Assalamualaikum & Hello
Kita tau korang pishang. Kita juga... Bukan setakat pishang, manggish, dukhu, langshat, rambuthan, dan semua buah-buahan tempatan la.... 😑😑
bertabahlah... stay at home.. we can do this, Malaysia!!
so, kita bagi hadiah satu lagi buat korang sengih sorang-sorang (kot!)
******************************************
SYASYA keluar daripada kereta yang terparkir elok di hadapan bangunan perumahan itu. Dia gigit bibir melihat reka-bentuk bangunan yang jelas mempamerkan kemewahan unit-unit rumah di situ.
Bukan kawasan perumahan kaleng-kaleng ni!
"Jom!" Tersentak dek sapaan suara lelaki. Dia menoleh memandang Hafiz yang tersenyum memandangnya.
"Lauk-lauk tu?"
"Tak apa. Biar dulu dalam kereta. Sekejap lagi I suruh orang angkat," jawabnya.
Syasya hanya mengangguk. Dia tarik nafas dalam.
"You, sebenarnya I masih tak faham untuk apa I datang rumah you hari ni? Boleh je you ambik je lauk-lauk tu from my house kan? Tak perlu pun I datang sekali," katanya perlahan.
"Ala, alang-alang you yang masak untuk majlis makan-makan yang Mummy buat ni, apa salahnya you join sekali. Lagipun sekejap lagi ada bacaan Yassin ramai-ramai untuk arwah Daddy and adik I," jawabnya.
Syasya mengetap bibir sejenak. Hampir tiga minggu berkawan dengan Hafiz, dia dah sedia maklum yang Hafiz anak yatim. Bapa dan adiknya meninggal akibat kecelakaan jalan raya.
Semasa diberitahu oleh Hafiz yang mummynya berminat nak menempah makanan daripadanya untuk majlis usrah, dia agak teruja. Boleh juga cari duit tambahan. Banyak duit dapat dikumpulkan, banyak juga la kirimannya ke kampung. Walaupun dia sedar, mak masih belum memaafkan dia, dan mungkin masih bencikan dirinya, tanggungjawabnya sebagai anak tak pernah dia lupakan.
Namun, sungguh dia terkejut apabila Hafiz memberitahu yang ibunya itu turut menjemput dia untuk ke majlis di rumahnya. Bersungguh dia menolak, bersungguh juga Hafiz mengajak. Akhirnya dia mengalah dan akhirnya, dia berada di sini.
Jangan tak tahu, hampir sejam lamanya nak fikir baju apa yang patut disarung untuk majlis hari ini. Jujurnya, dia terasa sangat rendah diri untuk berada di sini. Dan dia dah pasang niat, sekejap lagi dia akan berlagak seperti bibik. Biar dia sibuk di dapur membantu apa yang patut.
"Jom!" Sekali lagi lelaki itu mengajak dan mula melangkah ke pintu rumahnya.
Syasya turut dari belakang.
Pintu rumah memang dah terbuka, lalu Syasya hanya menurut Hafiz masuk ke dalam rumahnya itu.
"Assalamualaikum," ucap Hafiz.
"Waalaikumussalam! Ha, sampai dah!" Salamnya disambut seorang wanita yang kelihatan sangat elegan mengenakan abaya mewah dan selendang hitamnya.
"My mum," kata Hafiz mengenalkan ibunya kepada Syasya.
Lantas Syasya terus menghulur salam. Dia ingat-ingat lupa wajah ini. Kalau tak salah, wanita ini antara panel temuduga ketika dia memohon untuk biasiswa Yayasan Ikhlas dulu.
"Apa khabar, Dato'?" katanya berbahasa.
Dato' Nur Hani berdecit sambil menyambut salam Syasya. "Tak payah Dato', Dato' la, darling! Aunty je. Mummy pun okey!"
"Mum..." Hafiz bersuara rendah memberi amaran.
Dato' Nur Hani ketawa.
Syasya tertunduk segan.
YOU ARE READING
9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]
RomanceLink to purchase ebook: https://www.e-sentral.com/book/info/314476/syarat-yang-ke-3 "Ok, I boleh tolong you. Tapi dengan 3 syarat." "Spill..." "Syarat pertama, you kena bagi all of your social media username. And you have to accept my follow and fri...