Bab 6

3.1K 356 70
                                    

Beg dicampak ke atas katil. Dia mendengus. Rakan sebilik yang sedang menelaah dipandang sekilas.

"Geramnya!!!" Jeritnya.

"Astaghfirullah hal azim! Milin! Terkejut aku. Nasib baik tak kena heart attack! Kau dah kenapa?" Tanya Zahra, sang rakan sebilik.

"Aku geram!"

Rakannya itu mengeluh. Lalu dia angkat punggung dan duduk di sisi Amilin.

"Dah kenapa pulak nak meroyan tiba-tiba? Tak setel-setel lagi masalah dengan Wahid tu ke?"

Amilin ketap bibir. Beberapa ketika kemudian, dia tekup muka dan mula menangis.

"Milin, kenapa ni? Cuba cerita."

"Tadi aku pergi cari betina sundal tu dekat kampus. Aku sound la dia jangan kacau Abang Wahid lagi. Lepas tu..., balasan dia tu... Ya Allah, buat aku rasa nak bunuh je lah bitch tu! Sakit hati aku, Zahra." Cerita Amilin sambil teresak-esak.

Zahra diam sejenak.

"Dia cakap apa?"

"Dia suruh aku pesan dekat Abang Wahid jangan contact dia lagi. Kau tau tak apa lagi yang dia cakap?"

Zahra hanya menjungkit kening.

"Dia cakap dia tak puas main dengan Abang Wahid. Abang Wahid punya..." Milin berhenti sebentar, "...err, kau faham-faham lah, saiznya kecik. Lepas tu dia kata Abang Wahid menggelabah. Habis meleleh air liur, so dia geli."

"Can you believe it? Berani dia fitnah tunang aku depan aku, Zahra?"

"Untung kami dekat public, kalau tak, memang aku ganyang betina tu cukup-cukup."

Zahra mengeluh. Dia faham, sahabatnya itu sedang sangat marah.

"Mengucap Milin. Istighfar." Katanya lembut sambil memaut bahu Amilin.

"Sakit hati aku ni tau tak?"

Zahra diam. Tak menjawab dan memberi ruang untuk Amilin melepaskan rasa yang terbuku di hati.

"Milin, boleh aku tanya?"

"Mm... "

"Kau, err... kau percaya dengan Abang Wahid?"

Amilin terus angkat wajah. Memandang Zahra.

"Apa maksud kau tanya macam ni, Zahra?"

Zahra memandang balas renungan tajam dari sepasang mata Amilin itu. Dia senyum.

"Milin, ini bukan kali pertama kau menangis pasal Abang Wahid, Milin. Maaflah, bukan aku ni nak campur hal kau, tapi, jujur aku kata, aku dah start rasa tak sedap hati. Pertama kali kau tangkap dia ada flirt dengan perempuan lain, mungkin kau salah sangka. Tapi ni dah masuk kali ketiga, Milin. Aku tak rasa si Syasya tu yang mula pun!"

"Zahra! Sampai hati kau nak menangkan perempuan murahan tu!" Suara Amilin naik seoktaf.

"Bukan aku nak menangkan sesiapa, Milin. Kau kawan aku. Aku cuma tak nak kau sedih."

"Jadi maksud kau? Yang kita nampak dekat motel tu, Abang Wahid yang mulakan? Dia yang ajak pelacur tu datang motel? Dia yang nak tidur dengan pelacur tu?"

Zahra ketap bibir. Saat itu, dia tersangat mahu mengangguk. Kerana memang sebetulnya, itu lah yang dia sedang rasa.

Dia masih ingat ketika menemankan Amilin ke bilik motel itu, dan mereka sendiri nampak, Syasya keluar daripada bilik itu dalam keadaan menangis!

Dan Wahid terus memberi alasan dia datang ke motel itu kerana Syasya kata ada hal penting nak dibincangkan. Dia sampai-sampai sahaja, Syasya terus menggoda dan mencumbui dia.

9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]Where stories live. Discover now