— Maths —
Arif menghentikan kereta di hadapan pintu masuk sekolah. Ain menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya sebelum keluar.
"Ah, tak nak aku salam dengan kau." Arif berpeluk tubuh.
Tergelak Ain dibuatnya.
"Sorry la... kalau aku tak ketuk kepala kau tadi, memang kau tak bangun. Kuat sangat ke?"
"Kalau tak kuat, tak adanya sampai aku menjerit. Kau tu dahlah keding, tulang je ada. Memang keraslah penumbuk kau tu!" Marah Arif. Kepalanya masih terasa sakit. Rasa macam kena ketuk dengan batang baseball kau tahu.
"Ahahaha, okey okey sorry. Nanti Ain belanja abang Xing Fu Tang nak?"
"Tak nak aku air taik kambing tu. Baik beli Maggi Pedas Giler 10 kali tu. Nanti kita lawan jangan minum air eh? Okey, bye. Dah dah, berambus!"
Arif mencapai tangan Ain lalu menolak ke belakang tangan dia pada muka Ain. Kepala gadis itu pun terikut ke belakang. Nak salam, tapi main tolak kepala orang. Kuajor punya abang.
~~~~
Seperti hari-hari sebelum ini, Ain akan pergi ke rumah Airil untuk belajar bersama-sama setiap kali selepas waktu persekolahan. Dia menapak turun dari kereta Encik Naem lalu berjalan mendekati pagar rumah tersebut dan menekan loceng rumah.
Ting tong!
Tidak lama kemudian, pintu rumah dibuka oleh Airil. Nampak saja Ain di depan pagar rumahnya, dia terus menutup pintu semula.
Pelik Ain dibuatnya.
"Eh, dia ni takkan nak biar aku kat luar je? Bukalah pagar ni." Omel Ain sendirian.
Airil yang sedang menonton TV terdengar bunyi loceng rumah berbunyi lalu dia bangun dari sofa dan membuka pintu.
Laa... perempuan ni ke?
Keluhan kasar dilepaskan lantas Airil menutup pintu semula lalu duduk di sofa kembali menonton TV. Puan Dina yang baru selesai memasak, mendekati Airil di ruang tamu.
"Siapa datang?" Tanya beliau kepada Airil.
"No one."
Mata Airil masih fokus pada skrin TV. Puan Dina menggeleng memandang anaknya. Nak menipu pun agak-agaklah.
Beliau menarik tombol pintu ke bawah dan mendapati Ain berada di luar rumah.
"Eh, Ainnn! Datang pun kamu. Aunty ingatkan kamu dah berhenti belajar dengan Airil. Semalam kenapa tak datang?" Puan Dina membuka pagar rumah lalu Ain pun melangkah masuk.
"Takdelah, aunty. Semalam Ain tak dapat datang sebab keluar dengan kawan."
Ain menyalam Puan Dina. Mereka masuk ke dalam rumah dan pintu ditutup rapat.
"Airil, kenapa tak ajak Ain masuk tadi? Kesian dia panas dekat luar lama-lama." Tegur Puan Dina.
"Malas." Balasan pendek Airil membuatkan Puan Dina mendekatinya lalu mencubit lengan lelaki itu.
"Ah ah! Apa ni ibu? Tetiba cubit orang." Airil menggosok lengannya yang terasa berbisa. Ain pula menahan gelak.
"Tak tahu ke adab bila tetamu datang? Perangai tu eloklah sikit. Tak baik tau. Dah, ibu nak hidang makanan. Lepas makan baru pergi belajar."
Puan Dina berjalan ke arah Ain semula.
"Minta maaflah kalau anak aunty kurang ajar sangat. Mulut dia memang nak kena cili aje."
"Takpe, aunty. Saya tak kisah pun."
Tak, aunty. Kalau boleh, nak je saya pukul pukul dia. Ergh, geram!
~~~~
Selesai makan bersama, Ain membantu Puan Dina mengemas meja.
"Eh, takpe takpe. Biar aunty yang kemas. Kamu pergilah belajar dengan Airil."
"Betul ke ni, aunty?"
"Iyaa... pergilah."
Ain mengangguk lalu berjalan masuk ke dalam bilik belajar. Kelihatan Airil sedang membaca buku di atas sebuah sofa kecil. Beg diletak oleh Ain di atas meja belajar lalu buku Matematik dikeluarkan dari beg.
"Kau takyah pura-pura baik dengan mak akulah." Kata Airil tiba-tiba. Ain pun menoleh memandangnya.
"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal dia hairan.
Pertanyaan Ain tak dijawab. Bertambah keliru gadis itu jadinya. Airil meneruskan bacaan buku rujukan Sejarahnya menyebabkan Ain mengeluh bila lelaki itu palau dia. Dia duduk di kerusi belajar menghadap Airil.
"Okey, apa aku buat sampai kau marah macam ni?" Tanya Ain lagi.
Airil menutup bukunya dan meletakkannya di meja kecil bersebelahan sofa itu. Pandangan dingin ditayangkan sambil berpeluk tubuh.
"Semalam... kau pergi mana sampai nak skip belajar?"
Ain terdiam.
Kenapa dengan dia ni?
"Kau kata ada hal. Aku sangkakan hal penting. Rupanya sebab nak keluar dengan jantan. Boleh sentuh-sentuh lagi. Fikir sweet ke ha? Banggalah buat maksiat kat tempat awam? Kau sedar tak kau tu perempuan? Maruah seorang perempuan tu tinggi tau. Sebab tu Allah perintah suruh tutup aurat. Tapi apa kau buat? Kau keluar dengan entah siapa-siapalah budak tu. Lepas tu bersentuhan bagai, main cuit-cuit. Tak takut dosa eh?" Soal Airil dengan riak wajah dingin.
Selesai meluahkan apa yang dipendamnya, dia melangkah keluar dari bilik untuk memberi ruang kepada Ain. Sejujurnya, Ain terasa dan malu dengan kata-kata lelaki itu. Lama-lama hati dia mula membara.
Aku datang sini nak belajar. Bukan dengar ceramah agama. Kau sendiri kata kau tak nak hadap muka aku lama-lama. So apa masalahnya?
❤️❤️❤️
Erm erm.. kena bebel dah Ain hahaha
YOU ARE READING
Maths
Teen Fiction『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 Budak poyo lagikan sombong kena ajar aku Matematik. Takut weh... "Everyone wants happiness without pain, But you can't have...