Bab 10

2.8K 317 36
                                    

Assalamualaikum,

Wak-wak, kita mintak maaf kalau ada yg rasa cerita ni slow perginya. Hahaha. Kita tau ramai tak sabar untuk hero & heroin berjumpa.

Bear with me ok? Ada sebab sesetengah plot perlu kita create n ceritakan. Ada fungsi yg tersendiri.

So, harap wak-wak semua bear with me... boleh? 😊

Anyway, semalam kita ada up cerita naqib dekat TUS. Siapa dah baca? Siapa rasa dia kenal Fatimah, bakal zaujah Naqib? Jeng jeng jenggggg 🤭🤭

*****************

"Assalamualaikum!" Jeritnya dan terus tergesa-gesa masuk ke dalam rumah. Plastik barang-barang yang baru dibeli itu dicampak sahaja di atas meja makan rumahnya itu dan di terus meluru ke tandas.

Dari tadi tahan kencing. Sampai senak perut rasanya! Ini semua gara-gara pelanggan Bang Mang yang lambat sampai.

"Sya?" Saadah yang baru keluar dari biliknya memanggil melihat anak daranya terkocoh-kocoh ke tandas.

"Sya nak kencing Mak!" Jawabnya.

Saadah ketawa sambil menggeleng. Lalu dia kuak plastik putih di atas meja.

Ya Allah, banyaknya benda! Apa je yang dibeli budak ni!

Lalu satu persatu botol itu diangkat. Ada yang tertulis kalsium, ada tulis vitamin. Saadah senyum. Membazir je budak ni beli macam-macam.

Namun ada dua kotak yang sama rupanya. Dia angkat pula kotak tersebut.

Yasmin?

Dia kerut kening. Ini ubat apa pulak ni?

Sambil dia membelek-belek kotak tersebut, dia dengar pintu tandas terbuka.

"Sya, ini ubat apa ni Sya?"

Tak semena-mena, kotak itu dirampas anaknya.

"Err...ni ubat Sya, Mak." Katanya perlahan.

"Ubat Sya? Ubat apa tu?"

Syasya hanya diam. Menunduk. Dua kotak itu dipegang di belakang badan.

"Sya, Mak tanya ni. Ubat apa tu? Sya sakit apa?"

"Ubat...err...ubat untuk..."

"Sya..., jangan takutkan Mak. Sya sakit ke?"

"Eh, tak! Tak, Mak! Sya sebenarnya, err... Sya ada masalah haid, Mak. Jadi doktor suruh makan ubat hormon, untuk elokkan balik kitaran haid Sya."

"Masalah yang macam mana? Doktor kata apa sebabnya jadi macam tu? Dulu Sya dekat sini, tak pernah ada masalah haid pun."

"Err..., entah... entah lah, Mak! Sya stress kot belajar. Jauh dari Mak dan Adik lagi. Tu yang hormon pun jadi tunggang terbalik." Katanya sambil membetul tudung bawal di kepala.

"Hish, Sya. Kan Mak dah kata, belajar, belajar jugak, kesihatan kena jaga."

Syasya tunduk menguis hujung meja kayu yang dah mula terkopek-kopek itu.

"Banyakkan buat solat sunat Sya. Puasa sunat. Bila kita dekat dengan Allah, hati kita tenang." Bebel Saadah.

"Ok Mak."

"Esok Mak panggilkan Cik Tijah, kawan Mak tu urut kan. Urut satu badan. Terutama bahagian rahim tu. Kadang anak dara pun kena urut juga."

Mata Syasya bulat. Alamak!!

"Tapi Mak..."

"Tak ada tapi. Nanti Mak telefon dia."

Syasya gigit bibir.

9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]Where stories live. Discover now