Amilin dan Zahra berjalan bersama-sama menuju ke restoran yang bernama 'Mamak' terletak tak jauh dari kampus mereka itu. Usai kelas tadi, mereka berpakat untuk membeli sahaja makanan untuk malam itu.
"Aku rasa aku nak makan satay la malam ni, Milin! Rindunya makan satay!"
Amilin mengangguk. "Kan! Dah lama tak makan satay!"
Selepas lima minit berjalan, mereka tiba di hadapan restoran Mamak itu. Baru sahaja Zahra nak buka pintu restoran, pintu dah terbuka.
"Oppss!!" Katanya dan juga seorang lelaki serentak.
"Eh, Ustaz Naqib!" Kata Amilin apabila melihat wajah si dia yang hampir melanggar Zahra dengan pintu tadi.
"Maaf, saya tak sengaja. Tak perasan awak ada depan pintu. Are you okay? Terkena ke pintu?" Tanya lelaki itu.
Zahra pantas menggeleng sambil tertunduk. Entah kenapa dia rasa tersipu-sipu! Padahal terlanggar dekat pintu ni perkara biasa je!
"Sorry ye!" Sekali lagi lelaki itu memohon maaf.
"Oi Qib, apa yang jem depan pintu ni? Ada tol ke?" Kedengaran pula suara dari dalam. Naqib ketawa.
"Sabar! Aku ingat sebelum makan je kurang sabar. Dah selesai makan pun masih kurang sabar korang ni!" Bebel Naqib sambil keluar daripada restoran melalui pintu.
"Oh, ada awek rupanya! Patutlah jem!"
"Aih Qib, tak akan try line kot!"
Naqib hanya tersengih sambil menggeleng kepala. Sempat dia memandang dua orang gadis di luar restoran itu.
"Sorry eh! Diorang ni gila!" Kata Naqib perlahan sambil memusingkan jari telunjuk di tepi kepala.
Memang bengong tak boleh bawak bincang diorang ni!
"Amboi! Naqib the naqib try awek! Kena berguru ni. Cara paling islamik nak try awek!" Kata seorang lagi antara mereka.
Naqib ketawa.
"Kau jangan nak berjangkit dengan budak-budak ni, Kimi. Budak-budak ni memang gila! Pengaruh buruk ni. Kau kena bertabah kalau lepak dengan diorang ni." Balas Naqib kepada pemuda yang bersuara tadi. Dan si dia itu ketawa. Dan mereka mula berjalan menjauhi kedai sambil bergelak ketawa.
"Oh my God! He is so gorgeous! Handsome nya!" Bisik Amilin. Zahra berdecit. Dipukul lengan Amilin perlahan. Namun matanya sempat juga dilarikan menatap lelaki di sisi Ustaz Naqib itu. Zahra tersengih.
Memang handsome betul ni! Tapi, tak boleh lawanlah dengan dia yang kat sebelah tu!
Bisik hati Zahra sendiri. Jujurnya, memang dia menyimpan hati kepada Ustaz Naqib. Tapi, dia juga maklum, bukan dia seorang yang menyimpan perasaan kepada si dia yang datang ke Sydney untuk pelajaran peringkat sarjananya dalam bidang seni bina. Jadi, kemungkinan untuk Ustaz Naqib sedar kewujudannya agak tipis. Memandangkan lebih ramai gadis-gadis yang lebih berani mengambil langkah pertama.
Malah, Zahra pernah dengar, ada seorang senior mereka yang meminang Ustaz Naqib untuk dirinya sendiri.
Tekad betul kakak tu!
Tetapi malangnya, Ustaz Naqib menolak dengan baik. Sampai begitu sekali aura Ustaz Naqib.
Pakai susuk ke apa?
Hish! Zahra tepuk dahi. Apa yang kau mengarut Zahra.
Sempat dia mencuri pandang lelaki yang mengenakan topi hitam itu. Penampilan Ustaz Naqib, berbeza dengan Wahid, yang juga antara orang yang selalu dijemput untuk memberi ceramah agama apabila ada aktiviti pelajar-pelajar Malaysia di sini. Wahid memang nampak gaya alimnya. Suka berkopiah, memakai baju kurta atau kemeja ala-ala Raihan.
YOU ARE READING
9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]
RomanceLink to purchase ebook: https://www.e-sentral.com/book/info/314476/syarat-yang-ke-3 "Ok, I boleh tolong you. Tapi dengan 3 syarat." "Spill..." "Syarat pertama, you kena bagi all of your social media username. And you have to accept my follow and fri...