Bab 8

2.5K 336 59
                                    

KLIA, Malaysia

Dia duduk sambil memanggung kepala memerhati orang yang lalu lalang. Malam ini, mereka sekeluarga, termasuk Anis, Ayden dan Mikael, anak Anis dan Ayden akan berangkat ke London. Anis berkeras mahu ikut sama untuk seminggu dua. Mahu memastikan semua ok untuk ibu dan adiknya di Paddington kelak.

Dato' Nur Hani ralit membaca. Anis sedang cuba menidurkan Mikael. Ayden hilang entah ke mana.

Hafiz Shauqi mengeluh perlahan. Bosan!

Lalu dia gerakkan kerusi roda automatik itu.

"Hafiz nak ke mana?" Tanya Dato' Nur Hani yang sedar kerusi roda anaknya itu bergerak.

"Pusing-pusing sekejap. Boring. Belum nak masuk gate kan?" Tanyanya.

Ibunya itu senyum. Geleng kepala.

"Mummy rasa nak get a cup of coffee. Jom?" Ajaknya. Hafiz Shauqi senyum dan angguk. Bukan dia tak tahu, Mummy bimbang dia bergerak sendirian.

"Anis, Mummy and Hafiz pergi Starbucks sekejap."

Anis hanya mengangguk.

Lalu Dato' Nur Hani dan Hafiz bergerak seiring menuju ke kafe Starbucks di dalam KLIA itu.

"Hafiz, Mummy tanya sikit boleh?"

"Hmm?"

"Hari tu, masa Syirah and Bihah datang rumah kita, Mummy nampak you and Syirah talked. Was everything ok between you two?"

Hafiz Shauqi sengih sedikit.

Memang betul. Tanpa dia sangka, beberapa hari lepas, bekas tunang dan ibu mertua tak jadinya itu datang ke rumah untuk menziarah. Terkejut bukan kepalang Hafiz Shauqi dibuatnya. Sehingga terpaku beberapa saat melihat susuk itu di rumahnya.

Syirah sanggup jejakkan kaki ke sini untuk jumpa aku? Lelaki yang hampir-hampir meragut kesuciannya malam itu.

Memori pertemuan itu kembali menerjah fikiran.

"Mummy!!", jeritnya sambil mencari kelibat sang ibu. Dia perlukan pertolongan untuk membalut satu lagi kotak yang dia mahu bawa ke London.  Bersusah payah dia menolak kerusi roda itu. Mummy kata dia dah tempahkan kerusi roda jenis automatik itu. Belum sampai lagi nampaknya.

Namun mata terpaku melihat si dia yang berbaju kurung bertona biru muda yang berjalan ke arahnya. Syirah!

"You nak pergi mana?" Tanyanya dah memegang bahagian belakang kerusi roda.

Hafiz Shauqi telan air liur. Entah kenapa, dia rasa gugup.

"Bila you sampai?" Tanya Hafiz Shauqi perlahan.

"Baru je.." jawab Syirah ringkas.

"Alone?"

"Dengan Ibu. Dia ada dekat dapur dengan Mummy you. You nak pergi mana?" Tanyanya sekali lagi.

Akhirnya Hafiz Shauqi menoleh ke belakang memandang wanita itu. Senyum.

"Syirah, can we talk for a bit?",

Syirah turut senyum. Angguk.

"Kita lepak tepi pool lah!" Ajak Hafiz Shauqi.

Lantas bekas tunangannya itu menolak kerusi roda ke tepi kolam renang rumahnya itu. Memberhentikan kenderaan itu, dan dia mengambil tempat di salah satu kerusi yang tersedia berhampiran.

Mereka sepi seketika.

"You ingat tempat ni?" tanya Hafiz Shauqi memecah kesepian.

9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]Where stories live. Discover now