Bab 14

2.4K 339 53
                                    

Syasya duduk tak selesa bertentangan dengan dua lelaki itu. Yang satu tu, tak apa lagi. Memang dah biasa duduk bertentang makan bersama-sama. Yang satu lagi, dia rasa dia pernah nampak sekitar Sydney ni. 

"Ini Naqib. Tapi awek-awek dekat sini panggil dia Ustaz Naqib. Naqib, ini Syasya!"

Lelaki bernama Naqib itu tersenyum memandangnya dan melambai. Syasya hanya membalas senyuman itu.

"Ada apa you panggil I ni, Kimi? Nak brainwash I ke? Please, don't!" Awal-awal Syasya dah memberi amaran.

Kimi terus ketawa. "You nampak muka I ni macam agent CIA yang boleh brainwash orang ke? Brainwashing is not my expertise, my dear. But melting girls' heart is mine!"

Syasya mencebik dan kemudian ketawa. Dia lihat Naqib juga tertawa. 

"Bapak poyo, bro!" Naqib mengejeknya. 

"Ok, the main reason I ajak you datang jumpa I and Naqib ni, sebab I nak make sure, you are well taken care of after I fly back to Malaysia in a few days time. I ajak Naqib, sebab Naqib abang kawasan dekat sini."

"Apa benda yang kau mengarut ni, mangkuk!" Kata Naqib sambil menepuk bahu Kimi. Kimi terkekek ketawa. Syasya hanya tersengih dan menggeleng perlahan.

"Ignore part abang kawasan tu, but, I believe, Kimi's point is, lepas dia balik Malaysia, dia nak you tahu yang kami, saudara seIslam you, saudara senegara you, ada untuk support you."

Syasya terus tertunduk. 

"Bagi pihak kawan-kawan dekat sini, I am tremendously sorry for our behavior towards you before this. There is no other excuse other than, we're bunch of jerks. That is not what Islam taught us."

Syasya mendengar dengan teliti sambil menggentel hujung cardigan yang disarung menutup lengannya yang terdedah.

"Dalam Islam, sepatutnya, kalau ada saudara yang termasuk dalam lubang, kita kena ramai-ramai tarik saudara tu keluar dari lubang. Syurga tu luas. Muat untuk kita semua masuk ke dalamnya. Tak boleh tamak. Amar ma'ruf, nahil munkar. Mengajak kepada kebaikan, dan mencegah daripada kemungkaran."

"I buat kerja ni bersebab, Ustaz Naqib."

"I tau. Kimi dah ceritakan semuanya. In fact, I dah discuss dengan our student society representative. InshaaAllah, we will launch a charity fund for your brother. Kalau lucky, kita boleh try pergi embassy juga. Dapatkan some wealthy people to contribute."

Syasya angkat wajah. Memandang dua lelaki di hadapannya itu silih berganti. 

"But, why?" Tanya Syasya dengan mata berair terharu.

"Kerana Nabi Muhammad s.a.w berkata dalam satu hadis, 'Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.' Makna kata, kalau I ada adik yang sakit, dan I nak adik I sihat seperti sediakala, macam tu juga I kena tolong you, supaya adik you boleh sihat juga. Hadis tu nak tunjukkan, Islam agama yang harmoni. Agama kasih-sayang."

Syasya terangguk perlahan. Tarik nafas dalam.

"Itu kata you. How about the others yang bencikan I? Yang rasa I ni jijik? Yang pandang I as a whore?"

"Yang tu, you don't worry Syasya. Kan I kata, ustaz Naqib ni abang kawasan dekat Sydney. Tahulah dia handle!" Kata Kimi.

"Eh, makan selipar jugak budak ni kang!" Marah Naqib. 

Gelagat lelaki berdua itu buat Syasya tertawa. 

"Tak apa. Kita usahakan. Kalau you perasan, kita orang Asia ni, cepat buat andaian, dan cepat juga rasa belas kasihan. Contohnya, ada sorang budak remaja ni buat hal dekat public and went viral. Semua orang marah dan kecam dia. Tiba-tiba keluar statement baru, mamat tu sebenarnya depression, ada mental illness disebabkan dia pernah jadi mangsa pedofil. Semua orang terus ubah persepsi. Ala kesian... betul tak?"

9. SYARAT YANG KE-3 [Telah Terbit E-Book]Where stories live. Discover now