— Maths —
Pintu rumah sebuah kondominium di tingkat 12 dibuka oleh Izz lalu dia melangkah masuk. Kelihatan mummy dan daddy Izz sedang duduk di ruang tamu bersama-sama. Encik Yusuf sibuk menaip pada komputer ribanya yang berjenama Acer sementara Puan Jannah menonton TV. Izz mengunci pintu rumah setelah menutupnya rapat dan berjalan menuju ke biliknya.
"Izz? Dah dapat result SPM dah? Macam mana? Okey tak?" Tanya Puan Jannah menyebabkan langkah Izz terhenti.
"Dah. Ni dia.."
Slip SPM diserahkan kepada Puan Jannah lalu beliau pun melihatnya. Encik Yusuf berhenti daripada menaip dan mengalihkan pandangan pada slip keputusan SPM Izz juga. Komputer riba masih berada di ribanya.
"Wahhh~ straight A! Congrats, Izz! Pandai anak mummy ni." Puan Jannah bangun dari sofa dan memeluk Izz.
Tersenyum jejaka itu dibuatnya. Sudah sekian lama sejak dia mendapat pelukan daripada mummy dia. Rindu nak bermesra dengan ibu bapanya lagi.
"Thanks mummy." Ucap Izz.
"I'm sorry sebab dah lama tak spend time dengan Izz. Mummy dengan daddy sibuk kerja. Mummy harap Izz fahamlah ya?" Mendengar kata-kata maaf Puan Jannah, Izz cuma mengangguk kecil.
"Alhamdulillah. Baguslah, Izz. Tak sangka Izz boleh dapat straight A." Encik Yusuf bersuara. "So, Izz nak sambung belajar kat Malaysia or oversea?"
Terdiam Izz mendengar soalan daddy dia.
Oversea? No, aku tak nak berjauhan dengan Sara.
Desis hatinya.
"Um... Malaysia jelah. Malaslah nak keluar negara. Macam-macam benda nak kena belajar nanti."
"Okay then. Nanti kita check universiti mana yang Izz boleh pergi." Ujar Encik Yusuf.
"Alright.." Izz mengangguk lagi.
"Nanti kita keluar makan ya? Dah lama tak spend time dengan anak mummy ni." Tutur Puan Jannah, cuba menceriakan anaknya.
"Keluar? Mummy dengan daddy takde kerja ke nak kena buat?"
Pelik Izz mendengar kata-kata mummy dia. Buat pertama kalinya Puan Jannah ingin meluang masa bersamanya setelah sekian lama. Rasa macam prank pun ada.
"Alhamdulillah. Kerja dah habis dah untuk projek kali ni. Kemungkinan akan ada projek baru lepas ni tapi tak sure lagilah."
"Ohh.. okey. Izz masuk bilik dululah."
"Alright~ pukul dua nanti bersiap tau. Kita keluar."
"Okey.."
Pintu bilik ditutup rapat lantas Izz melepaskan keluhan. Disebabkan lama sangat tak meluangkan masa dengan ibu bapanya, Izz mulai berasa janggal untuk berbual dengan mereka.
Kenapa? Kenapa perlu jadi macam ni? Aku sedih betul dengan hidup aku. Sampai rasa awkward dengan mak ayah sendiri... heish, teruk teruk..
~~~~
Airil memandu pulang ke rumahnya setelah menghantar Farah pulang ke rumah teres dia. Ain dan Farah bercadang untuk menumpang kereta Airil sebab memang dia ingin ke rumah lelaki itu pun selepas makan-makan tu. Farah pun ikutlah tumpang sekali sebab tiada transport nak balik. Tak adalah perlu bazir duit nak naik Grab.
YOU ARE READING
Maths
Teen Fiction『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 Budak poyo lagikan sombong kena ajar aku Matematik. Takut weh... "Everyone wants happiness without pain, But you can't have...