"Sedap weh!"
"Haah! Serius sedap weh!"
Kimi gelak kecil mendengar pujian sahabat-sahabatnya itu. "Kan aku dah kata, memang sedap! So, next time korang nak buat event, boleh tempah dengan dia."
"Kalau daripada dulu dia jual makanan, bukan jual badan, kan bagus!"
"Hish, Lepat! Tak baik cakap macam tu." Tegah Naqib.
Mereka tersengih-sengih.
"Eh Kimi, nanti kau dah balik Malaysia, jangan lupa kami!"
"Ingat korang buat apa! Sebaik sahaja aku lepas line pintu nak boarding tu, aku lupa dah korang semua!"
Mereka ketawa.
"Tak ada lah! Takkan aku lupa korang! Banyak aku belajar dekat sini. Walaupun sekejap je." Mereka tersenyum sambil berpandangan antara satu sama lain.
"Eh Kimi, kau dengan Syasya tu, ada apa-apa ke?" Tanya sahabat yang lain pula.
Berubah terus wajah Kimi. "Hish, tak ada lah! Aku dah ada orang lain lah!"
"Cewah! Siapakah gerangan gadis yang beruntung tu?"
Kimi tersengih. Dia diam sejenak dan menarik nafas panjang. "Aku yang beruntung kalau dapat dia, bro!"
Sahabat-sahabatnya itu sepi cuba memahamkan situasi yang sedang dihadapi Kimi.
"Anyway, pasal Syasya, aku serah pada kau Naqib. Bantulah mana yang patut."
Naqib terangguk.
"Serius aku kagum dengan kesabaran Naqib nak berdakwah. Aku dah panas hati dah bila dia menjawab, tak nak dengar kata. Naqib cool je!" Puji Kimi.
"Sebab tu lah dia yang jadi naqib geng usrah ni. Bukan Topek, mahupun Lepat."
Mereka ketawa lagi.
"Kan aku pernah cakap, usaha dakwah bukan benda yang kau boleh nampak hasil sekelip mata. Bukan kata tak ada langsung, tapi jarang-jarang. Biasanya akan makan masa. Kita kena sabar, dan berlapang dada. Cuba lagi. Jangan putus asa."
Mereka terangguk.
"Apa pun, sama-sama kita doa, supaya Allah berikan dia hidayah untuk berubah."
"InshaaAllah, aamin!"
Mereka sepi kembali.
"Haih, I'm so gonna miss you guys!" Kata Kimi dengan nada mengeluh.
"Kita sahabat sampai syurga, InshaaAllah!" Kata Naqib sambil menepuk bahu Kimi. Kimi angguk.
"InshaaAllah."
Dan yang lain juga menyahut.
Kelana seorang Hakimi Rayqal yang sekejap, mengubah kehidupan banyak manusia. Dia sendiri, yang datang ke bumi Sydney dengan hati yang celaru, Syasya, yang masih mencari jalan keluar dari belenggu, dan kebanyakan pelajar Malaysia yang beragama Islam di Sydney yang sebelum ini begitu dangkal akal fikiran dalam menghukum.
Alhamdulillah 'ala kullilhal. Semoga menjadi permulaan untuk perkara yang baik-baik.
****************
Syasya termenung sambil menongkat dagu di meja belajarnya. Nafas ditarik dalam-dalam.
Rindu menyapa.
Jujur, dia rindukan Hakimi Rayqal yang menjadi pelanggan pertama masakannya. Dah hampir 3 minggu Kimi berangkat balik ke tanah air.
Apa khabar agaknya?
YOU ARE READING
9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]
RomanceLink to purchase ebook: https://www.e-sentral.com/book/info/314476/syarat-yang-ke-3 "Ok, I boleh tolong you. Tapi dengan 3 syarat." "Spill..." "Syarat pertama, you kena bagi all of your social media username. And you have to accept my follow and fri...