Tit! Tit! Tit!
Bunyi dari mesin itu berkumandang tiap beberapa ketika. Dato' Nur Hani memandang sekujur tubuh yang terbaring di atas katil hospital itu. Dia tekup mulut menahan esakan.
"Hafiz, sayang, bangun! Mummy ada sini. Please wake up, sayang! Jangan tinggalkan Mummy. Not you too. Please." Rayunya perlahan.
Dia jatuhkan tangan ke atas katil nak memegang tangan anaknya itu di bawah selimut. Namun, tapak tangannya terus jatuh ke atas tilam katil hospital itu.
Kala itu baru dia seolah baru tersedar, anak nya itu sudah tiada sebelah tangan.
"Doktor, macam mana dengan anak saya. Is he okay? How bad is it?"
"Puan, bertenang. Kami sedang mencuba sedaya upaya untuk selamatkan anak puan. Macam ni puan, saya ada satu berita tak baik. Kecederaan di tangan pesakit terlalu dasyat, sehingga menyebabkan aliran darah di badan anak puan terganggu. Kalau dibiarkan, boleh mengancam nyawa."
Dato' Nur Hani tercengang. Beberapa saat dia terkebil cuba menghadamkan maklumat yang baru disampaikan doktor itu.
"So, you... err... you are suggesting?"
"Kita perlukan consent daripada puan untuk kami jalankan pembedahan untuk amputate tangan kanan anak puan."
"WHAT??"
"Oh my god, Hafiz..." Anis, anak perempuannya terus terduduk mencangkung di situ juga.
"Tak... tak kan tak ada cara lain, doc? Ada cara lain selain cacatkan anak I kan?"
"Maaf puan. Kami dah consider semua option. That's the only way to save his life."
Dato' Hani masih diam. Dia tekup tapak tangan ke dahi. No, no, no. This can't be happening! This is not happening! He is still so young! He has a bright future ahead.
"Puan, boleh puan bagi kebenaran?"
"Bu..but.."
"Yes doc! Please perform the surgery. Please save my little brother." Jawab Anis laju. Doktor itu memandang Dato' Hani sejenak. Seolah mendapatkan persetujuannya pula. Akhirnya dia mengangguk lemah.
"Sekejap lagi, pihak kami akan berikan borang untuk puan tandatangan." Kata doktor itu dan terus masuk semula ke pintu yang bertanda 'Operation Theatre'.
Sebaik sahaja pintu tertutup semula, Dato' Hani terus terjelepuk jatuh ke lantai dan meraung kesedihan.
Maafkan Mummy, Hafiz. This is the only way to save your life.
I can't afford losing you too... mummy tak kuat untuk hadapi kehilangan lagi, Hafiz.
Kala itu, wajah suaminya, Shafiq dan anak bongsunya, Hanani yang dah meninggalkan mereka tiga beranak buat selamanya itu terbayang di benak fikiran. Shafiq dan Hanani terkorban dalam kemalangan ngeri lebih kurang setahun setengah lepas.
Baru-baru ini, dia diuji apabila sahabatnya, merangkap bakal besan datang membawa hasrat nak memutuskan pertunangan anak mereka dengan Hafiz. Alasannya, Hafiz cuba merogol Basyirah.
Sebagai ibu, tak mungkin dia akan percaya semudah itu tuduhan yang dikenakan atas anak bujangnya. Dia tahu Hafiz memang agak liar, tapi tak kan sampai sanggup merogol. Hanya Tuhan sahaja yang tahu, betapa dia cuba sehabis baik bersabar daripada menghalau suami isteri itu keluar dari rumah. Dia tak percaya.
Namun, jawapan yang dia terima daripada Hafiz, apabila anaknya itu pulang dalam keadaan mabuk yang menghancurkan hati ibu ini.
"Hafiz, tell me the truth, did you or did you not, attempt to rape Basyirah that night?"
YOU ARE READING
9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]
RomanceLink to purchase ebook: https://www.e-sentral.com/book/info/314476/syarat-yang-ke-3 "Ok, I boleh tolong you. Tapi dengan 3 syarat." "Spill..." "Syarat pertama, you kena bagi all of your social media username. And you have to accept my follow and fri...