sakit. Maybe sebab tak dapat baring dengan proper these few days. Mummy nak mintak bibik urutkan sikit biar lega. Petang sikit, Mummy datang semula ye. InshaaAllah."

Masih tiada respons dari anaknya itu.

"Penat sangat ke, sayang? Sampai susah sangat nak bangun?"

Dia tarik nafas dalam.

"Tak apa lah. Hafiz rehat lah dulu. Mummy nak balik dulu ye?" Katanya sambil menggenggam tangan kiri Hafiz Shauqi sekejap.

Namun tatkala dia mahu menarik tangannya, dia terasa seperti jari jemari itu menghalang.

Bulat mata Dato' Nur Hani merasa respons daripada Hafiz.

"Sayang?"

"Hafiz Shauqi, boleh dengar Mummy tak?"

Kala itu dia nampak bebola mata itu bergerak-gerak. Dan perlahan-lahan kelopak mata itu terbuka. Sekejap. Tertutup semula. Kemudian terbuka semula. Memandang sekeliling.

Jelas, anaknya itu dalam keadaan keliru.

"Ya Allah, Alhamdulillah. Anak Mummy dah sedar! Alhamdulillah."

Dengan tangan yang sebelah lagi, dia menekan loceng memanggil jururawat.

Apabila jururawat datang dan melihat pesakit sudah membuka mata, dia segera berlari mendapatkan doktor.

Kala sepasang mata itu bertaut dengan matanya, dia dapat lihat, Hafiz Shauqi seolah ketakutan. Mata bergerak-gerak kiri dan kanan tak tentu arah. Terus dia membelai wajah itu.

"It's okay, sayang. It's okay. You are safe now. Mummy's here. Mummy is not going to leave you..." katanya memujuk.

"Maaf puan. Puan tunggu di luar sekejap. Kami nak periksa pesakit."

Kala itu dia cuba lepaskan tangan yang digenggam anaknya itu. Seperti anak kecil, tangannya itu tak mahu dilepaskan Hafiz Shauqi membuatkan Dato' Nur Hani ditamu rasa sebak dan terharu.

Bertahun-tahun, mereka membuat haluan masing-masing. Anak yang menginjak dewasa terus terasa begitu jauh walaupun menginap serumah, namun kini, anak yang sama, menggenggam erat tangannya. Tak mahu melepaskan. Seolah berkata, "Don't leave me, Mummy..."

Dato' Nur Hani mendekatkan wajah. "Mummy takkan tinggal Hafiz. Mummy akan sentiasa ada dengan Hafiz. But now, the doctor wanna check on you. Let him do his work first, I'll come back later, ok? I promise."

Barulah perlahan-lahan, genggaman dilepaskan. Dan Dato' Nur Hani terus mengundur ke belakang dan melangkah keluar dari bilik ICU itu. Dia berdiri di luar pintu, dengan tangan ditekup di dada, sambil mulut terus-terusan memuji Allah, tanda dia bersyukur atas peluang yang Allah beri, untuk dia menjadi ibu kepada Hafiz Shauqi untuk kali kedua. Untuk dia perbetulkan kesilapannya melalaikan tanggungjawab mendidik Hafiz Shauqi dan Anis menjadi seorang Islam.

9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]Where stories live. Discover now