PANDANGAN dilemparkan pada air sungai yang mengalir tenang di Paddington Basin itu. Nyaman dan tenang, walaupun letaknya di bumi London yang sibuk itu. Sudah hampir 5 bulan dia di sini. Dah mula menyesuaikan diri dengan suasana kota London, dan rutin seorang pelajar peringkat sarjana. Berbeza dengan rutin seorang pelajar sarjana muda yang berkitar dengan kelas atau kuliah, tugasan dan kuiz, juga peperiksaan. Kali ini, dia lebih perlu berdikari dan pandai membawa diri untuk melaksanakan penyelidikan yang berkisar tangan palsu automatik itu.
Dia menghirup nafas dalam-dalam. Hari ini, hari Sabtu, hari cuti. Jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Paddington. Air yang mengalir tenang di Paddington Basin itu dipandang. Kala itu mata tertancap pada satu binaan besi bulat tak jauh dari tempat dia berehat.
Apa benda tu eh?
Kenapa duduk dia dekat tepi sungai ni?
Nak kata arca, macam tak ada yang istimewa pun bentuknya!
Dan Syasya perasan, agak ramai juga orang berhenti dan bergambar dengan binaan besi itu.
"That is actually..."
"Oo mak kau!" Spontan Syasya melatah dek kerana terkejut dengan suara garau yang tiba-tiba kedengaran dari arah belakangnya. Laju dia menoleh ke belakang nak melihat tuan punya suara. Syasya pempan melihat lelaki yang dah tersengih kerang busuk di belakangnya itu.
"I'm trying to say, that is actually a bridge. If you are wondering!" Sambung lelaki itu.
"Eh, encik bos Yayasan Ikhlas!" Katanya sambil tertunduk.
What, Sya? Encik bos Yayasan Ikhlas? Kau dah kenapa?
Syasya ketap bibir.
Aduh, siapa entah nama Encik Bos ni! Masa ni lah nak lupa pun!
Dan dia dengar lelaki itu ketawa kuat.
"Encik bos Yayasan Ikhlas pulak dah! Hmm, come to think of it, I prefer the construction worker kot! Encik Bos sounds so weird!"
Syasya gigit bibir. Dia sedar, lelaki itu sedang memerlinya.
Alah, alah! Kenapa dia ingat pulak pasal hal tu! Dah berbulan kot!
Lelaki itu tersengih.
"You lambat."
"Hmm?" Tanya Syasya kehairanan.
Lambat untuk apa? Eh jap, apa aku ni hilang ingatan ke ada janji nak jumpa dia di sini?
"Eh, I tak ada janji apa-apa untuk jumpa dengan Encik Bos kan?"
"Bila masa I kata you lambat untuk date kita?" Tanya lelaki itu semula.
Terus berubah wajah Syasya. "Eh bukan! Bukan date! I mean... err... ok, I confuse, lambat untuk apa?"
Dan dia lihat lelaki itu sudah pun ketawa.
Syasya tertunduk lagi.
Aduh la mamat ni! Benci ah! Asal dia suka menyakat aku, lepas tu gelakkan aku eh? Terasa macam kena buli dah ni! Tapi nak marah tak boleh pulak! Dia yang sponsor aku kot!
"I cakap pasal Heatherwick's Rolling bridge tu. You lambat untuk tengok dia gerak. Biasanya dia gerak dalam pukul dua petang."
Mata Syasya bulat. "Bendalah tu boleh gerak?"
Encik bos Yayasan Ikhlas mengangguk. "And it becomes a bridge. So, people can cross the river."
"Serius?"
YOU ARE READING
9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]
RomanceLink to purchase ebook: https://www.e-sentral.com/book/info/314476/syarat-yang-ke-3 "Ok, I boleh tolong you. Tapi dengan 3 syarat." "Spill..." "Syarat pertama, you kena bagi all of your social media username. And you have to accept my follow and fri...